Monday, 15 August 2011

Pelajar Temui Fosil Dinosaur Ganas



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tengkorak Linheraptor yang ditemui di Inner Mongolia, China.

LONDON – Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.
Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung.
Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter.
Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.
Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa semalam.
Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi. – Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab