Mau.my adalah 1 lagi projek daripada Web Impian. Dengan taglinenya Freemium Classifieds, anda boleh membuat mengiklankan produk atau servis anda secara percuma kepada orang ramai tanpa bayaran tersembunyi. Oh, yang menariknya saya hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk mendaftar di Mau.my sehinggalah iklan pertama saya dipublishkan kepada umum. Sangat pantas bukan?
Paparan pada website Mau.my
Bakal Mencabar Mudah.my
Mau.my adalah lebih mudah daripada Mudah.my dan Mudah.my tidaklah begitu mudah walaupun namanya memang mudah untuk disebut. Dan menurut daripada amanz.my, Mau.my menggunakan platform mereka tersendiri.
- Keselamatan Lebih Terjamin
Mau.my menggunakan 100% akaun Facebook untuk mendaftar dan sign in. Setiap iklan akan dilinkkan terus ke akaun facebook pengiklan. So tiada fake profile @ scam daripada pengiklan (seller) di Mau.my. Namun sebagai langkah berhati-hati, jangan lupa untuk baca panduan ini bagaimana untuk mengenal pasti fake profile di Facebook dengan mudah jika anda ragu-ragu akan produk/harga yang ditawarkan pengiklan.
- Kuasa Terhadap Iklan
Iklan yang anda paparkan akan dipublish terus tanpa perlu melalui apa-apa tapisan sebelum dipaparkan. Iklan anda tidak akan direject sama sekali kecuali anda iklankan dadah untuk dijual. Dan anda juga mempunyai kuasa 100% untuk mengedit/update iklan anda.
- Membeli Sambil Bersosial
Paparan Mau.my versi facebook
Satu aplikasi khas untuk Mau.my untuk pengguna facebook atau juga dikenali sebagai Iklaneka telah dilancarkan baru-baru ini dengan paparan yang amat mesra pengguna dan saya rasa ini adalah kelainan yang ditonjolkan oleh Mau.my daripada web iklan yang lain. Pengguna boleh membeli/beriklan sambil berchatting dengan rakan-rakan di facebook. Dan aplikasi ini perlu dimiliki oleh setiap ‘hantu’ facebook yang suka membeli-belah online. Hanya klik pada tab Iklaneka, anda akan dibawa terus ke Mau.my versi facebook ini.
- Mesra Pengguna
Amat mudah digunakan. Seperti saya katakan di atas, saya hanya mengambil 5 minit sahaja untuk daftar dan publish iklan pertama saya. Dan saya percaya, walaupun anda pertama kali menggunakan Mau.my, anda tiada masalah untuk membuat iklan anda yang pertama tanpa membaca panduan manual-”Mau.my For Dummies“.
- Iklan Mengikut Kategori dan Negeri
Iklan juga boleh dibuat mengikut kategori dan negeri. Ini memudahkan para pembeli membuat carian dan urusan pembelian.
Saya sempat bertanyakan sedikit sebanyak tentang Mau.my kepada CEO Web Impian, Encik Rizal Razak dan beliau mengatakan bahawa terdapat banyak lagi pembaharuan serta penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa. Dan beliau juga mendedahkan 1 rahsia sulit kepada saya – pengguna telah meningkat 50% sejak aplikasi Mau.my dilancarkan di facebook.
Oh, saya rasa tidak mustahil dalam 1 tahun nanti Mau.my mendapat perhatian orang ramai dan menewaskan dengan mudahnya Mudah.my dengan barisan dibelakang tabir dikelilingi oleh mereka yang komited dan sentiasa melakukan perubahan Mau.my seiring dengan perkembangan teknologi.
No comments:
Post a Comment