Tuesday 10 May 2011

Bangunan Beratap Kayu Terbesar Didunia

Metropol Parasol di Sevilla Sepanyol ialah bangunan beratap kayu terbesar didunia. Atap gergasi sebesar 150 x70 meter ini dibina dengan menggunakan kayu gentian dan polimer. Ianya dibuka beberapa minggu yang lalu selepas 6 tahun pembinaan yang menelan belanja EUR 84 juta. Pembinaan Metropol Parasol atau nama timangannya di Sevilla "Mushroom of the Incarnation"mendapat tentangan hebat penduduk Sevilla kerana bagi mereka, rekaan modennya tidak sesuai dengan bandar Sevilla yang bersenibina klasik. To me Metropol ini sangat fantastik,cantik gila dan unik.

Pada asalnya tapak Metropol Parasol ini sebepatutnya menjadi sebuah tempat letak kereta. Ketika pembinaan mereka menemui tapak bersejarah dari zaman Rom. Oleh itu pihak perbandaran Sevilla terus mengubah pelan asal dan mahu membina sebuah muzium diatas tapak bersejarah ini. Tetapi mereka tak mahu muzium tradisional dan atas sebab itulah Metropol Parasol terhasil. Ia menempatkan muzium pada ruang bawah tanah. Restoran pada bahagian atas atap. Ruang kedai dan pasar dibawah atapnya serta walkway untuk pelancong diatas atap. Pelancong boleh melihat seluruh bandar Sevilla dari atas atap Metropol. Satu bangunan tetapo pelbagai fungisnya! Pure genius!





Laporan asal HomeDSN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab