Sunday, 22 May 2011

Gitar Gergasi Daripada Pokok Cypress

Pedro Martin Ureta seorang petani di Argentina menggunakan 7,000 pokok Cypress dan Eucalyptus untuk mencipta sebuah gitar gergasi sebagai mengingati mendiang isterinya, Graciela, yang mati pada tahun 1977 ketika usia isterinya baru 25 tahun. 

Mr Ureta berjumpa dengan isterinya pada tahun 1960-an ketika dia pulang selepas mengembara ke Eropah kerana menghabiskan masa dengan artis-artis. Pada usianya 28 tahun, dia pertama kali melihat isterinya yg ketika tu berumur 17 tahun dan merancang menghabiskan hidup bersama-sama.

Suatu hari ketika terbang melintasi Pampa, Graciela nampak sebuah kebun yang berbentuk seperti sebuah baldi, lepas tu dia bagitau suami dia untuk buat sebuah taman berbentuk gitar, alat muzik kesukaan isterinya. Pedro Martin Ureta ketika tu buat tak endah ja sebab sibuk dan berjanji akan membinanya nanti. Tapi apa dah nasib, isterinya mati kerana terjatuh ketika mengandung anak ke-5 diorang.

Lepas kejadian tue, dia menyesal sebab tak dengar cakap isterinya dan beberapa tahun kemudian dia mula merealisasikan impian isterinya. Dia mengupah beberapa orang pakar lanskap tapi diorang tak berminat. Akhirnya dia mula membuat semuanya seorang diri menggunakan gitar yang diletakkan di hadapannya. Dia melihat kebun nie membesar bersama 4 orang anaknya.





FAKTA: Mr Ureta nie x pernah tengok kebun dia dari udara sebab dia takut naik kapal terbang. Dia hanya melihatnya melalui gambar
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab