Saturday 20 August 2011

erv

dsfvrewv

wqxqw

saxasx

Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan di R&R


SEORANG pekerja R&R mendukung bayi lelaki yang 
ditinggalkan di R&R Salak Baru, Sungai Siput semalam.



SUNGAI SIPUT – Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah kotak di dalam surau wanita kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak Baru di sini semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada pukul 7.15 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pekerja MPKK terbabit yang sedang membersihkan surau di hentian berkenaan curiga dengan kandungan sebuah kotak di kawasan tersebut.
“Sebaik kotak itu dihampiri, dia mendengar bunyi tangisan bayi dari dalam kotak tersebut. Pekerja MPKK itu kemudiannya memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dzuraidi berkata, bayi lelaki berkenaan yang dibalut dengan kain batik itu masih dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sungai Siput di sini untuk pemeriksaan.
Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan yang dipercayai ditinggalkan ibunya.
“Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Lima Anggota Polis Jadi Perompak


JALAN Nagasari, Dang Wangi, Kuala Lumpur tempat lima anggota polis merompak sekumpulan warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.



KUALA LUMPUR - Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.
Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.
Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit yang kesemuanya berjumlah RM34,516 milik pekerja buruh binaan itu.
Pertuduhan ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam Mohamad Arfizi Mohd. Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.
"Saya juga merayu pada bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.

Impian Pesakit Barah Cakap Dengan PM Tertunai


NURUL ATIKAH berbual dengan Perdana Menteri melalui telefon bimbit di rumahnya di Taiping semalam.



TAIPING - Impian pesakit barah tulang tahap akhir, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, untuk berbual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tertunai semalam.
Biarpun hanya lima minit, Nurul Atikah Bazilah jelas gembira dapat berbual dengan idolanya itu menerusi telefon bimbit atas inisiatif Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia (PIKM).
"Walaupun impian saya untuk bertemu dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri tidak tercapai namun peluang berbual secara peribadi pun sudah memadai.
"Saya terharu dengan pesanan beliau yang menasihatkan saya makan banyak-banyak, semoga saya cepat sembuh dan boleh berjalan serta pergi ke sekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini semalam.
Terdahulu, dia dan keluarga menerima kunjungan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang mewakili Perdana Menteri dan Naib Presiden PIKM, Teoh Teik Hoong.
Nurul Atikah Bazilah yang mula dikesan menghidap barah tulang pada 2009, berkomunikasi dengan Najib menerusi telefon bimbit Setiausaha Akhbar kepada Zambry, Nizamuddin Mat Isa selain menerima sebuah Ipad sumbangan PIKM.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia puas dapat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin nombor satu negara itu sebelum mengakhiri perbualan.
Sementara itu, ibunya, Che Tom Osman (gambar kecil), 45, terharu dengan kesudian Najib meluangkan masa berbual dengan anaknya.
"Ia bagaikan hasrat terakhir Nurul Atikah. Saya tengok dia agak lemah sebelum ini tetapi terangsang dan bagaikan mendapat tenaga baharu selepas mendengar suara Perdana Menteri.
"Menyedari hayatnya mungkin tidak panjang, saya dan suami sedaya upaya menunaikan semua hajat dan kehendaknya," kata isteri seorang anggota polis itu.
Che Tom yang merupakan seorang penyelia kilang memberitahu, antara hasrat anaknya yang masih belum terlaksana adalah membina sebuah rumah idaman tetapi tidak kesampaian ekoran kesempitan wang.

Budak Baru 10 Tahun Dah Jadi Mekanik








WANG JUNJIE memeriksa sebuah tayar dengan menggunakan mesin di bengkel bapa saudaranya di bandar Bijie, China.

BEIJING - Seorang budak berumur 10 tahun, Wang Junjie bekerja sebagai mekanik selepas dia disingkirkan keluar dari sebuah sekolah di bandar Bijie, barat daya China kerana prestasi akademiknya yang lemah.

Dia bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan milik bapa saudaranya tanpa mendapat upah.

Menurut Junjie, pada tahun lalu, permohonannya belajar di sekolah ditolak oleh pihak pendaftar kerana guru-guru menyatakan rekod akademiknya tidak begitu baik.

"Walaupun prestasi akademik saya tidak begitu baik, saya merupakan seorang budak yang baik dan berprinsip.

"Saya tidak pernah bergaduh dan saya seorang yang pendiam di dalam kelas. Saya tidak mengetahui kenapa guru-guru tidak menyukai saya," katanya.

Menurutnya, guru-guru meletakan tempat duduknya di barisan paling akhir. "Saya terlalu pendek untuk melihat papan hitam kerana pelajar di depan saya lebih tinggi daripada saya," katanya. - Agensi

Friday 19 August 2011

Abang Kepada Shaheizy Sam Berpeluang Menyambut Aidilfitri Bersama Keluarga


Pelakon Samzy (tengah) tersenyum selepas dibebaskan dengan ikan jamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan yang akan dimaklumkan kemudian.
SHAH ALAM: Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad pada Khamis, boleh menarik nafas lega kerana berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya selepas dibebaskan dengan jaminan, sementara menunggu rayuan kes dadahnya di Mahkamah Rayuan yang akan ditetapkan kemudian.
Jika tidak, Samzy yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette akan menyambut hari kebesaran umat Islam itu di balik tirai besi memandangkan dia sedang menjalani hukuman penjara selama 30 bulan dan sebatan tiga kali bagi kesalahan memiliki syabu.
Hukuman tersebut berjalan pada 12 Julai lalu selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman tersebut.
Dua minggu selepas hukuman itu dijatuhkan, iaitu pada 25 Julai lalu, Samzy yang pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istanamemfailkan notis usul untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan.
Permohonan itu didengar pada Khamis, dan peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil memohon agar jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya kerana prosiding rayuan berkemungkinan akan mengambil masa yang lama.
"Pemohon (Samzy) dihukum penjara selama 30 bulan dan jika diberikan diskaun, mungkin dia hanya perlu menjalani hukuman selama 20 bulan.
"Ini akan prejudiskan dia jika permohonan dia untuk mendapatkan kebenaran merayu didengar lebih lewat daripada tarikh dia selesai menjalani hukuman," kata Muhammad Faiz.
Selain itu, Muhammad Faiz juga berkata, pengalaman berada di penjara sejak lebih sebulan lalu banyak memberi pengajaran kepada Samzy yang perlu menanggung tiga orang anak yang masih kecil memandangkan isterinya, Sarinah Mohammad, 32, tidak bekerja.
"Jika permohonan ini dibenarkan, pemohon dapat menguruskan hal keluarganya di samping dapat menyambut hari raya yang tidak lama lagi dengan keluarga," tambahnya.
Beliau juga memberitahu, Samzy tidak akan melarikan diri kerana dia berhasrat mahu menggunakan peluang di Mahkamah Rayuan untuk membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut dan bersedia untuk menerima apa sahaja syarat tambahan yang akan diberikan oleh mahkamah.
Pada prosiding itu, Samzy turut diwakili oleh peguam Siti Noor Julaini Mohd Shahar.Permohonan itu di bantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam atas alasan Samzy telah disabitkan bersalah seperti pertuduhan yang dihadapinya selepas perbicaraan penuh diadakan.
Hakim Datuk Mohd Sufian Abdul Razak selepas mendengar hujahan-hujahan tersebut, membenarkan Samzy yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.
Beliau juga mengenakan syarat tambahan supaya Samzy melaporkan diri di Balai Polis Ampang Jaya, dekat sini yang berhampiran dengan rumahnya pada setiap bulan bermula 19 Ogos ini manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.
Sebaik sahaja mendengar keputusan itu, Samzy yang hadir di mahkamah dengan memakai pakaian seragam penjara berwarna merah dan dikawal oleh empat kakitangan penjara dilihat meraup wajahnya dan tersenyum.
Sarinah dan ibu Samzy, Khaty Fauziah yang berada di galeri awam mahkamah pula mengalirkan air mata menerima keputusan tersebut.
Turut hadir memberikan sokongan ialah tiga lagi keluarga Samzy, manakala anak-anaknya yang berusia 10, setahun enam bulan dan enam bulan dibawa masuk untuk berjumpa bapa mereka sebelum prosiding bermula.
Khaty Fauziah semasa ditemui berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut.
"Alhamdulillah. Doa saya dan anak-anak dimakbulkan Tuhan," katanya dalam nada yang tersekat-sekat.
Pada 30 November 2010, Majistret Aida Mastura Mohamed Aman memerintahkan Samzy dihukum penjara 30 bulan dan disebat tiga kali selepas didapati bersalah memiliki 12.15 gram syabu.
Samzy yang kini menjalankan perniagaan sendiri didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Di R&R




SEORANG pekerja R&R mendukung bayi lelaki yang
ditinggalkan di R&R Salak Baru, Sungai Siput semalam.



SUNGAI SIPUT – Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah kotak di dalam surau wanita kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak Baru di sini semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada pukul 7.15 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pekerja MPKK terbabit yang sedang membersihkan surau di hentian berkenaan curiga dengan kandungan sebuah kotak di kawasan tersebut.
“Sebaik kotak itu dihampiri, dia mendengar bunyi tangisan bayi dari dalam kotak tersebut. Pekerja MPKK itu kemudiannya memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dzuraidi berkata, bayi lelaki berkenaan yang dibalut dengan kain batik itu masih dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sungai Siput di sini untuk pemeriksaan.
Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan yang dipercayai ditinggalkan ibunya.
“Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Elfira Dan Erin Tidak Abaikan Pelajaran





BOLEH dikatakan industri hiburan tempatan kerap melahirkan pelakon-pelakon remaja yang masih lagi bersekolah. Ternyata kehadiran mereka tetap diterima ramai dengan mutu dan gaya lakonan yang setanding pelakon-pelakon dewasa.
Bagaimanapun, menjadi seorang pelakon yang masih lagi di alam persekolahan tentunya bukanlah suatu perkara yang cukup mudah. Sama ada berlakon atau belajar, kedua-duanya memerlukan fokus serta komitmen yang sangat tinggi.
Salah seorang pelakon remaja yang tidak asing lagi, Nur Elfira Loy mengakui pada tahun ini tawaran lakonan yang diterimanya agak banyak, meskipun pada tahun ini dia bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Memang ia satu cabaran yang hebat buat diri saya kerana melakukan dua perkara dalam satu masa. Biarpun masih sibuk berlakon sejak kebelakangan ini, tetapi pelajaran tidak pernah saya abaikan sama sekali.
“Saya sedar peperiksaan SPM tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan pada masa yang sama masih lagi meneruskan aktiviti lakonan. Namun, saya yakin masih lagi mampu untuk memberi tumpuan kepada pelajaran,” ujar pelakon yang terkenal menerusi drama Qalesya.
Menurut Elfira, biar sesibuk mana sekalipun jadual lakonannya, dia akan memastikan tidak ketinggalan terlalu jauh dalam setiap mata pelajaran yang diajar guru-guru di sekolahnya.
Jelasnya lagi, antara langkah yang dilakukannya adalah dengan membuat ulang kaji pelajaran di rumah rakannya selepas waktu sekolah, manakala pada waktu malam pula dia akan menghadiri kelas tuisyen.
“Lagipun saya memang terpaksa usaha dengan lebih keras kerana saya berada di kelas aliran Sains Tulen dan mata pelajaran yang dipelajari juga sangat berat seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.
“Malah, saya akui yang prestasi pelajaran saya agak tidak konsisten semenjak kebelakangan ini dan sebab itu saya bertekad untuk meletakkan pelajaran sebagai keutamaan sekarang,” jelasnya.
Menurut pelakon yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon itu lagi, dia sangat beruntung kerana keluarganya memberi kebebasan sepenuhnya untuk dia membuat sebarang keputusan.
“Walaupun ayah dan ibu tidak melarang saya untuk terus berlakon, tetapi mereka sentiasa memberi nasihat supaya tetap fokus kepada pelajaran. Jadi, buat masa ini saya akan cuba kurangkan aktiviti lakonan buat sementara waktu,” ujarnya.
Seorang lagi pelakon remaja yang turut mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini, Erin Malek memberitahu dia juga turut mengambil pendekatan yang sama untuk memberi lebih fokus kepada pelajaran.
Menurut Erin, dia sudah mula mengurangkan aktiviti lakonan dan kali terakhir dia menjalani penggambaran adalah pada bulan lalu untuk telemovie Kain Pelekat Acap yang akan disiarkan di TV 9 pada Hari Raya Kedua.
WALAUPUN sibuk di lokasi, Elfira tetap fokus terhadap pelajarannya.


“Sepanjang bulan Ramadan ini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang penggambaran. Lagipun rasanya sekarang ini adalah bulan terbaik untuk saya berusaha lebih keras membuat ulang kaji memandangkan peperiksaan SPM pun tidak lama lagi.
“Biasanya selepas tamat sesi persekolahan, saya akan terus sambung belajar dengan mengupah seorang tutor peribadi di rumah dan pada waktu malam pula saya akan menyelesaikan segala kerja rumah yang diberikan cikgu,” jelas pelajar SMK Pandan Mewah itu.
Bagaimanapun, Erin memberitahu dia perlu bersungguh-sungguh memberi tumpuan kepada pelajaran sepanjang bulan puasa ini memadangkan pada bulan hadapan dia akan terbabit dengan sebuah penggambaran drama.
Ujarnya, dia akan menjalani penggambaran drama bersiri Klik untuk musim kedua sebanyak 13 episod yang akan disiarkan di saluran Astro Ceria setelah terbabit dalam drama yang sama pada musim sebelumnya.
“Dijangka penggambaran akan berlangsung selama hampir sebulan dan sebab itu saya terpaksa menolak sebarang tawaran lakonan yang diterima buat masa ini. Walaupun akan sibuk berlakon, tetapi saya tetap bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM.
“Saya akui yang saya ini bukanlah tergolong dalam kategori pelajar yang pandai, namun itu tidak bermakna saya akan ambil mudah dan semasa menjalani peperiksaan SPM nanti saya tetap cuba yang terbaik,” ujarnya.
Namun begitu, pelakon tersebut tidak menolak kemungkinan untuk kembali aktif berlakon semula selepas selesai menduduki peperiksaan SPM dan bersedia untuk menerima apa sahaja sebarang tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Tangguh
Meskipun tidak menjalani sebarang aktiviti lakonan sepanjang bulan puasa, tetapi mengikut jadual sebelum ini Elfira sepatutnya akan menjalani penggambaran sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod berjudul Dalam Hati Ada Taman.
MENYEDARI peperiksaan SPM sudah dekat, Erin memperlahankan aktiviti seninya.


Menerusi drama tersebut, pelakon yang turut membintangi telefilem seram iaitu Kum Kum di saluran Astro itu bergandingan dengan Randy Pangalila, seorang aktor yang cukup popular di Indonesia.
Lebih menarik lagi, Elfira memberitahu bahawa sepatutnya pada bulan puasa ini dia terbang ke Itali selama dua minggu untuk menjalani penggambaran di situ bersama aktor berkenaan.
“Mengikut perancangan sepatutnya saya akan ke Itali dan menjalani ibadah puasa di sana. Bagaimanapun, saya difahamkan ada sedikit masalah yang berlaku terhadap pihak Randy sehingga ia terpaksa ditangguhkan.
“Memang saya berasa sedikit kecewa kerana hajat untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut tidak tercapai, tetapi saya tidak kisah kerana sekurang-kurangnya dapat juga memberi tumpuan kepada pelajaran pada bulan puasa ini,” jelasnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai makanan yang menjadi kegemarannya sepanjang bulan Ramadan, pelakon berkenaan menjelaskan dia lebih gemar menikmati pelbagai jenis kuih-muih untuk hidangan berbuka puasa.
“Biasanya kalau di bulan-bulan yang lain saya memang agak jarang makan kuih. Namun, pada bulan puasa kalau pergi ke bazar Ramadan selalunya saya akan lebih banyak membeli kuih-muih berbanding makanan lain,” jelasnya.
Terima kenyataan
Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang nasib yang menimpa Erin Malek dan keluarganya apabila kedua-dua ibu bapanya telah mengambil keputusan untuk bercerai pada awal tahun ini. Ternyata sambutan bulan puasa kali ini juga cukup berbeza buat pelakon berkenaan yang kini menjalani ibadah puasa bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain setelah mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya.
Ketika ditanya adakah perasaan sedih menyelubungi dirinya pada detik-detik awal umat Islam menyambut bulan Ramadan, pelakon berkenaan menjelaskan ketika ini dirinya sudah dapat menerima kenyataan terhadap segala yang telah berlaku.
“Pada mulanya perasaan sedih itu memang ada sedikit, tetapi bagi saya apa yang berlaku itu memang sudah ditakdirkan. Apa yang lebih penting sekarang saya perlu menjadi semakin kuat untuk mengharungi kehidupan bersama ibu.
“Sebagai anak sulung, saya juga perlu menjadi contoh yang baik kepada adik-adik yang lain. Walaupun ayah dan ibu telah berpisah, tetapi hubungan saya dan ayah tetap baik,” jelasnya yang semakin dapat menerima terhadap apa yang menimpa keluarganya sebelum ini.
Akui Erin lagi, meskipun dia merupakan anak sulung tetapi dia seorang yang sangat manja dan kerap menangis sewaktu keluarganya mengalami masalah apabila kedua-dua orang tuanya berpisah dahulu.
“Apa yang lebih penting sekarang ini saya perlu meneruskan kehidupan dan melupakan segala apa yang telah berlaku. Selain mahu berjaya dalam pelajaran, saya juga mahu terus mencipta nama dalam bidang lakonan,” ujarnya.

[Video] Meteorit Besar Sedang Jatuh di Mexico


Nampak seperti sebuah meteorit yang jatuh dari langit. Dan saiznya mesti amat besar kerana memakan masa yang agak lama untuk sampai ke bumi dan terbakar tak habis-habis.

Walaubagaimana pun video ni pendek saja, tidak dapat dipastikan apa yang berlaku kemudian. Kena pergi siasat sendiri nampak gayanya. :P


Persoalan yang mungkin munculi di kepala otak kita bun, adoyai, adakah ianya sebuah piring terbang yang terbakar di udara? Adakah ianya betul-betul batu meteorit yang jatuh dari angkasa? Adakah ianya sebuah pesawat seperti kapal terbang yang terhempas?





Budak Mengalami Kecacatan Lidah Berprestasi Cemerlang Dalam Sekolah


Budak lelaki dengan lidah cacat
Seorang kanak-kanak di China telah menunjukkan prestasi yang baik di sekolah dan hidup dalam keluarga yang bahagia, walaupun dilahirkan dengan kecacatan lidah.

Ya Wenwu didiagnosis dengan tumor besar vaskular seperti span apabila beliau hanya berusia tujuh bulan yang telah berkembang dari tahun ke tahun.

Ibu bapa budak yang berusia lapan tahun itu telah membelanjakan semua wang mereka terhadap rawatan penyakit anak mereka tetapi tidak mampu membayar kos perubatan yang tinggi mengubati tumor.

Bapanya iaitu Ya Yonggui, berkata: "Ia mungkin mengambil kos kira-kira satu juta yuan dan dia telah dirawat di hospital selama kira-kira satu atau dua tahun. Kami tidak mampu, jadi kami terpaksa membawa dia kembali ke rumah."

Hasrat terbesar Wenwu adalah agar penyakit beliau sembuh supaya dia boleh pergi ke sekolah dengan gembira seperti kanak-kanak lain.


Pelik, Lembu Hitam Melompat Tinggi Ke Atas Bumbung Bangunan


MANCHESTER - Seekor lembu hitam didapati berada di atas bumbung sebuah bangunan yang berada pada ketinggian 1.98m dari aras tanah. Lembu yang berasal dari Somerset, Blagdon, itu dipercayai melompat ke atas bumbung sebuah bangunan tanpa tersangkut dan mengalami kecederaan.

Gambar tersebut telah diambil oleh seorang budak lelaki berusia 17 tahun, William de Cothi. Dia merupakan satu-satunya yang telah mengambil gambar tersebut untuk dijadikan bukti supaya rakan-rakan beliau akan mempercayai ceritanya.

Di sebalik keupayaan lembu tersebut untk melompat pada ketinggian itu, ia telah dinobatkan sebagai pemenang program "Tense Showdown 2009" selepas mengalahkan seekor musang lain yang turut dirakam memasuki satu tiub kecil berukuran 75mm.

Sumber asal

Penuntut Tahun Akhir Perubatan Rentung Dalam Nahas Jalan Raya



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat penuntut yang rentung dari Perodua Myvi yang terbakar akibat kemalangan di Kilometer 7.2, Jalan Kangar-Alor Setar di Kangar, kelmarin.


KANGAR 18 Ogos - Seorang penuntut tahun akhir kursus perubatan Allianze College of Medical Sciences (ACMS) rentung selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 7, Jalan Kangar-Alor Setar, Kedah dekat Kampung Bohor Mali di sini, semalam. 

Ketika kejadian pukul 7.50 petang, mangsa, Mohammad Danial Zulkifli, 24, yang memandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah ke Kangar, Perlis. Pegawai Turus Trafik Perlis, Asisten Supritendan Rosli Yahaya berkata, mangsa difahamkan tiba-tiba membuat pusingan U di kawasan itu sebelum dirempuh oleh sebuah kereta Toyota Corolla. 

 "Kereta Toyota Corolla itu datang dari arah yang sama dan tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua kereta tersebut terbakar, namun pemandu Toyota Corolla, Lim Tai Eng, 58, seorang peniaga dari Jalan Raja Syed Alwi di sini, sempat menyelamatkan diri. 

 Katanya, Mohammad Danial yang berasal dari Presint 9, Putrajaya gagal menyelamatkan diri akibat tersepit. "Tai Eng yang patah bahu kanan dan luka di seluruh badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan," ujar beliau.

Lelaki Beri Nasihat di Facebook Sebelum Maut Terlibat Kemalangan


PUTRAJAYA: “Ada eksiden dekat masjid (di Perlis)...hati-hati ketika memandu,” itu antara mesej terakhir mangsa kemalangan, Muhammad Danial Zulkifli, 24, yang dipaparkan dalam akaun Facebook miliknya minggu lalu.


Muhammad Danial yang mengemaskini status akaun facebook miliknya menasihati rakan dalam senarai akaunnya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan banyak berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan. 


Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) itu bagaimana pun meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam kelmarin apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7.2 Jalan Alor Setar-Kangar. Ibunya, Rosnah Othman, 54, berkata kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada tiga beradik itu adalah ketika mangsa pulang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya kira-kira dua minggu lalu untuk menyambut kedatangan Ramadan. “Pada waktu itu, dia pulang ke rumah dihantar seorang rakannya. Saya juga sempat meminta bantuannya memandu kereta untuk membawa saya menyelesaikan urusan.

“Dia seorang anak yang baik, pendiam dan mendengar kata orang tua. Tidak banyak perubahan dalam diri Allahyarham sepanjang dia pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi jenayah anaknya yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.


Rosnah berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya dua hari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. “Saya tanya pada dia sudah makan atau tidak. 


Dia jawab mahu keluar sebentar bersama rakannya membeli makanan. “Saya hubungi dia kira-kira jam 8.30 malam iaitu sebelum keluar ke surau menunaikan solat Tarawih, tetapi pada hari kemalangan berlaku, Muhammad Danial keluar seorang diri tanpa membawa rakannya,” katanya. Katanya, dia sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan menganggapnya sebagai suratan takdir. Sementara itu, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkifli Rahmat, 54, berkata beliau mendapat tahu mengenai kematian Muhammad Danial selepas dimaklumkan polis kelmarin.

Zulkifli berkata difahamkan kejadian berlaku ketika Muhammad Danial dalam perjalanan pulang dari Alor Setar menghala ke Kangar, apabila kereta Myvi dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain. “Kawan dia beritahu Muhammad Danial nak cari makan buka puasa di Alor Setar dan tak mahu buka puasa di rumah.


“Dalam perjalanan, Allahyarham ubah fikiran dan mahu berpatah balik ke Kangar sebelum dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang ketika mahu membuat pusingan U,” katanya, sambil memaklumkan anaknya itu bakal menamatkan pengajiannya pada akhir tahun ini.



Zulkifli berkata, sebelum meninggalkan pusara Allahyarham, dia sempat berpesan supaya Muhammad Danial tinggal di alam sana dengan tenang dan mereka sekeluarga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Lelaki Dibelasah 5 Lelaki Hanya Kerana Sebatang Rokok


KUALA LUMPUR: Hanya kerana tiada rokok, seorang lelaki menerima lima jahitan di kepala selepas dibelasah lima lelaki ketika ingin pulang ke asrama pekerja di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dan bekerja di sebuah restoran di Bukit Bintang berjalan ke asramanya bersendirian sebelum dihalang lima lelaki tidak dikenali.

Terkejut dengan kehadiran mereka, mangsa meminta laluan kerana ingin pulang segera ke asrama selepas penat bekerja.


Bagaimanapun, seorang suspek meminta mangsa memberi sebatang rokok, jika ingin melalui kawasan itu.

Menurut sumber, lelaki itu memberitahu dia tidak ada rokok dan meminta mereka jangan mengganggunya.


“Kumpulan terbabit tidak dapat menerima alasan lelaki itu kerana sebelum ini mereka melihat mangsa merokok dan meminta memberikannya jika tidak mahu dicederakan.



“Mangsa memberi alasan rokok itu sudah habis menyebabkan mereka berang dan terus menolaknya,” katanya.

Sumber berkata, sebaik mangsa terjatuh, lima lelaki terbabit terus memukulnya bertubi-tubi, malah seorang daripada mereka mengambil sebatang besi dan memukul kepalanya.



“Mangsa dibelasah kira-kira lima minit, sebelum ditinggalkan dalam kesakitan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Adik Beradik Mangsa Simbahan Asid Tidak Sabar Mahu Beraya



SHAFIQ AIMAN (kanan) dan Shafiq Haikal yang cedera di muka akibat disimbah asid masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dua beradik yang menjadi mangsa simbah asid, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, tidak sabar untuk pulang ke kampung mereka di Felda Jengka 9, Maran, Pahang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, dua beradik tersebut yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hampir sebulan lalu mengakui mereka agak malu kepada rakan-rakan di kampung kerana wajah mereka cacat selepas kejadian disimbah asid.
Namun hasrat Shafiq Haikal untuk memakai baju baharu di pagi hari raya dan berjumpa rakan-rakan sambil mengutip duit raya di sekitar kampungnya tetap membara.
“Memang saya tidak sabar hendak balik kampung tetapi saya masih tidak tahu lagi sama ada doktor bagi balik beraya di kampung atau sebaliknya, saya sangat rindu kepada kawan-kawan dan tidak sabar pakai baju raya,” jelasnya ketika ditemui di HKL di sini semalam.
Sebelum itu, Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada dua beradik itu bagi meringankan beban keluarga mereka sepanjang menerima rawatan di HKL.
Dalam kejadian 19 Julai lalu, kedua-dua beradik itu cedera parah di beberapa bahagian badan termasuk muka akibat disimbah asid oleh seorang lelaki ketika melalui rumah mereka.
Pada 26 Julai pula, penyimbah asid itu yang juga seorang buruh ladang dihukum penjara lapan tahun dan empat kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh setelah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap dua beradik dengan menyimbah cuka getah terhadap kanak-kanak tersebut di Maran.

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab