Thursday 18 August 2011

1200 Pil Ecstasy Ditemui Dalam Perut Wanita


Seorang wanita Thailand telah ditahan di Bali atas kesalahan menyeludup dadah apabila dia didapati menyeludup hampir 1,300 bungkusan plastik mengandungi pil ecstasy di dalam perutnya, menurut portal Daily Mail.

Shopawat Ueamduean, 24, telah diserahkan kepada sebuah badan pemeriksaan di lapangan terbang Ngurah Rai, apabila pihak keselamatan mendapati seorang wanita yang kelihatan gementar melalui ruang pemeriksaan.

Apabila para pegawai mendapati perutnya keras, wanita itu telah dihantar ke sebuah hospital tempatan yang berhampiran untuk pemeriksaan membawa kepada penemuan 1, 280 biji pil ecstasy di dalam perutnya.

"Pil-pil tersebut di dalam sejumlah bungkusan plastik yang telah ditelan oleh wanita itu sebanyak kira-kira 90 kali" menurut satu kenyataan rasmi kastam Indonesia.

Denga berat 402 gram, ia dianggarkan bernilai kira-kira 448 million rupiah (50,000 dollars, £33,000).

Wanita tersebut yang mendakwa dirinya seorang penari di Bangkok, memberitahu pihak penyiasat bahawa seorang lelaki Israel telah menawarkan wang sebanyak $656 (£424) untuk menyeludup pil berkenaan ke Bali.

Dia kini berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup, ataupun kebarangkalian hukuman mati melalui skuad menembak jika terbukti bersalah di bawah undang-undang anti-dadah yang ketat di Indonesia.

Sumber: Dailymail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab