Tuesday 2 August 2011

[Video] Pemain Bola Bakal Dihukum Kerana Sepak Burung




Seorang pemain bola sepak Panama bakal menghadapi hukuman berat setelah menendang seekor burung hantu yang cedera ketika pertandingan.




Rakaman Video menunjukkan burung itu terkena bola, menyebabkan pengadil menghentikan permainan semasa perlawanan bola sepak di Colombia di antara Pereira dan Atletico Junior.

Ketika pengadil dan pemain membincangkan apa yang harus dilakukan, Moreno, pemain pertahanan Pereira kelihatan tidak sabar di atas permainan yang tertunda - menendang burung itu keluar dari padang bola dengan kaki kirinya.

"Pemain itu harus dihukum kerana perbuatannya, ia satu tindakan kejam yang tidak boleh diterima," menurut Ramón Jesurum, Presiden Liga Colombia.

Dia menambahkan bahawa kes ini akan dibawa ke dalam mesyuarat sebelum tindakan disiplin diambil.

Penyokong Atlético Junior meneriakkan "pembunuh" kepada pemain Panama itu. Moreno juga ditegur oleh pasukan lawan dan ia meminta maaf setelah tamat pertandingan, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian.

"Saya meminta maaf kepada para peminat, itu bukan niat saya," katanya, ketika ia meninggalkan stadium sambil dikawal oleh wartawan dan polisi.

Media Colombia bagaimanapun memaklumkan bahawa burung hantu telah diselamatkan oleh staf dan dibawa kepada doktor haiwan. Keadaannya dilaporkan agak serius.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab