Thursday 18 August 2011

Remaja Dipenjara 212 Hari Kerana Kesilapan Polis



Ibu bapa mungkin perlu memikirkan suatu nama yang unik untuk anak-anak mereka atau anak mereka mungkin berdepan dengan hukuman penjara akibat nama yang serupa dengan penjenayah lapor portal China Youth Daily.

China Daily melaporkan berita tentang seorang pelajar yang terpaksa merengkok di dalam penjara selama 212 hari akibat perbuatan rompakan yang dilakukan oleh orang lain yang memiliki nama serupa dengannya.

Keluarga pelajar tersebut telah mendapat pampasan sebanyak 23, 000 yuan ($3,445) tahun lalu. Namun mereka akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi terhadap hukuman penjara 212 hari yang dilalui oleh pelajar tersebut, akibat kesengsaraan yang dilaluinya termasuk penderaan dan ugutan semasa di dalam tahanan juga perasaan malu terhadap penghinaan kawan-kawan terhadapnya di sekolah.

Pada Mac 2008 seorang rakan sekelas Wang yang telah berhenti sekolah Ma Qinglin telah ditahan oleh polis atas kesalahan melakukan rompakan di Bole City. Pada mulanya dia telah mengaku melakukan kesalahan yang lebih ringan, dengan memberitahu kepada polis bahawa dia memberi barangan kemas curi kepada Wang untuk dijual.

Maka Wang telah disiasat pada April 2008. Dia telah mengaku melakukan kesalahan tersebut namun memandangkan dia masih di bawah umur pada masa itu, 15 tahun, kesalahan menjual barangan curi dianggap bukanlah satu kesalahan yang besar, dia telah dibebaskan selepas bapanya membayar denda kepada pihak polis.

Apabila penyiasatan diteruskan, Ma telah mengaku bahawa dia pernah sekali melakukan kesalahan merompak telefon bimbit seorang pelajar dan wang tunai sebanyak 10 yuan bersama Wang Qi. Malangnya Ma tidak memberitahu bahawa Wang Qi yang dimaksudkan adalah Wang Qi yang lain, iaitu seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Barat Xinjang.

Bagaimana pun polis menyangka Wang Qi yang dimaksudkan adalah seorang pelajar.

Di dalam bulan september 2008, pelajar berkenaan telah ditahan dan digari di sebuah Cyber Cafe. Selama 3 hari dia menjelaskan bahawa dia langsung tidak pernah melakukan rompakan itu. Dia sedar bahawa polis telah tersilap orang memandangkan dia sedar Ma memiliki kawan yang lain yang mempunyai nama yang serupa.

Namun polis tidak mempercayainya.

"Mereka menyangka saya menipu. Mereka berulang kali mengugut saya, membuli, mencekik dan memukul saya. Seluruh badan saya bengkak-bengkak" Kata Wang kepada China Youth Daily.

Malah, seorang pegawai Polis telah mengambil kesempatan terhadap kejahilan pelajar ini, pegawai itu membaca pengakuan Ma dan menyuruh pelajar itu mengulangnya, dan ia dirakamkan sebagai pengakuan Wang.

Namun begitu Wang masih lagi tidak mengakuinya, kerana dia tidak pernah melakukan rompakan itu. Pada hari ke empat di dalam tahanan, dia diberitahu bahawa dia boleh pulang ke rumah sekiranya dia mengaku melakukan kesalahan itu.

"Saya tak tahu apa-apa tentang undang-undang" Kata Wang. "Saya tidak tahu betapa serius kes ini sehinggalah hari perbicaraan"

Pada 30 November 2008, pelajar itu Wang Qi telah dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

Selepas perbicaraan, dia telah dipindahkan ke sebuah lagi penjara di mana dia bertemu dengan rakannya yang sudah berhenti sekolah Ma Qinglin yang telah secara tidak sengaja mengheret Wang ke dalam penjara. Namun dia juga memiliki kuasa untuk membebaskan Wang. Satu laporan dalaman tentang kesilapan itu telah dihantar. Kemudian pelajar tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah. Apabila diberi tahu tentang hal itu, ibu bapanya terkejut, lantas bertindak untuk menuntut ganti rugi.

Dia telah dibebaskan selepas perbicaraan semula diadakan sehari selepas 'Hari April Fool' pada 2009. Pada waktu itu dia telah ditahan selama 212 hari. Perompak sebenar yang melakukan kesalahan itu kemudiannya telah berjaya ditangkap dan dihukum. Polis yang bertanggung jawab telah diberikan notis kritikan dalaman. Dua daripada mereka telah dinafikan bonus selama 3 bulan dan digantung untuk latihan disiplin.

Namun pelajar berkenaan Wang, telah menjadi mangsa keadaan.

Semasa di dalam tahanan, Wang telah diberikan satu surat pengakuan dan arahan untuk membacanya dengan kuat di atas sebuah pentas awam di 3 buah sekolah sebagai mesej pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain.

"Saya telah mencuri semenjak kecil..." dia membaca, menceritakan segala perbuatan yang tidak pernah dilakukannya dalam keadaan menangis. Polis menganggap ianya sebagai "taubat sepenuh hatinya".

"Semua orang ketawakan saya, pada masa itu saya rasa macam nak mati" kata Wang.


Sumber : China Daily

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab