Wednesday 17 August 2011

Lelaki Pengsan Garfu Rumput Terpacak Di Tengkoraknya


Seorang lelaki di United Kingdom ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan garfu Rumput (pitchfork) terbenam daripada tengkorak dan terjojol keluar ke lehernya.

Menurut laporan Dailymail, Hugh Buckley, 54 telah ditikam berulang kalimenggunakan perkakas perkebunan.

Datuk kepada tujuh orang cucu itu ditemui dengan lumuran darah di dalam rumah salah seorang rakannya. Dia dipercayai telah diserang oleh rakannya itu.

Pihak penyelamat yang dipanggil iaitu bomba, terpaksa menggergaji pemegang garfu rumput tersebut manakala para doktor berhempas pulas untuk mengeluarkan empat bilah besi garfu rumput yang terbenam di kepalanya.

Dia mendapat kecederaan yang sangat serius di bahagian otak dan dijangkakan tidak dapat bertahan semalaman.


Walau bagaimanapun, dia tinggal di bawah kawalan unit rawatan rapi (ICU) selama tiga bulan dalam keadaan koma yang serius yang pada mulanya dijangka dia tidak akan bangun untuk selama-lamanya.

Namun satu keajaiban berlaku apabila dia akhirnya telah sedar meskipun hanya dapat menggerakkan bahagian tangan kanan dan kakinya sahaja.

Memandangkan otaknya mengalami kecederaan yang teruk, dia tidak lagi dapat bercakap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab