Sunday, 31 July 2011

Hukuman Kepada Perogol Di Yemen


Kelmarin aku menerima satu email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan pesalah tersebut dikenakan hukuman tembak sehingga mati. Berikut adalah gambar-gambar . .
Fuhh dasyat betul. Hukuman syariah yang mereka laksanakan memang tidak ada kompromis. Tapi timbul pulak persoalan adakah hukuman seperti ini sesuai jika dilaksanakan di negara ini berbanding hukuman yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran seperti rejam sampai mati. Adakah hukuman Allah ini dianggap kejam seperti di sini. Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah saja yang mengetahuinya bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu amatlah pedih bagi mereka yang mengetahuinya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab