Dengan semua pembangun pelayar web bergerak pantas, kini Opera turut sama tidak ketinggalan, dimana hari ini mereka telah pun mengeluarkan versi pembangunan Alpha untuk pelayar web generasi akan datang Opera, iaitu Opera 11.5 yang mana dikenali dengan nama kod Swordfish.
Melalui pelayar web pembangunan ini, Opera turut sama memfokuskan kepada 3 fungsi baru padanya, iaitu Opera Next, kebolehan untuk sync kata laluan, dan juga extension untuk Speed Dial pada Opera. Secara ringkasnya, Opera Next membolehkan para pengguna menguji versi pembangunan Opera dengan mudah, bersama-sama dengan versi stabil Opera. Ini sekaligus membolehkan para pengguna memberikan maklumbalas mengenai versi pembangunan Opera dengan lebih mudah, selain mana ianya akan dikemaskini kepada versi pembangunan baru secara automatik dari semasa ke semasa.

No comments:
Post a Comment