Thursday 18 August 2011

Lapangan Terbang Tayang Filem Lucah


DHAKA - Pihak berkuasa Bangladesh telah melancarkan satu penyiasatan selepas filem lucah dipercayai disiarkan pada skrin besar yang dipaparkan di lapangan terbang utama negara berkenaan, menurut majistret ahad lalu.

Ratusan pelancong, sahabat handai yang menunggu serta saudara mara di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal dikatakan terkejut saat filem lucah tersebut ditayangkan selama kira-kira lima minit pada pagi jumaat, kata majistret Siddiqa Akhter.

Skrin paparan itu biasanya memaparkan rakaman dokumentari-dokumentari tentang budaya dan georgrafi negara Bangladesh, sebuah negara Muslim yang konservatif.

"Operator lapangan terbang berkenaan telah dipenjara selama dua bulan. Kami juga telah mengarahkan pemilik syarikat kabel untuk menyiasat insiden tersebut. Kami harus menyiasat sebarang perlakuan jenayah yang berkaitan," menurut Ahter.

Setiap hari, ribuan orang menggunakan terminal berkenaan untuk menyambut atau menghantar sahabat handai dan sanak saudara mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab