Wednesday 29 June 2011

Stream Malaysia Vs Taipei


Perlawanan dah tamat so, stream pon tamat. .hu.
Malaysia telah berjaya menewaskan Taipei dengan jaringan Syafiq pada minit ke 25 dan Aidil pada minit ke 55.


Malaysia 2 - 1 Taipei

[18+] Gambar Lucu Ahli Sukan

Gambar2 ni ada unsur 18SX skit. .so, pada yg bawah umur g men jauh2 . . =D















Guna Paint Lukis Potret Mona Lisa



Mmng hebat la yg lukis nih. . xtau plak dgan guna Paint je bleh jadi lukisan sebegini hebat. . =D
tgok jer video kat bawah ni. . .

Bekas Bintang Filem Lucah Bankrap

ABERMARLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas penari gelek, bintang filem lucah dan model bogel yang dikenali sebagai janda 'terkaya dalam sejarah' selepas dia bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang bilionair, telah bertindak mengisytiharkan dirinya muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Patricia Kluge memperoleh bayaran penyelesaian perceraian berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) selepas dia bercerai dengan suaminya yang merupakan taikun media AS, John Kluge pada tahun 1990.

Pada tahun, 1980-an, Patricia menganjurkan parti-parti mewah untuk golongan diraja, tokoh korporat, selebriti dan tokoh sasterawan di rumahnya.

Patricia yang kini berusia 62 tahun bagaimanapun memohon perintah perlindungan muflis bersama suami ketiganya, William Moses baru-baru ini.

Model berkenaan yang dilahirkan di Baghdad dan pernah membintangi sebuah filem lucah, The Nine Ages Of Nakedness, mengisytiharkan dirinya muflis selepas asetnya merosot selain mengalami kerugian besar dalam perniagaan membuat wain miliknya.

Menurut kertas permohonan muflis yang difailkan di sebuah mahkamah AS, dia dan suaminya, William Moses yang menetap di sini, negeri Virginia, memiliki hutang berjumlah AS$50 juta (RM151.9 juta). - Agensi 




WAJAH terkini Patricia Kluge


Nude: Mrs Kruge starred in the adult film 'The Nine Acres of Nakedness'

MySpace Bakal Dijual Pada Harga Sekitar $30 Juta



Salah satu laman sosial yang menghadapi masalah akhir-akhir ini adalah MySpace, dan selepas pelbagai laporan mengenai jualannya, kini ianya dilaporkan yang mana News Corp bakal menjual MySpace pada harga antara $20 juta hingga $30 juta dan dijangka akan menjualnya sebelum hari Khamis ini.

Antara syarikat yang diperkatakan yang dalam perbincangan untuk membeli MySpace adalah Golden Gate Capital, dan juga Specific Media. Ianya diperkatakan kedua-dua syarikat akan memfokuskan MySpace kepada muzik dan lagu sekiranya berjaya membeli rangkaian sosial tersebut.

Sebelum ini, News Corp telah mengambil-alih MySpace pada harga lebih kurang $580 juta pada tahun 2005, dan kini angka jualannya semakin lama semakin menurun disebabkan impak rangkaian sosial itu yang semakin berkurangan dari hari ke hari.

Penggodam PS3 Dapat Kerja Di Facebook

Facebook dilaporkan telah mengambil George Hotz, yang menggodam sistem bagi model-model iPhone dan PS3 untuk bekerja di syarikat gergasi tersebut.
Hotz, 21, adalah individu pertama yang mencipta software di mana pengguna boleh menggunakan segala aplikasi iPhone secara percuma, atau dikenali sebagai jailbreak.
Beliau kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap PS3.
Sony dikatakan telah menyaman Hotz atas perbuatan tersebut.
Menurut TechUnwrapped, Hotz telah menerima perkerjaan yang ditawarkan oleh Facebook.
Berkemungkinan ia adalah sebuah projek bagi aplikasi untuk iPad.
Salah seorang daripada ahli kumpulan Chronic-Dev Team, Joshua Hill dilaporkan mengetahui tawaran yang diberikan kepada Hotz apabila Hotz menarik diri daripada satu perlawanan menggodam iPad 2 yang akan dijalankan tidak lama lagi kerana status beliau sebagai staf laman sosial tersebut.

Remaja Malaysia Menang Peraduan Transformers 3 Peringkat Antarabangsa

ALOR GAJAH: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan 
"Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".


Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said
di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.


"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta 
logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui 
pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.


Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon"
yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.


Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan
itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk
menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai 
inspirasi mereka logo itu, katanya.Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya
kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.


"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik
itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam 
bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan
cita-cita anaknya dalambidang yang diminati."Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.


Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus 
meletakkan nama anakMalaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.Hasil logo tersebut akan dibawa
bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut.
- BERNAMA

Motosikal Terbang Pertama Di Dunia



SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.


Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.


Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.


Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.


Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.


Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Remaja Jadi Penggodam Diikat Jamin



RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain semalam.

WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.

Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.

"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.

"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.

Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.

Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo. 

- Agensi

Tuesday 28 June 2011

Misteri Lebuh Raya Karak

Sebelum memulakan misterius Highway Karak,aku mulakan dengan sedikit ringkasan mengenainya:
Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan KL dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highland. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya 2 lorong,bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997.Had lajulebuhraya ini adalah 90 km/j.

Apa yang menariknya Highway Karak(HK) ni,adakah ia tempat pelancongan?Heheheh.Umumnya,sepertimana yang kalian tahu,HK banyak meninggalkan tragedi misteri serta kemalangan yang banyak meragut nyawa manusia.

Tak lama dulu lebuhraya Karak ini memang banyak meragut nyawa. Paling dahsyat ialah kemalangan membabitkan trak FRU sehingga diabadikan dalam lagu Pusara Di Lebuhraya oleh kumpulan Ekamatra. beberapa pemandu yang pernah melalui kawasan tersebut mendakwa ternampak seseorang di tengah-tengah lebuhraya atau kereta Volkswagen yang menentang arus jalan dan cuba melanggari mereka.Juga kadang-kadang volkwagen itu akan membawa kereta dengan perlahan dan menghalang pemandu lain hilang sabar dan cuba memotong.Jika anda memotong kereta Volkwagen itu,masuk gaunglah jawabnya.Adalah dinasihatkan agar anda tidak melalui kawasan ini pada waktu malam.
Adakah Volkwagen ini yang sering dikata-katakan itu.Jika ya,anda perlu berhati-hati.
Banyak kisah-kisah misteri yang berlaku di Highway Karak.Hantu tiada kepala,perempuan tua yang sering berlegar-legar,selekoh misteri dan macam-macam lagi.So,aku bagi 3 story kepada mereka yang pernah mengalami sama ada btol ke x. .wallahualam . .


Kes 1 :
Kejadian ini terjadi pada suatu senja, sekitar tahun 1995 di satu kawasan di dalam daerah Bentong. Kami sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Di dalam remang-remang senja, suasana kiri kanan jalan sememangnya sepi dan sunyi. Cuma pepohon getah berbalam-balam berdiri kaku sepanjang jalan raya yang kami lalui.....
Terkadang-kadang, kelihatan kilang papan tersergam gah di tepi jalan. Sehingglah kami tiba di satu kawasan. Dari jauh bertentangan arah kami, kelihatan seorang lelaki berjalan kaki seorang diri di atas bahu jalan. Lelaki itu memakai seluar khaki, dan berbaju oren. Saya antara endah tak endah dengan susuk tubuh lelaki itu. Jam ketika itu menunjukkan ke angka 7.30 malam. Sehinggalah kenderaan kami menghampiri nya, saya tersentak, saya terperasan, pelik sungguh, lelaki itu tidak bermuka, mukanya licin seperti pinggan.
Kenderaan kami terus meninggalkan lelaki misteri itu, jauh dibelakang. Saya terdiam sebentar, antara percaya dan tidak. Perlahan-lahan sepupu saya bersuara kepada ibunya, "mak, orang lelaki tu tak de muka ke?" pantas sahaja ibunya menyanggah, "hang ni mulut cabul!!!" Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang terlihat. Sehinga kini lelaki itu masih menjadi misteri kepada saya. Namun apalah anehnya lelaki itu, jika dibandingkan dengan alam cakerawala ciptaan yang berputar sendiri pada orbitnya...
Subhanallah....


Kes 2 :
Kalau sebelumnya Rosnah seringkali tergelak kecil tidak percaya apabila mendengar kawan-kawannya bercerita soal misteri. Tetapi apa yang dialaminya malam minggu lalu, benar-benar menyedarkan dirinya bahawa makhluk halus memang wujud di alam ini.
Rosnah masih ingat lagi, malam itu syarikat tempatnya bekerja menganjurkan jamuan makan malam tahunan, di salah sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota. Sungguhpun majlis tamat sebelum menjelang tengah malam, namun disebabkan hujan turun dengan lebatnya, Rosnah nyaris-nyaris tertinggal bas untuk pulang ke rumah. Bersama-sama Mona yang kebetulan mendiami kawasan perumahan berhampiran, mereka duduk di belakang perut bas kerana tahu-tahu ajelah kalau perkhidmatan bas terakhir, pasti penuh penumpang.Selepas membayar tambang kepada konduktor bas, mereka berborak-borak kosong. Bas pula laju memecut keheningan jalan raya. Hanya sesekali berhenti menurunkan penumpang apabila loceng dibunyikan. Sedang asyik Rosnah dan Mona bersembang, pemandu bas tiba-tiba menekan brek kecemasan.
Kedengaran pemandu merungut-rungut marah pada sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami butir bicaranya. Suasana menjadi hingar-bingar, ada yang meluru ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi. Tidak kurang juga yang berpandang sesama sendiri, tertanya-tanya.
“Bertenang, bertenang... jangan kecoh-kecoh. Bukannya kita langgar orang tapi ada masalah teknikal sikit, tak de apa-apa,” kata konduktor bas sambil meminta beberapa pemuda yang berada di belakang tempat duduk pemandu, kembali ke tempat masing-masing.
“Apa hal bang, tayar pancit ke?” Tanya pula seorang gadis India kepada konduktor tadi. Rosnah yang tidak senang duduk mula berdiri, meninjau-ninjau keluar tingkap untuk melihat sekeliling. Tetapi keadaan lampu jalan yang agak malap, membataskan penglihatannya.
Sambil mengangkat bahu dan menggeleng-gelengkan kepala, konduktor tersebut kembali ke hadapan semula.
“Eh Mona, kau agak-agak bas ni kenapa ha? Kalau nak kata dia langgar orang, mesti kita dengar jeritan, tapi entahlah, kan...” kata Rosnah cuba turun tetapi ditegah oleh Mona.
“Tak payahlah kita pulak nak turun, kan ke hujan masih renyai-renyai. Biarkan mereka yang menyelesaikan, apa pun masalah yang berlaku. Lagipun tak manis, kita orang perempuan menyibuk tak tentu pasal, malulah...,” ujar Mona berulang-kali.
Belum sempat Rosnah menyampuk kata-kata Mona, bas kembali bergerak tanpa sebarang amaran, sehinggakan dua tiga orang penumpang yang masih berdiri terhuyung-hayang mencari tempat duduk. Dengan nada menjerit, pemandu bas meminta semua penumpang menutup tingkap jika ada yang terbuka, atau tidak bertutup rapat.
“Cepat sikit...,” ujarnya dengan suara sedikit tenggelam-timbul kerana hujan lebat turun secara tiba-tiba. Rosnah mula rasa tidak sedap hati. Kerana tidak mahu menakutkan Mona, dia hanya mendiamkan diri. Dipandangnya wajah gadis India yang duduk berhampiran dengannya tetapi sepantas itu juga, Rosnah memalingkan mukanya ke hadapan.
Kelu lidahnya hendak berkata-kata, hinggakan mahu mencuit tangan Mona pun dia tidak terdaya. Dalam hatinya hanya mampu membaca, beberapa potong ayat suci yang sempat terlintas di hati, itu pun ada yang lintang-pukang. Sambil berdoa agar bas cepat sampai, Rosnah sebenarnya tidak pasti apakah yang perlu dilakukannya sekarang.
Khayalannya terhenti apabila Mona mengoncang-goncangkan bahunya sambil memberi isyarat, mereka sudah hampir sampai ke hentian seterusnya iaitu pondok bas di hadapan taman perumahan mereka. Tetapi peliknya walau berulang kali Mona membunyikan loceng, pemandu tetap meneruskan perjalanan.
“Bang... berhentikanlah bas! Rumah kami dah terlepas ni, tak dengar ke?” Kata Mona dengan nada separuh marah. Tidak mempedulikan permintaan Mona, bas terus dipandu laju sehinggalah tidak lama kemudian, pemandu membelokkan bas masuk ke dalam kawasan balai polis.
Apa lagi, sepantas kilat dia membuka pintu bas dan meluru ke perut balai diikuti beberapa penumpang lain. Rosnah yang sedari tadi seperti dipukau, turut mengambil tindakan serupa dengan menarik sekuat hati tangan Mona agar menurutinya.
Beberapa anggota polis yang masih bertugas, keluar mendapatkan mereka dan setelah pemandu dan konduktor menceritakan segala-galanya, barulah Mona tahu keadaan sebenar. Itu pun puas Rosnah mengiakan apa yang diperkatakan, sebagai bukti dia turut melihat kejadian tersebut.
Sah! Seperti mana yang Rosnah nampak, memang gadis India itu tidak berkepala dan itulah puncanya pemandu bas melakukan brek kecemasan. Ini kerana dia sendiri tergamam apabila kepala gadis itu, melayang-layang di hadapan cermin hadapan bas. Peliknya apabila diperiksa, gadis India itu tiada di tempatnya, tetapi bas tersebut berbau busuk dan hanyir...


Kes 3 :
Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.
Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.
Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.
Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.
Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.
Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.
Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.
Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.
Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.

Mayat Hangus Dan Dimakan Anjing

Brader ni telah mati terbakor dalam keretanya sendiri.Beliau telah meninggalkan mayat yang masak seperti ayam panggang bersalut madu.Justeru, ini menjadi tarikan seekor anjing untuk juadah tengah hari..Bom apachii....





Gaduh Di Bazaar JB


Time2 puasa pon leh gado. .yg kena blasah tu macam cina je . . .

Anjing Vs Polis


Haha. .aku pon xtau apa motif anjing nih. .dia pon anti polis gak kot. .
hehe

Basikal Stunt Yang Fail Dan Patah Kaki



Video ni mnunjukkan seorang lelaki mencuba buat pelbagai aksi dgan basikalnya. . di akhir video ni dia cuba mndarat ke lantai dari tempat yang tggi. .tapi dia ni tersilap langkah . .korang tgok la. . .=D

Kereta Kena Penyek



tak tau la camna keadaan pemandu tu. . .

Kena Belasah, Akibat Mengandungkan Anak Orang


ceritanya mcm ne..c bapak ingin c jantan bertanggungjawab keatas apa yg telah c jantan bt pd anak pmpuanny..hinggakn dia ada cucu yg xberbapa..so pengajaranny, jgn tw buat je..wt malu mak bapak je..ne kira baik,lum jumpa ag bapa yg terus menetak guna parang atau 1family join pukul..so jgn cba2 merosakkn ank org k..

Ikan Pelik Yang Panjang, Mulut Dok Nganga Ja


Lawak plak aku tgok ikan nih. .bernyawa ke xni?

Puting Beliung Setinggi 600m Di Tengah Laut !


Ajaib! tengah layan BBC news, ada berita tgg puting beliung 600m tinggi dirakam di Australia....Sungguh hebat ciptaan Tuhan Maha Kuasa...

Kesan Daripada Main Game

OMG HAAAAAAAAAAAh ! 
mmg gila game ni. .huhu









Masih Hidup Walaupon Dihempap Trailer





Bagaikan nyawa dihujung tanduk dah ni. . .

Bentuk Tapak Kaki Gergasi Di Sawah Padi


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat.

Penemuan Makhluk Asing


METEPEC, Mexico - Adakah terdapat abang bayi makhluk asing yang ditemui di Mexico tinggal di kalangan manusia?

Sebelum ini, seorang petani menemui bayi makhluk asing itu yang kelihatan seperti cicak, berekor, bergigi dan mempunyai kepala pada 1997 sebelum membunuhnya.

Bangkai bayi makhluk asing tersebut kemudian dikaji oleh saintis-saintis selama dua tahun dan semua ujian untuk menghasilkan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan ganjil itu menemui kegagalan.

Makhluk itu mempunyai ciri-ciri haiwan reptilia seperti giginya.

Namun, makhluk itu turut mempunyai ciri-ciri manusia seperti sendi dan telinga.

Seorang wartawan sebuah akhbar, Michael Remke pergi ke Metepec untuk melihat bangkai bayi makhluk itu.

"Matanya menyeramkan," katanya.

Namun, seorang pekerja, Francisco Garcia menyatakan dia melihat satu lagi makhluk seperti itu.

"Saya melihat makhluk asing kedua yang masih hidup. Ia seorang jantan setinggi kira-kira 70 sentimeter. Saya melihatnya menyusup keluar dari sebuah pintu ladang dan kemudian melarikan diri," katanya.

Adakah makhluk itu menyembunyikan diri di kawasan itu atau sudah pergi ke bandar raya Mexico yang sejauh 65 kilometer dari sini? - Agensi



Sungai Pelik Berwarna Hijau


Memang btol2 ganjil la warna sungai nih. .mmg smula jadi atau buatan??

Bapak Yang Sungguh Cuai !


Mmng cuai btol la bapak dia nih. .nak je aku seligi2 kepala dia. .haha

Laki Kena Kahwin Paksa


Haha. .lawak btol la. .nak tau sbab apa laki nih kena paksa? 
tgok je apa kata mereka dalam video nih k .. =D

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab