Wednesday, 22 June 2011

Actor Jackass Mati Dalam Kemalangan Ngeri



BANGKAI kereta Porsche 911 milik Ryan Dunn yang hangus terbakar diangkut oleh sebuah trak penunda di pinggir Philadelphia pada Isnin lalu.



PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) - Ryan Dunn yang merupakan bintang siri gurauan televisyen popular di AS, Jackass, terbunuh kelmarin dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta Porsche 911 GT3 yang dipandunya terbakar selepas terbabas ke tepi jalan raya di pinggir Philadelphia pada Isnin lalu.
Dunn, 34, popular kerana keberaniannya melakukan aksi bodoh dan berbahaya seperti menyelam dalam tangki kumbahan dan memasukkan sebuah kereta mainan ke dalam duburnya.
Dia sedang memandu kereta sport jenis Porshe 911 GT3 miliknya di sini pada hari kejadian apabila keretanya terbabas, terbalik dan merempuh beberapa batang pokok sebelum terbakar.
Polis berkata, seorang lagi penumpang kereta tersebut turut terbunuh manakala kemalangan itu dipercayai berpunca daripada memandu laju.
Rempuhan kuat menyebabkan kereta Dunn berkecai dengan kenderaan itu sukar dikenali melainkan sebuah pintu kenderaan berkenaan yang tercampak selepas terlerai dalam nahas itu.
Tubuh pelakon dan penumpang itu terbakar akibat kebakaran tersebut.
Polis memberitahu, mereka dapat mengecam Dunn berdasarkan tatu dan rambutnya.
Pihak berkuasa mengenal pasti penumpang terbabit lewat kelmarin sebagai Zachary Hartwell, 30.
Beberapa jam sebelum kemalangan berlaku pada pukul 3 pagi, Dunn menyiarkan gambar-gambarnya sedang minum arak bersama dua rakannya di laman jaringan sosial Twitter tetapi semua gambar itu kemudian ditarik balik. - AP
p/s : Download latest Jackass 3.5 (2011) kat sini. .mungkin ini siri terakhir mendiang Jackass 3.5
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab