Wednesday 17 August 2011

Fenomena Aneh, 2 Matahari Terbit Di Taiwan



TAIWAN: Satu fenomena atmosfera telah mengejutkan ramai penduduk di Taiwan.

Mereka melihat dua matahari berada di kaki langit Pulau Penghu.

Melihatkan kepada fonemena ini, perkara ini hangat dibincangkan selepas gambar imej dua matahari dimuat naik di internet.

Ramai orang yang bertanya mengapa fenomena seperti ini boleh terjadi? Ada beberapa orang yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin disebabkan pemanasan global yang menandakan dunia semakin sampai ke penghujung.

Pusat kaji cuaca Penghu menjelaskan bahawa fenomena di pantai Penghu hanya fenomena bayang-bayang.

Bayangan matahari itu adalah disebabkan pembiasan cahaya matahari oleh kristal ais di udara.

"Ini jarang berlaku, terutama ketika 'dua matahari' sangat dekat satu sama lain," kata pengarah pusat kaji cuaca itu lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab