Friday 12 August 2011

Tukang Kayu Terjatuh dariI Tingkat 22 Dan Selamat



SINGAPURA - Seorang pekerja yang terselamat selepas terjatuh 22 tingkat kini mengalami trauma untuk bercakap mengenai kejadian itu.

Menurut laporan The New Paper, warganegara China, Shao Yong Yin, 39, itu terjatuh dari gondola di tapak pembinaan Ridgewood Close dua bulan lalu.

Tukang kayu itu sedang cuba untuk mengeluarkan paip dari hadapan bangunan 24 tingkat itu ketika dia jatuh. Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana ianya berlaku.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) enggan memberikan nama bangunan itu, tetapi setelah diperiksa oleh wartawan menunjukkan bahawa bangunan yang mempunyai ketinggian yang sama di dalam pembinaan adalah kondominium Trizon.

Shao yang baru bekerja di Singapura lapan bulan ketika kejadian itu berlaku.

Bercakap kepada The New Paper, Shao - yang telah dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) - berkata beliau tidak mahu bercakap mengenai kejadian itu.

"Saya fikir saya mungkin tidak sanggup untuk mengingatinya," katanya. Dia nampaknya tidak ingat banyak tentang kemalangan ngeri itu.

Menurut laporan kejatuhan itu telah menyebabkan beberapa kepingan bumbung beralur kira-kira 2 m dari aras tanah telah pecah, dan ini mungkin penyebab nyawanya terselamat.

Beliau mengalami kecederaan kaki dan pinggul kanan dari kemalangan itu.

Seorang jurucakap NUH berkata bahawa Shao "dalam keadaan stabil", dan beliau dipindahkan ke Hospital West Point pada Khamis lepas untuk pemulihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab