Thursday 18 August 2011

Kanak-kanak 16 Bulan Mati Direndam Dalam Air Mendidih


Seorang kanak-kanak berusia 16 bulan dipercayai mati akibat kesan kebakaran yang teruk apabila siasatan pihak Polis mengesahkan bahawa kanak-kanak malang itu direndam dengan sengaja di dalam sebekas air yang mendidih.

Kanak-kanak malang itu, Jabraylon Bayles akhirnya meninggal dunia selepas 5 minggu bertarung nyawa menderita akibat kecederaan yang dialaminya. Pembedahan telah dilakukan dan terpaksa membuang sebahagian dari bahagian perutnya.

Teman lelaki ibunya, seorang bekas banduan kes bunuh yang baru dibebaskan dari penjara tiga tahun lalu dipercayai suspek yang telah mendera kanak-kanak tersebut dengan cara memegangnya di dalam sebuah bekas masakan (periuk).

Ibu kanak-kanak itu, Jasmine Thompson juga mengatakan bahawa dia diberitahu oleh polis bahawa anak lelakinya itu telah direndam di dalam air panas.

Simmons, yang telah dibebaskan pada 2007 daripada hukuman penjara selama 15 tahun, mendakwa bahawa kejadian itu adalah sebuah kemalangan.

Namun begitu pihak polis menemukan kenyataan yang tidak konsisten pada ceritanya dan dia kini di dalam tahanan tanpa jaminan sejak kejadian itu berlaku 36 hari lalu.

Simmons, 37 tinggal bersama ibu kanak-kanak berkenaan Jasmine Thompson di sebuah flat di Dallas, Texas, bersama-sama dengan anak lelakinya yang lain.

Menurut polis, Simmons mengatakan bahawa dia sedang memegang sebekas air panas yang sedang menggelegak di dapur apabila tiba-tiba Jabraylon meluru ke arahnya.

Simmons mengatakan dia menjatuhkan air tersebut ke atas lantai dan mendengar jeritan kanak-kanak itu. Dia sedar kulit kanak-kanak itu mula mengelupas lantas dia segera meminta pertolongan.

Jabraylon mengalami kecederaan serius pada kaki, tangan dan punggungnya.

Pihak penyiasat mempercayai bahawa Jabraylon telah dipegang dengan sengaja di dalam air yang mendidih.

"Polis mengatakan ia kelihatan dia direndam di dalam air, doktor juga mengatakan begitu" Kata Jasmine. "Saya masih mencari jawapan yang sebenar"

Lebih sebulan Jabraylon dirawat di hospital akibat kecederaannya.

Doktor terpaksa menyingkirkan 60 peratus ususnya di dalam sebuah pembedahan. Badannya menggelembung dengan teruk sehinggakan ahli keluarganya tidak dapat mengecam kanak-kanak malang itu. Buah pinggangnya juga dipercayai gagal berfungsi.

Dia meninggal dunia akibat jangkitan disebabkan kehilangan kulit yang banyak.

Polis akan mendakwa Simmon di atas kesalahan penderaan kanak-kanak dan mengedar selepas PCP dan Kokain dijumpai di rumah tempat tinggalnya bersama kanak-kanak itu.

Sebelum ini dia telah dipenjarakan pada tahun 1994 sselepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan di luar sebuah bar. Dia kemudiannya dibebaskan pada 2007.


Sumber : Dailymail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab