Saturday 13 August 2011

TELAN Puluhan Ribu Duit Rasuah Untuk Hilangkan


anton_gritsay_arrest_europics_172e2df9c4dd5d62a44d75367a4311f5.jpg (400×225)

ZELENOGRAD - Lelaki Rusia ini memang nekad. Demi untuk menghilangkan barang bukti mengambil rasuah, seorang pegawai kerajaan di Rusia nekad memakan wang puluhan ribu Rubel (matawang Rusia).

Pemuda bernama Anton Gritsay (38), yang merupakan Ketua Bahagian Keselamatan di Zelenograd mendapat maklumat bahawa dirinya akan segera ditangkap. Gritsay kemudian menguncikan dirinya di dalam tandas.

Tidak lama kemudian polis menyerbu masuk ke dalam pejabatnya untuk mebuat tangkapan. Secara diam-diam rupanya dia sudah memakan habis wang rasuah yang diterimanya.

Sayangnya, langkah menghapuskan bukti Gritsay ini diketahui polis. Lalu pihak polis membawa pemuda berusia 38 tahun ini ke hospital. Sebaik tiba di hospital, apa kata doktor bedah?

Wang sebanyak 35 ribu Rubel ditemui di dalam perut Gritsay. Wang yang dipercayai hasil rasuah itu boleh menjadi bukti untuk mengheretnya ke pengadilan. Penangkapan itu sendiri dirakamkan oleh petugas.

Seorang jurucakap polis berkata penangkapan terhadap Gritsay berasal dari maklumat yang dikumpulkan. "Kami telah menyiasat aduan yang diterima bahawa ia telah menerima rasuah kerana melepaskan suatu pelanggaran dalam pemeriksaan standard keselamatan kebakaran," kata juru bicara polisi seperti dikutip dari orange.co.uk, Rabu (29/6/2011).

Gritsay akhirnya mengaku bersalah menerima rasuah dan kemudian dibebaskan dengan jaminan. Ia telah dipecat dari pekerjaannya.

Modus menghilangkan barang bukti dengan memakan wang bukan pertama kali berlaku di Rusia. Pada Mac 2010, seorang polis di wilayah Chelyabinsk juga memakan wang rasuah bernilai 2.000 rubel. Pemegang rekod sebelum ini iaitu polis dari wilayah Saratov juga menelan 15.000 rubel pada Mac 2011.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab