Thursday 18 August 2011

Kanak-kanak 10 Tahun Tembak Mati Ibu Kandungnya



Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun telah diberkas selepas dia memberitahu jirannya bahawa dia telah menembak dan membunuh ibu kandungnya.

Deborah McVay, 46, ditemui mati dengan kesan satu tembakan di kepalanya pada malam isnin di Big Prairie, pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus, Ohio Amerika Syarikat.

Menurut pegawai Polis tempatan, pihak paramedik menemui McVay mati dalam keadaan tertiarap dan mukanya tersembam di lantai biliknya. Wanita itu dikatakan mati di tempat kejadian. Peluru yang menembusi kepalanya dipercayai dilepaskan dari a .22 calibre rifle.

Pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dihubungi oleh seorang jiran yang melaporkan bahawa anak kepada McVay telah menemuinya dan mengatakan bahawa dia baru sahaja menembak ibunya.

Mayat McVay telah dibawa untuk dibedah siasat. Seorang anak perempuan McVay yang berada di tempat kejadian semasa kejadian itu berlaku kini tinggal bersama saudara mereka. Sehingga kini masih tidak jelas sama ada anak perempuan yang berusia 15 tahun itu ada menyaksikan kejadian tersebut ataupun tidak.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu kini ditahan di Richland County Juvenile Detention dan dijangka akan dibicarakan tengah hari ini, (semalam).

Pihak berkuasa mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut mempunyai sejarah masaalah tingkah laku.

Semasa berusia 6 tahun dia pernah terlibat satu pertelingkahan dengan pemandu bas sekolahnya, dan setahun kemudian dia telah dibuang sekolah kerana menyerang pengetua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab