Thursday 18 August 2011

Lelaki Cuba Bunuh Diri di Parlimen Tetapi Gagal


Seorang lelaki cuba membunuh diri di parlimen semasa wakil-wakil rakyat di Romania sedang bersidang sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Bagaimana pun cubaan membunuh dirinya dikatakan gagal apabila dia sekadar memperolehi kecederaan minor yang tidak mengancam nyawanya.

Sebelum melompat untuk membunuh diri pada ketinggian 23 kaki, lelaki berkenaan menjerit kepada wakil-wakil rakyat yang sedang bersidang dengan mengatakan "kamu semua telah membunuh generasi masa hadapan!".


Tindakan lelaki tebabit yang juga merupakan seorang ayah yang memiliki dua orang anak dikatakan kerana membantah langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan berikutan negara berkenaan menghadapi bebanan hutang negara yang besar.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab