Wednesday 29 June 2011

Remaja Malaysia Menang Peraduan Transformers 3 Peringkat Antarabangsa

ALOR GAJAH: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan 
"Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".


Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said
di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.


"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta 
logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui 
pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.


Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon"
yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.


Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan
itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk
menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai 
inspirasi mereka logo itu, katanya.Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya
kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.


"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik
itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam 
bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan
cita-cita anaknya dalambidang yang diminati."Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.


Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus 
meletakkan nama anakMalaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.Hasil logo tersebut akan dibawa
bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab