Thursday 18 August 2011

Amah Indonesia Dera Diri Sendiri - Majikan Arab


Seorang wanita Arab Saudi yang didakwa sebelum ini atas tuduhan mendera teruk pembantu rumah bangsa Indonesia menafikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Malah dia mendakwa bahawa pembantu rumah Indonesia itu mendera dirinya sendiri serta mengatakan bahawa pembantu rumah itu 'tidak normal'.

Janda Arab berusia 53 tahun yang berasal dari Madina itu memberitahu sebuah mahkamah minggu ini bahawa dia tidak pernah menyerang ataupun mendera Sumiati Salan Mustapa, 23, yang telah dimasukkan ke hospital bulan lalu akibat kecederaan teruk pada muka dan kepalanya.



"Anak guam saya telah menafikan semua tuduhan mendera pembantu rumahnya. Pembantu rumah itu telah mencederakan dirinya sendiri dan kami merancang untuk memohon pampasan daripada pihak kerajaan kerana menahan anak guam saya lebih dari sebulan di penjara wanita," menurut kata peguam wanita Arab Saudi, Ahmed Al Rashid kepada akhbar berbahasa arab, Daily Okaz.

Peguam itu juga mendakwa bahawa pembantu rumah itu jelas sekali mempunyai masaalah mental dan beliau juga akan menolak sebarang laporan perubatan yang dikeluarkan di luar daerah jajahan dan membuktikan perkara sebaliknya.

"Saya hanya akan menerima laporan-laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pakar psikiatri di dalam Arab Saudi"

Al Rashid berkata, beliau akan meminta sekali lagi kepada hakim untuk membebaskan anak guamnya atas ikat jamin apabila kes tersebut didengari semula pada hari Selasa depan.

Bulan lalu, akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa, seorang majikan yang tidak diketahui namanya telah menggunakan besi panas untuk mendera Sumiati, yang kini berada di hospital bagi menjalani pembedahan merawat kulit kepala dan mulutnya.

Dia telah dibenarkan keluar daripada hospital, namun memerlukan rawatan fizikal dan fisiologi lanjut.

Kes Sumiati ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai di Arab Saudi dan Indonesia yang menjadi ajen penyedia pembantu rumah terbesar.

Malah insiden itu juga telah menyebabkan Indonesia digesa agar berhenti daripada menghantar rakyatnya untuk bekerja ke Arab Saudi, yang kini menempatkan kira-kira 2 juta rakyat Indonesia yang bekerja di dalam pelbagai bidang termasuk pembantu rumah.

Sumber: Emirate

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab