Monday 9 May 2011

Mangkuk Tandas Bernilai RM20 Ribu

Kepada peminat gadget canggih, ini ada satu lagi benda canggih yang patut masuk ke senarai must have korang, toilet ultra moden dengan spec yang menggoncang jiwa. pasti menjadi bualan jiran jiran dengan kehadiran tandas yang comel ini. Jenama tandas ini adalah Kohler Numi
(lagi cerita di dalam) 


Kohler Numi






Motion activated lid and seat:
Pintu automatik... Sensors akan mengesan sekiranya ada pergerakan kaki di lantai tandas dan akan membuka Tudung tandas ini secara automatik jadi tak payah la nak guna tangan untuk bukak lid penutup tandas tu. Juga bila nak keluar dari tandas pun dia tolong tutup kan balik. Pengesan khas juga akan mengesan kedudukan kaki kita untuk menurunkan tempat duduk tu, yela.. kalau nak kencing je takpayah la turunkan seat tu kan.





• Illuminated Panels:
Bercahaya dalam gelap...Pancaran cahaya lembut akan mengilluminates kan ruangan dalam tandas anda dengan cahaya lembut dan jelas kelihatan ketika hendak masuk ke tandas sewaktu lampu masih ditutup.Cahaya lembut juga turut di pancarkan di sekitar tapak lantai betul2 di bawak kekotak besar tapi sukar kelihatan dalam gambar kerana cahaya yang sangat lembut dan menengkan mata. 



Ini tak nampak semua lagi ni.. adal lagi cahaya keluar kut celah2 bawah toilet tu sebenarnya.
•  Remote Interface Home Screen:
Siap ada remote............Remote yang amat stailo turut di bekalkan bersama. Anda boleh mengawal segalanya di remote ini dari segi basuhan automatik, pencahayaan, heater dan muzik, ya music!.. Tandas di dilengkapi dengan speaker bina dalam dan pemain MP3, jadi anda boleh setkan lagu2 kegemaran dan layan lagu sambil layan pelaburan anda. Remote ni di sediakan tapak magnetik khas untuk lekatkan remote di tempat simpanan semasa tak digunakan.


Remote semasa mode idle dan berada dalam tapak magnetik untuk simpanan yang kemas.


• Advanced Bidet Functionality:
Tandas basuh sendiri...................Toilet ni basuh sendiri taik korang tu.. memang tak guna tangan langsung bila masuk toilet. korang cuma perlu duduk. tekan tekan remote. Siap... tadaa.... whatt are wonderful world, Water Spray ni ada banyak function la macam boleh adjust patern water spray dia, sama ada nak kecik ke, besar ke atau ombak.. wauw.. i must test drive this features. selain tu boleh adjust jugak kedudukan lengan water spray tu, pressure air dan temperature air tu ikut keselesaan individu. 


Jenis jenis semburan air untuk memanjakan jubur anda


• Integrated Air Dryer:
Pengering lepas berak...........Lepas dah basuh automatik mesti nak kering kan? HA... so pengering intergrated pun dah di sediakan.. serius aku rasa macam dah tengah cerita hikayat doremon dah ni.... betul ke feature tandas ni.. ke aku salah baca ni.. hahaha..


Hair Dryer dan Water Spray yang Intergrated

• Deodorizer:
Pewangi udara...............Pengudaraan akan di tapis dengan penapis charcoal filter bina dalam dan tandas ni akan monitor sendiri tahap bau dia untuk memastikan tandas ni bebas bau.

• Heated Seat:
Pemanas punggung...............Pernah tak bila dalam hotel, rasa kebas punggung nak duduk atas toilet dia sebab tandas dia aircond.. jadi fungsi ni menjamin punggung anda diberi layanan manja..

• Feet Warming:
Pemanas kaki..........Menghembuskan udara panaas pada parass lantai untuk memanaskan kaki anda dan juga lantai tandas..

Hembusan Udara Panas


Kohler Numi ini dijual pada harga $6,500 USD ataupun RM 19 399 sebelum cukai dan kos pengangkutan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab