Showing posts with label Hebat. Show all posts
Showing posts with label Hebat. Show all posts

Thursday, 18 August 2011

Ukiran Pasir Yang Menarik Dan Nampak Real

Ukiran pasir yang menarik dan real. Lebih dari sekadar istana pasir yang dibina di tepi pantai.













Wednesday, 17 August 2011

China Bina Hotel Berbentuk Raket ping Pong


Sebuah hotel setinggi 150 m, dengan reka bentuk menyerupai raket ping pongakan dibina di Bandar Huainan China di wilayah Anhui.

Bangunan itu dikatakan dibina dengan tujuan untuk meningkatkan potensi sukan sebagai sebuah industri di negara itu.

Hotel tersebut, yang terletak di dalam kawasan yang telah dirancangkan sebagai taman Olympic meliputi kawasan seluas 67 Hektar, dianggarkan memiliki jumlah pelaburan sekitar 300 juta Yuan (RM 139 Juta).

Ia akan menempatkan tiga bahagian, bahagian atas ruang tinjauan, bahagian tengah sebagai ruangan bilik-bilik tetamu dan pelancong serta bahagian paling bawah sebagai ruangan dengan kemudahan-kemudahan untuk mesyuarat dan persidangan.

"Idea asal pembinaan hotel ini adalah dari sukan ping pong. Raket ping pong memiliki bentuk dan seni arkitek yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai bangunan hotel" kata Pengarah Biro Sukan Majlis Perbandaran Huainan.

Komplek tersebut akan direka bentuk oleh Mei Jikui, seorang arkitek struktur bangunan sukan yang cukup terkenal dan berpengaruh.

Kos pelaburan bagi keseluruhan bangunan di taman tersebut dianggarkan sekitar 1.8 billion Yuan (RM 831 Juta) dan ianya akan dibina melalui tiga fasa secara berperingkat dalam masa 5 tahun.

Budak Paling Gagah Didunia [13 Pics]


Adakah anda mahu anak seperti ini?













Tuesday, 16 August 2011

Hebat,Gadis 12 Tahun Selamatkan 5 Nyawa



VIVAnews - Seorang anak perempuan berusia 12 tahun yang digelar ‘Penyelamat Kecil’ menyelamatkan nyawa lima orang, bahkan setelah kematiannya. Hal ini terjadi setelah orangtua si anak mengambil sebuah keputusan berani untuk mendermakan organ putri mereka.

Sebagaimana dilapor dari laman Dailymail pada 4 Julai 2011, gadis baik hati bernama Karis May Darling itu meninggal pada April lalu setelah terkena bakteria Streptococcus A yang berkembang menjadi radang otak. Orangtua Karis yang berduka lantas memutuskan untuk menyumbangkan jantung, hati, ginjal, dan pankreas putri mereka kerana yakin itulah yang diinginkan Karis.

“Karis sangat senang menolong orang lain. Pendermaaan organ ini dapat menolong lima keluarga lain dari kehilangan orang tersayang, dan bila ia tahu ia pasti akan sangat senang. Karis kini hidup dalam diri lima orang yang ditolongnya, dan hal itu membuat kami merasa nyaman,” kata sang ayah, John Darling.

Karis yang suka menyanyi dan menari ini mengeluh sakit telinga pada suatu pagi di bulan April. Sang ibu membawanya ke doktor, yang mendiagnosanya sebagai infeksi dan hanya memberinya antibiotik. Sakit telinganya memang hilang, namun muncul lagi seminggu kemudian dan membuat keadaan Karis memburuk pada malam harinya. Sang ibu lantas membawanya ke Basildon University Hospital.

“Para dokter memberi putriku antibiotik kerana menemukan infeksi dalam darahnya, sehingga kami tak berfikir itu penyakit yang serius. Putriku kemudian  mengeluhkan sakit di kepalanya, namun ia masih mampu berbicara,” kata Kerri Darling, sang ibu yang ternyata juga didiagnosa mengidap kanser payudara.

Keadaan Karis memburuk setengah jam kemudian akibat pembengkakan pada otaknya. Ia lantas dirujuk ke Great Ormond Street Hospital setelah para doktor berusaha mempertahankan hidupnya menggunakan mesin. Sayang usaha ini sia-sia karena Karis akhirnya meninggal akibat mati batang otak.

Hati Karis didonorkan pada seorang gadis remaja bergolongan darah langka yang hanya sesuai dengan milik Karis. Sebahagian hatinya didermarkan pada seorang bayi perempuan, sementara sebahagian lainnya pada seorang anak laki-laki. Satu ginjalnya ditransplatasikan pada seorang anak perempuan, sementara ginjal satunya pada seorang lelaki dewasa.

Kini, keluarga asal Corringham, Essex ini mendirikan sebuah yayasan yang dinamai Karis May Darling Foundation. Yayasan ini menawarkan pelatihan drama professional dan pelatihan olahraga bagi anak-anak yang kurang mampu membayar pelatih profesional.

Mengenai jenis program yang ditawarkan yayasan, Kerri mengungkapkan bahwa idea ini terdetik kerana Karis sempat akan mendaftar ke sebuah agen pencari bakat ke London.

“Selain suka tampil di panggung, putriku juga sangat menyukai jujitsu. Agaknya inilah yang ia inginkan, membantu anak lain melakukan apa yang mereka suka. Dia benar-benar gadis kecil dengan hati yang besar, dan kami akan selalu sangat bangga padanya.”

Inilah Ahli Gimnastik Super Power !

Ade can nak menang olimpik 2012 nih.
 ps: budak kecik tu lari2 tanpa ade perasaan pon. cool je
(Jika load gambar lambat, sila klik SINI)

Sunday, 14 August 2011

Hebat, Seni Ukiran Logam Hasil Kerja Dari Seorang Wanita


Hebat la minah ni. .bese laki yg buat keje2 camnih. . .tabik springggggg w0oo !
 

Gempar, Quran Terbang Depan Kaabah Dan Melekat Pada Pintu


Petikan warta perdana:
“Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah al quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis.
Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca al quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau di rempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah.
Selepas seorang staff masjidilharam mengambil kembali al quran tersebut dan diturun kan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium alquran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.”

Saintis Guna DNA Hidupkan Gajah Purba



GAMBAR menunjukkan seekor gajah purba.

MANITOBA – Sekumpulan saintis Kanada cuba mencipta gajah purba yang besar dengan menggunakan spesimen asid deoxyribonucleic (DNA) daripada beberapa tulang haiwan berkenaan yang ditemui di Siberia, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Bercakap mengenai eksperimen pertama seumpamanya itu, seorang saintis di Universiti Manitoba, Profesor Kevin Campbell berkata, DNA akan digunakan bagi menghasilkan semula darah gajah purba yang dikenali sebagai Mammoth.
“Menggunakan DNA spesimen adalah seperti kami kembali ke masa lampau dan mengambil sampel darah gajah Mammoth sebenar,” kata Campbell.
Menurutnya, spesimen yang digunakan itu berusia sehingga 43,000 tahun.
Menurutnya, gajah Mammoth memiliki bulu tebal dan enzim antibeku dalam darahnya bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sejuk.
Projek untuk mewujudkan kembali gajah Mammoth yang memiliki ketinggian lebih 5 meter serta berat 12 tan itu bermula sejak tujuh tahun lalu apabila Profesor Campbell menghubungi Pusat DNA Purba Australia di Universiti Adelaide.
Sebelum ini filem dan novel Jurrasic Park menceritakan DNA dalam fosil seekor serangga berusia berjuta-juta tahun digunakan untuk menghasilkan dinosaur. – Agensi

Inilah Resort Terbang Yang Bakal Dibina Pada 2030



IMEJ komputer menunjukkan sebuah resort terbang di udara pada 2030.
LONDON – Menjelang 2030, pelancong mungkin menaiki sebuah resort yang boleh terbang bersama keluarga untuk bercuti, lapor sebuah akhbar semalam.
Resort itu seperti sebuah kapal persiaran yang mengandungi restoran, bar, apartmen dan taman mengandungi pokok buah-buahan.
Idea itu dikemukakan oleh firma Thomas Holidays yang membincangkan cara melancong pada masa depan.
Resort tersebut yang menggunakan tenaga mesra alam akan berhenti di lokasi destinasi percutian yang mempunyai kemudahan untuk menerima ‘pendaratan’ resort unik itu. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Kolam Renang ‘Palsu’ Yang Hebat

Idea kreatif atau lagi tepat ‘gila’ oleh Leandro Erlich memang betul betul menakjubkan..Bagi yang tidak mengetahui,mereka mungkin menyangka ada orang berjalan dalam kolam renang dalam tempoh yang lama !
To make the illusion, thin layer of water (only 10 cm deep) was suspended over glass. Below the glass, there is an empty room that visitors can enter.
Fake swimming pools were installed at the PS1 Art Center in New Yorkand the 21st Century Art Museum in Kanazawa, Japan.


Saturday, 13 August 2011

Inilah Alat Untuk Mewangikan Kentut



* Alat ini dinamakan sebagai peredam kentut.

* Ia dicipta oleh seorang lelaki dari Wuhan, China.

* Diperbuat daripada plastik lembut dan kenyal, alat yang berbentuk tabung ini perlu dimasukkan ke dalam lubang bontot. Hujung tabung yang satu terbuka dan hujung yang satu lagi memiliki lubang-lubang kecil.

* Sedikit minyak wangi perlu diletakkan ke dalam alat tersebut supaya kentut yang keluar kemudiannya menjadi wangi dan harum.

Friday, 12 August 2011

Wanita 100 Tahun Menang Pingat Emas Dalam Acara Lontar Peluru


Ruth Frith, seorang wanita berusia 100 tahun dari Australia, bertanding dalam kategori Wanita 75 tahun ke atas melakukan lontaran pada acara akhir di 'World Masters Games' di Sydney Olympic Park pada 11 Oktober, 2009.

Frich melakukan balingan sejauh 4.07 meter untuk memenangi pingat emas. Beliau merupakan satu-satunya peserta dalam kategori umur 100 tahun ke atas.

Thursday, 11 August 2011

Alina Popa, Seorang Perempuan Badang


Aku biasa tengok Sazali Samad je. percaya tak awek pun ada badan cam bro Sazali tu? kalau masa tengok wrestling dulu, pernah gak tengok si Chyna. tapi badan dia tak de la sampai gini. yang ni seram je aku tengok...


sumber maklumat : http://www.alinapopa.com/about.htm









LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab