Thursday 18 August 2011

Gila, Guru Cucuh Besi Panas di Muka Murid





Beijing - Seorang guru sebuah tabika swasta di Timur China menjadi suspek utama terhadap penyebab kecederaan beberapa orang kanak-kanak yang pulang ke rumah dengan parut luka terbakar di wajah mereka.

Polis telah memberkas guru berumur 30 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Pihak penyiasatan polis percaya bahawa guru tersebut, yang dikenali dengan nama Yi, telah menggunakan besi untuk menghukum murid-muridnya yang difikirkannya sebagai nakal.

Tujuh kanak-kanak berumur 6 tahun dari Tabika Banqiao di Xinhua ,daerah Jiansu dipercayai cedera.

Menurut akhbar Yangtze Evening New, guru berkenaan telah dihalang daripada terus menghukum murid-muridnya pada hari isnin oleh seorang rakan sejawatnya yang bertindak merampas besi panas daripada Yi selepas mendengar jerit tangisan kanak-kanak berkenaan.

Pada sidang media yang diadakan pada malam khamis lalu, pihak kerajaan tempatan telah mengesahkan bahawa Yi, seorang ibu tunggal itu berniat dengan sengaja untuk menakut-nakutkan kanak-kanak jagaannya agar berkelakuan baik dengan melekatkan besi panas bersaiz tetikus komputer.

Jurucakap kerajaan tempatan juga mengatakan bahawa guru berkenaan menyangka bahawa besi tersebut sudah sejuk.

Ibu bapa kanak-kanak yang tercedera berkata, anak-anak mereka akan dihantar ke Shanghai untuk rawatan selanjutnya dan mereka juga mengesahkan bahawa pihak tabika swasta itu telah bersetuju untuk menanggung segala kos rawatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab