Friday 19 August 2011

14 Barang Rampasan Dilelong Dalam Masa 20 Minit


SIAPA MAHU BIDA...pegawai MBPJ membuat lelongan di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya, semalam.
SIAPA MAHU BIDA...pegawai MBPJ membuat lelongan di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA: Lelongan awam yang diadakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila semua 14 barang habis dalam 20 minit.


Lelongan terbabit yang dijalankan berdasarkan Waran Tahanan (Sita) 2007 bagi tunggakan cukai pintu itu menyebabkan suasana hangat kerana orang ramai berebut-rebut membida barangan elektrik seperti televisyen, pemain cakera padat video (VCD), periuk nasi dan pembersih hampagas.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, berkata lelongan itu dilakukan jika pemiliknya gagal membayar tunggakan cukai pintu walaupun diberi tempoh secukupnya.


Katanya, barang yang dirampas itu tunggakan cukai pintu sejak penggal kedua 2009 dengan nilai tunggakan RM25,000.

“Lelongan awam ini kebiasaannya dijalankan dua kali setahun kerana kutipan cukai pintu dilakukan dua penggal dalam setahun, tetapi sebelum premis disita, kami akan memaklumkan kepada pemilik mengenai jumlah tunggakan.


“Selepas tiada tindakan susulan iaitu pembayaran, baru penguat kuasa MBPJ ke premis atau kediaman terbabit untuk menyenaraikan harta mudah alih yang boleh disita,” katanya selepas lelongan awam, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab