Thursday 11 August 2011

Sifat Kebinatangan Manusia Kepada Binatang



FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini dibuat daripada hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di-“paksa” makan secara berlebihan setiap hari agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver). Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka.

KEJAM!

Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.

Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar daripada yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.

Betapa malangnya nasib makhluk Allah ini…

Sangkar yang dibuat memaksa angsa tidak dapat memusingkan badannya mahupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur kerana lehernya berulang kali dipegang untuk dipaksa makan.



Angsa-angsa ini dipaksa makan sebanyak-banyaknya...walaupun mereka menolak.

Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tekak luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tidak dapat bergerak, mereka juga tidak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.

Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tidak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab