Seorang wanita melompat dari tingkat 23 sebuah hotel Buenos Aires pada hari Isnin lalu dan ia merupakan keajaiban kerana dia selamat.
Wanita itu mendarat dalam posisi duduk di bumbung teksi sejurus selepas pemandu keluar sebelum kesan hempapan memenyokkan bumbung dan menghancurkan kaca depan teksi itu.
Wanita Argentina berumur 30 tahun itu telah luka di seluruh tubuhnya dan sedang dirawat di ruangan kecemasan di Argerich Hotel, kata Alberto Crescenti, pengarah Argentina Sistem Perubatan Kecemasan.
Keadaan wanita yang menghempap teksi
Pemandu teksi, Miguel Cajal, mengatakan kepada stesen televisyen C5N, dia melompat keluar dari kereta kerana dia melihat seorang polis trafik berhenti dan merenung ke atas.
Beberapa saat kemudian, sisi pemandu kereta itu dihancurkan oleh tubuh wanita.
Pemandu teksi lain, Juan Carlos Candame, mengatakan kepada AP Television News bahawa dia melihat seorang wanita memanjat melepasi dari penghalang dan melompat .
"Saya mendongak dan melihat seorang gadis yang sedang memanjat melepasi pagar sementara orang lain sedang berbicara padanya," kata Candame.
"Kemudian dia berjalan ke tepi semula, kembali berbicara dengan orang lain, lalu ia berbalik dan melompat."
Wanita itu jatuh dari puncak Hotel Crown Plaza Panamericano, di mana Restoran menghadap ke mercu tanda Obelisk pada pusat bandar Buenos Aires.
No comments:
Post a Comment