Wednesday 17 August 2011

Kanak-kanak Mati Ditemui Dipanggang Dalam Oven


Tertuduh,ibu kanak-kanak dibawa keluar dari balai polis untuk ke mahkamah

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak lelaki, Tristan Robinson,3 tahun ditemui mati di dalam oven elektrik di rumah keluarganya. Menurut hasil siasatan awal pegawai perubatan jumaat lalu,kanak-kanak itu meninggal akibat dari luka terbakar.

Pegawai penyiasat wilayah Washington, Methel Johnson mengatakan ahli patologi masih lagi cuba menyiasat untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu dalam keadaan sedar atau tidak ketika dia dimasukkan ke dalam oven. Kanak-kanak itu juga dikatakan mengalami trauma di kepalanya.

Anggota Polis Greenville menemui tubuh kanak-kanak itu di apartmen ibunya,Rabu lalu, setelah menerima satu panggilan kecemasan selepas lewat tengah malam. Ibu kanak-kanak itu, Terrie A. Robinson,24 tahun dituduh melakukan pembunuhan itu. Dia ditahan dengan ikat jamin $ 5 juta.

Pihak polis menolak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan kerana siasatan sedang dijalankan bagi mendapatkan gambaran kejadian sebenar.

Johnson,anggota penyiasat itu menyatakan bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan di rumah itu apabila penangkapan dibuat. Kanak-kanak itu ditempatkan dalam jagaan Jabatan Mississippi Hal Ehwal Kemanusiaan.

"Saya telah melihat banyak kejadian melibatkan kanak-kanak sebelum ini, tapi tidak pernah melihat kejadian seperti ini," tambah Johnson. "Keadaan ini membuatkan saya berfikir tentang cucu saya", katanya lagi.

Saudara kembar Terrie Robinson, Sherrie Robinson, mengatakan kepada WXVT-TV bahawa tiada siapa boleh menghakimi kakaknya sebelum semua bukti membuktikan dia bersalah.

"Terrie adalah orang yang baik dan ibu yang hebat. Kita tidak tahu kejadian sebenarnya bagaimana dan sama ada Terrie bersalah atau tidak, jadi jangan memanggilnya ibu yang jahat kerana dia bukan seperti itu," kata Sherrie Robinson kepada stesen TV dengan nada sebak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab