Thursday 18 August 2011

Hebat, Santa Claus Berjaya Memberkas Mafia di Italy



Santa Claus boleh lakukan semua perkara, menghantar hadiah, menyelinap masuk ke rumah melalui cerobong asap, terbang di langit. Malah Santa Claus juga boleh menangkap mafia.

Khamis, seorang santa Claus telah menangkap seorang suspek yang disyaki ahli kepada kumpulan mafia Sicilian.

Seperti yang diketahui oleh kebanyakan kanak-kanak, Santa Claus boleh mengetahui sama ada seseorang kanak-kanak itu baik ataupun nakal. Di Italy, Santa Claus juga tahu sekiranya orang dewasa baik ataupun jahat. Malah dia juga tahu sekiranya anda seorang ahli kumpulan mafia dan akan memberkas anda sekiranya anda tidak berhati-hati.


Gambar ini diambil daripada rakaman sebuah CCTV, yang disiarkan oleh pihak Polis Italy menunjukkan bagaimana seorang Polis yang memakai suit lengkap seorang Santa Claus sedang memberkas suspek.

Seorang anggota Polis yang menyamar sebagai Santa Claus merupakan strategi polis hari Khamis untuk memberkas seorang suspek bernama Santapaola seorang ahli geng mafia berbahaya di Italy.

Suspek, seorang lelaki berusia 37 tahun telah berjaya diberkar oleh polis sebaik sahaja dia keluar dari sebuah kedai dan dipercayai baru sahaja mengutip wang perlindungan bulanan daripada pemilik kedai berkenaan.

Pemilik kedai tersebut dikatakan telah dipaksa untuk menyerahkan wang perlindungan sebanyak €260 (RM1,092) setiap bulan sejak 10 tahun lalu.

Skuad undercover Santa sememangnya telah menunggu dari awal di kawasan tempat letak kereta berhampiran dengan membawa sebakul gula-gula - yang diletakkan di atas bumbung kenderaan suspect sebelum suspek akhirnya diberkas.

Sebaik sahaja media Italy mengumumkan penangkapan suspek tersebut, pemilik berkenaan yang gembira memeluk Santa Claus tersebut lapor media negara tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab