Walaupun peminat bola sepak tempatan bersedih dengan kekalahan bermaruah skuad Harimau Malaya semalam, namun sekurang-kurangnya peminat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi boleh tersenyum mendengarkan khabar ini.
Khairul Fahmi yang menunjukkan prestasi yang amat cemerlang semalam dikhabarkan sudah berbaik dengan tunangnya, Elia. Hubungan mereka berantakan apabila timbul isu yang mengatakan Khairul Fahmi mempunyai skandal dengan seorang wanita yang bernama Dahlia Teck. Dan tunangnya juda ada mengatakan bahawa Khairul Fahmi bersikap biadab dengan emaknya. Perubahan sikapnya juga menjadi antara sebab Elia terkilan dengannya.
Sumber berita ini adalah daripada seorang jurugambar pasukan bola sepak Kelantan, Red Warrior yang mungkin mempunyai kaitan dengan Khairul Fahmi. Kalau betul la bagai dikata, kami tumpang gembira. Berkat doa peminat-peminat dan pemerhati mereka, hubungan mereka pulih semula.
Persoalannya sekarang siapa sebenarnya Dahlia Teck?
Dahlia Teck yang digosipkan sebagai skandal Khairul Fahmi ni, sebenarnya merupakan model kelas fotografi yang berasal dari Kelantan. Dengarnya dia merupakan salah seorang model yang amat terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang tu dan baru sahaja tamat SPM tahun lepas. Oh! Agak-agak beza umur 5 tahun la. Mana tau mungkin mereka sekadar kawan tapi orang sekeliling yang bercerita lebih. Biasalah orang tengah bertunang kan. Dugaan memang sentiasa ada.
So, kepada Khairul Fahmi dan Elia, tahniah sebab dapat selesaikannya dengan baik. Jejari runcing pun dah mula keluarkan entri yang nampak happy dan tiada unsur-unsur sedih lagi. Hehe. Semoga hubungan korang berdua lepas ni lagi kukuh dan teguh! Wah bersyarah pulak aku. Selamat berbahagia… =)
No comments:
Post a Comment