Wednesday, 17 August 2011

Menakjubkan, Bayi 4 Bulan Selamat Apabila 3 Hari Berada Dibawah Runtuhan


Satu kejadian yang agak mengejutkan apabila seorang bayi berusia empat bulan berjaya diselamatkan setelah tiga hari terperangkap di bawah runtuhanbangunan akibat gempa bumi yang berlaku di Bandar Ishinomaki, dalam wilayah Miyagi Jepun.


Bayi tersebut ditemui tanpa sebarang kecederaan, dan dilaporkan sihat oleh pihak penyelamat yang kebetulan menemuinya di celah-celah runtuhan bangunan. Kejadian ini merakamkan saat manis pertemuan antara ayah kandung dan bayinya yang dikhuatiri telah meninggal dunia sebelum ini.


Namun begitu kegembiraan dua beranak terhadap pertemuan yang menyentuh perasaan itu terganggu dengan amaran Tsunami yang dijangka bakal melanda bandar itu dalam masa yang terdekat. Ayah kandung bayi comel tersebut bertindak membawanya ke tempat yang lebih selamat berikutan amaran Tsunami yang sudah dikeluarkan mengancam keselamatan di bandar tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab