Wednesday, 17 August 2011

Wanita Mati Bakar Diri Sendiri Dalam Keretapi



Seorang ibu di United Kingdom telah membunuh diri dengan cara menyalakan api ke atas badannya di dalam sebuah keretapi yang menuju ke london.

Laporan berita mengesahkan wanita yang juga seorang ibu berumur 43 tahun Rachel James telah mencucuh sebuah tin gas mudah terbakar di dalam tandas keretapi tersebut.

Para penumpang terkejut mendengarkan letupan yang sangat kuat.

Salah seorang penumpang Tim Naylor, yang turut berada di dalam keretapi berkenaan berkata, "kedengaran satu letupan yang besar dan sangat kuat, serta jeritan yang sangat dahsyat. Asap dilihat keluar dari celah-celah pintu dan anda boleh lihat api kebakaran di dalam gerabak. Ianya agak menakutkan".

James menghabiskan masa hampir sedekad di sebuah hospital sakit mentalselepas dia didapati bersalah menyerang anak-anaknya sendiri.

Dia cuba untuk membunuh anak sulungnya, namun gagal kerana anaknya itu berjaya menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, seorang lagi anaknya yang berumur 6 tahun gagal untuk melarikan diri akhirnya mati akibat ditikam berulang kali.

James cuba untuk membunuh diri selepas membunuh anaknya sendiri, namun dia gagal kerana tali yang digunakan untuk menggantung lehernya putus. Dia kemudiannya telah dihukum kerana kesalahan membunuh.

Bekas suaminya juga mati dengan cara membunuh diri dengan cara mencucuh dirinya sendiri menggunakan besi panas sewaktu berada di hospital sakit jiwa empat tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab