Saturday 7 May 2011

"Sungai" Biru Di Tengah Bandar Holland

Hasil seni ’sungai’ biru ini telah dihasilkan oleh seorang artis yang bernama Henk Hofstra di Drachten, Holland. Seni ini membuktikan yang hasil kreatif boleh diluahkan di mana sahaja dan ini merupakan satu contoh ketidakbatasan hasil seni yang boleh dicapai oleh manusia. Jalan yang ter’ukir’ dengan sungai biru ini dihasilkan sejauh 1000 meter atau 1 kilometer. Di sebalik warna biru itu juga dicatkan juga perkataan “Water is Life” yang sepanjang 8 meter. Jalan biru ini merupakan satu simbolik yang menunjukan kepada sejarah tempat itu sendiri yang mempunyai jalan air dahulu kala. Ini bukan sahaja merupakan satu kenangan kepada alam sekitar, tetapi juga merupakan satu inspirasi kepada penduduk bandar Drachten.
Blue Road Holland
Selain daripada cat jalan bewarna biru, beberapa hasil seni rekabentuk lain seperti kereta yang tenggelam juga dibuat dan dipamirkan. Projek ini telah menggunakan 4000 liter cat dan mempunyai kos sebanyak 75000 euros atau kalau ditukarkan kepada mata wang Malaysia, ialah lebih kurang RM350,000.00. Separuh daripada kos ini telah ditanggung oleh majlis daerah. Hmmm amacam? ada mana-mana majlis daerah sanggup keluarkan lebih kurang RM150k untuk buat projek seperti ini? Mari-mari…
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland
Blue Road Holland

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab