Sunday, 14 August 2011

Pemilik Ular Berkepala Wanita Ditangkap



GAMBAR menunjukkan ular berkepala wanita milik Zamroji yang sebenarnya cantuman antara kepala kelawar dengan badan ular.

JAKARTA – Pemilik tubuh seekor ular berkepala wanita yang sudah mengeras, Zamroji dari Kabupaten Blitar ditangkap polis untuk disoal siasat ekoran haiwan itu rupa-rupanya palsu dan bukan tulen, lapor sebuah akhbar semalam.
Zamroji yang merupakan seorang petani ditangkap kelmarin selepas ujian makmal oleh sebuah agensi perlindungan hutan mendapati kepala ular yang disangka wanita itu sebenarnya kepala kelawar yang dilekatkan pada badan ular jali.
Kepala kelawar itu dilekatkan pada badan ular itu yang didakwa oleh Zamroji ditemui di sawah miliknya pada Sabtu lalu di bawah pohon pisang.
Badan ular itu asli dan sudah direndam dengan air panas.
Rambut kuda ditanam pada kepala kelawar supaya ia kelihatan mirip seperti wajah wanita.
“Taring dan jari adalah milik kelawar yang diawet,” kata seorang pegawai polis, Edi Herwiyanto.
Menurutnya, Zamroji mengaku haiwan yang dipamerkan kepada orang ramai itu sebenarnya palsu dan diperolehi daripada seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Cipto.
Sebelum ditangkap, Zamroji mendakwa pada malam Jumaat lalu dia bermimpi bertemu seorang wanita yang cantik sebelum menemui haiwan itu.
Ular palsu itu sepanjang 10 sentimeter (sm), manakala rambut di bahagian kepala itu sepanjang 8 hingga 10sm. Kukunya pula sepanjang 3sm dan terdapat taring pada mulutnya.
Pada awalnya, Zamroji mendedahkan penemuan haiwan itu kepada orang ramai selepas mendapat petunjuk yang memintanya berbuat demikian. – Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab