Thursday 18 August 2011

Pengacara Wanita Buat Dakwaan Palsu Dirogol




Seorang pengacara televisyen rancangan kaji cuaca telah ditahan selepas membuat pengakuan palsu dirinya dirogol

Heidi Jones, seorang meteorologist untuk stesen televisyen WABC dan Channel 7, membuat laporan polis mengatakan bahawa dirinya telah dirogol di Taman Pusat Bandar New York sewaktu berjogging pada bulan September lalu.

Namun seorang pegawai penyiasat menyatakan selepas dua bulan kejadian rogol yang dilaporkan, mereka menemukan keraguan pada laporan tersebut dan pengacara itu kini dalam tahanan polis.

Pengacara itu ditahan pada hari Isnin kerana membuat laporan palsu. Sekiranya didapati bersalah kerana menipu, Miss Jones mungkin menghadapi hukuman penjara setahun atau boleh didenda $1,000 (RM 3800).

Pengacara itu memberitahu polis pada 24 November bahawa dia telah berjogging di sebuah taman yang terkenal pada waktu tengah hari 24 Sept apabila seorang lelaki meragutnya dari belakang.

Menurut ceritanya, lelaki berkenaan yang berumur sekitar 30 - 40 telah mengheretnya ke dalam sebuah kawasan pondok dan cuba untuk merogolnya.

Dia turut memberitahu polis bahawa perogol tersebut mungkin berasa takut terhadap dua orang yang kebetulan lalu di situ, yang datang untuk menyelamatkannya.

Namun pihak polis berasa curiga menyiasat mengapakah gadis pengacara ini mengambil masa sehingga dua bulan untuk melaporkan kejadian jenayah tersebut.

Menurut sumber-sumber daripada New York Post, dia juga memberitahu polis bahawa tiga hari sebelum itu pada 21 Nov, lelaki yang sama menemuinya lagi dan mengganggunya serta berkata "Aku tahu kau dah melapor kepada polis"

Selepas polis menyiasat urutan kejadian versi cerita yang dikatakan oleh pengacara itu, detektif telah membuat penyiasatan melalui video dan saksi di kawasan tempat kejadian.

Pulang dengan tangan kosong, mereka mula bertanya semula kepada Miss Jones sekali lagi dan menyedari kenyataan yang tidak konsisten pada ceritanya, menurut sumber berkenaan.

Selepas terperangkap dengan percanggahan demi percanggahan di dalam kenyataannya, Miss Jones telah mengaku bahawa dia telah mereka-reka cerita tersebut.

Miss Jones dikatakan mengaku bahawa dia mereka cerita untuk merayu simpati untuk mengurangkan tekanan masaalah peribadi yang sedang dihadapinya.

Sumber: Dailymail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab