Showing posts with label Website. Show all posts
Showing posts with label Website. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

Gaysec Mohon Maaf Terhadap Arlene Tan Dan Orang Ramai

Baru – baru ini kecoh dengan berita daripada Gaysec mengenai Arlene Tan ialah Makcik Sitt Al Wuzara. Gaysec telah tersilap orang nampaknya . Gaysec ingin memohon maaf kepada orang ramai dan Arlene Tan terhadap tuduhan ini. Saya juga ingin memohon maaf kerana menyebarkan berita ini . Berikut adalah mesej yang disampaikan oleh Gaysec.


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.
Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.
Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.
Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?
kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.
Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.
Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.
Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan  .
GAYSEC 


Kepada yang mencari entri tentang Makcik Sitt Al Wuzara di blog ini , post berkenaan telah pun dipadam oleh saya kerana tidak mahu ada salah faham yang akan berlaku selepas ini.

Friday, 12 August 2011

Anonymous Godam Laman Web Kementerian Pertahanan Syria



Kumpulan aktivis hacker yang dikenali sebagai Anonymous telah berjaya menggodam laman web Kementerian Pertahanan Syria. Pelawat yang ingin memasuki laman web awal pagi Isnin semalam telah disambut dengan jalur hijau, putih, hitam dan bintang merah bendera Syria. Selepas beberapa ketika, logo Anonymous muncul di tengah-tengah bendera, bersama teks dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab seperti berikut:

Kepada rakyat Syria: Dunia berdiri bersama anda terhadap rejim kejam Bashar Al-Assad. Ketahuilah bahawa masa dan sejarah bersama anda - pihak zalim menggunakan keganasan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang lagi, apabila mereka lebih ganas, mereka lebih rapuh. Kami menyanjung keazaman anda yang tidak ganas dalam menghadapi keganasan rejim, dan mengagumi kesanggupan anda untuk menegakkan keadilan, bukannya dendam. Semua yang zalim akan jatuh, dan terima kasih kepada keberanian anda, Bashar Al-Assad (akan jatuh) selepas ini.

Kepada tentera Syria: Anda bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang Syria, dan sesiapa yang mengarahkan kamu untuk membunuh wanita, kanak-kanak dan warga tua berhak untuk dibicarakan kerana pengkhianatan. Tiada musuh luar yang dapat membuat kerosakan yang besar di Syria seperti yang Bashar Al-Assad telah lakukan. Pertahankan negara anda - bangkitlah menentang rejim! - Anonymous

Seseorang anggota Anonymous yang terlibat dalam serangan ke atas laman web Kementerian tersebut memberitahu kepada Huffington Post pada pagi Isnin semalam bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh gabungan kumpulan mereka yang memberi tumpuan kepada sasaran politik.

"Terdapat banyak perkara di dalam perancangan - apa-apa jua yang berkaitan dalam cara urus tadbir demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang akan menjadi sasaran," kata ahli Anonymous tersebut. "Ini termasuk semua orang daripada saudara-saudara Koch sehingga Mahmoud Ahmedinejad."

Kami menyerang, "[Kementerian Pertahanan] kerana ia mewakili tentera Syria, yang merupakan bahagian utama yang berterusan menyebabkan pemberontakan berlaku di sana. Jika tentera menentang rejim, rejim itu sudah habis."

Anonymous sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mula mensasarkan laman web kedutaan Syria di seluruh dunia tetapi serangan semalam adalah yang pertama bagi sasaran ke atas laman web rasmi kerajaan di negara itu. Kebanyakan kerja Anonymous sebelum ini tertumpu kepada syarikat-syarikat besar, seperti Visa dan Sony, tetapi pada bulan Jun organisasi tersebut mengumumkan akan bergabung tenaga dengan kumpulan penggodam LulzSec yang lebih berunsur politik dan memberi lebih tumpuan menyerang laman web kerajaan.

Kumpulan Penggodam "Anonymous" baru-baru ini turut mengancam untuk melancarkan serangan terbaru ke atas kerajaan Malaysia pada 24 Okt ini. 

Matlamat serangan ini adalah bertujuan untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sunday, 7 August 2011

Top 30 Blog Malaysia Edisi Ogos




Nampaknya ranking blog ini telah berjaya menggantikan tempat benashaari.com. .pada yang xtersenarai mungkin blog anda akan tersenarai juga suatu hari nanti tapi kena la bkerja keras skit. .untuk lihat kedudukan bulan Julai korang bleh tgok kat sini Azah. Harap ItsMeSaiful berjaya duduk dalam kelompok top 5 buat temankan blogserius yg satunya2 domain blogspot. . =D

Tuesday, 2 August 2011

Laman Web Singapura Digodam Kerana Malaysia Kalah



Sebuah laman web Singapura berkaitan dengan kereta terpakai - Singapore Cars Online - nampaknya telah digodam oleh sekumpulan penggodam dari Malaysia. Kumpulan ini yang tidak berpuas hati tentang kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam siri kelayakan Piala Dunia 2014, dan telah meninggalkan mesej benci untuk peminat Singapura.

Kumpulan penggodam ini telah mendakwa pasukan bola sepak Singapura "penipu" dan "berlakon", malah mereka menang kerana pemain asing.

Mereka turut mengutuk rakyat Singapura dengan perkataan "go to hell".


Thursday, 21 July 2011

Laman Web Lady Gaga Diceroboh




LADY GAGA



SEMENJAK kebelakangan ini, nasib yang menimpa penyanyi sensasi Lady Gaga ternyata kurang baik. Setelah beberapa halaman video lagunya dinyahaktifkan di laman YouTube, kini laman web rasminya pula telah diceroboh.
Ternyata individu yang telah menceroboh laman web penyanyi berkenaan dikenal pasti seorang penggodam yang berasal dari Amerika Syarikat dengan menggunakan nama SwagSec.
Lebih malang lagi, penggodam tersebut bukan sekadar menceroboh sahaja, malah turut mencuri ribuan data dan maklumat yang terdiri daripada senarai nama dan alamat e-mel peminat penyanyi itu.
Dengan kegiatan pencerobohan itu, pihak syarikat rakaman Lady Gaga iaitu Universal Music telah membuat aduan kepada pihak polis dan meminta mereka supaya menyiasat dalang yang melakukan perbuatan berkenaan.
"Penggodam berkenaan telah mengambil maklumat menerusi pangkalan data di laman web www.ladygaga.co.uk serta beberapa e-mel yang dihantar, namun tiada sebarang kata laluan atau maklumat kewangan yang dicuri," jelas kenyataan yang dibuat oleh pihak Universal Music.
Selain menceroboh laman web dan mencuri maklumat, penggodam tersebut juga turut membuat ancaman bunuh terhadap Lady Gaga dan menuduh penyanyi itu adalah seorang lesbian.

Friday, 15 July 2011

Buat Duit Free Dengan Hanya KLIK !





Saya sekadar ingin berkongsi peluang baru ini dengan anda. Program ni pon saya baru sahaja daftar pada 12 Julai 2011. Hasilnya amat memberangsangkan tu yang nak share nih, hanya melalui link sahaja anda boleh dapat DUIT. Sungguh muda anda hanya perlu daftar (FREE) dan dapatkan link anda sendiri dan promosikan link tersebut.


Setiap kali orang klik link tersebut anda akan dapat 10sen dan setiap rakan yang daftar menggunakan link anda, anda akan dapat RM10 tapi dengan syarat rakan anda itu mesti menjadi ahli BIZ (ahli berbayar). Jika anda upgrade keahlian anda kepada ahli BIZ (ahli berbayar) stiap yg klik link anda, anda akan dapat RM1 dan setiap yg register bawah anda, anda akan dapat bukan RM10 dan bukan RM30 tapi RM60 ! Bayangkan jika 10 orang yg daftar bawah anda  dalam masa 3 hari dah RM600 yang anda dapat. Minima pengeluaran wang adalah RM70 je. 


Program ni satunya2 program terbaru yang terbaik, nak tau sbb apa? Kerana wang yg anda cash out akan dibayar pada hari itu juga. Contohnya, jika anda cash out pada hari khamis 14 Julai maka wang anda akan dibayar pada 14 julai itu juga sebelum jam 11.59  malam itu. Tidak seperti program ads terkini seperti innity, nuffnang, advertlets, churp2 dan lain2 yg akan bayar sebulan selepas kita cash out, agak lama tu. .hu ..Untuk maklumat lebih lanjut korang bleh baca persoalan dibawah :


1
Bagaimana hendak mendaftar?

Sila daftar di ruangan utama http://www.emailduit.com/?a=11918. Masukkan maklumat di dalam borang pendaftaran yang disediakan dan klik pada DAFTAR PERCUMA


2
Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan komisen?

Tiada syarat untuk mendapat komisyen. Ahli percuma atau ahli BIZ boleh mendapat komisyen dengan menghantar email atau melalui tajaan


3
Bagaimanakah hendak membuat pengeluaran komisen ke akaun anda?

Bagi membuat pengeluaran komisyen, sila klik pada PENGELUARAN dan hantar borang pengeluaran yang disediakan.


4
Berapakah yang perlu dibayar untuk naiktaraf?

Cuma RM100 seumur hidup, dan anda akan meraih keuntungan yang berlipat ganda.


5
Perlukah saya mengisi ruang profil dengan lengkap?

Kami sarankan ahli mengisi maklumat lengkap di ruangan PROFIL. Ini penting bagi memastikan proses pembayaran komisyen berjalan dengan lancar.


6
Adakah mencukupi untuk membuat pengeluaran dengan hanya mendapat komisen per email sahaja?

Setiap ahli boleh membuat pengeluaran pendapatan dengan menaja seorang ahli BIZ


7
Berapakah lamakah proses komisen akan masuk ke akaun saya setelah saya membuat permohonan pengeluaran?

Pihak kami akan menguruskan pembayaran komisyen dalam tempoh 24jam selepas menerima borang permohonan pengeluaran.


8
Adakah  terdapat perbezaan dari segi masa yang diperlukan untuk komisen masuk ke akaun saya jika saya menggunakan bank selain dari maybank?

Jika anda menggunakan bank selain Maybank, transaksi tersebut akan mengambil tempoh selewat-lewatnya 3 hari bekerja selepas pembayaran dibuat.


9
Apakah kelebihan yang saya dapat dengan menjadi ahli pakej biz?

Sila rujuk ruangan PAKEJ.


10
Adakah keahlian saya sebagai ahli percuma atau ahli biz mempunyai tarikh luput?

Tiada. Keahlian adalah kekal


11
Ada had pengeluaran tak dalam  sehari?

Tiada Had Pengeluaran. Ahli yang layak boleh mengeluarkan pendapatan tanpa had menggunakan borang PENGELUARAN yang disediakan.


SENARAI KOMISYEN


Kat bawah ni adalah collection yang saya kumpul dalam masa 3 hari (12/72011 - 15/7/2011). .Masyuk x? Kalau nak dapat earning camni korang kene la jadi ahli BIZ cuma RM100 je tapi keuntungan berlipat ganda weh. .kjap je dah balik modal. .


-klik gambar untuk besarkan-


Wat masa ni blom ada niat lagi nak cash out sbb cash out bila2 pon bleh kerana pembayaran akan dilakukan pada hari kita cash out itu juga. . =D. Tak caya kat bawah ni gambar mail msg apa yg saya tanya pada admin program nih . .
Pertanyaan :

Jawapan :


So, apa tunggu lagi jom daftar di http://www.emailduit.com/?a=11918


p/s : saya sarankan anda jadi ahli biz seperti saya sbab xsampai 1 jam promote link dan ajak membe join bawah kita dah dapat modal balik... sekadar ingin berkongsi kegembiraan.. =D

Siapa Yang Membangunkan Facebook Sebenarnya?



Kalau ditanya, siapakah yang membangunkan Facebook? Ramai yang akan menjawab 'Zuckerberg'. Adakah 'Zuckerberg ' seorang sahaja yang bertindak dalam team Facebook sehingga mencapai kejayaan pada hari ini?

Sandberg, Istri dari CEO SurveyMonkey, David Goldberg dan ibu kepada dua orang anak ini adalah antara orang terpenting dalam membangunkan Facebook hingga jaringan sosial itu kini mencapai keuntungan 1.6 milion USD.




Sejak 2 tahun lepas, Sandberg dilantik menjadi chief operating officer dalam Facebook memberikan Zuckerberg nilai tabah untuk syarikatnya. Antara kelebihan Sandberg, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia. Pengalamannya berkhidmat dalam syarikat Google sebagai Vice President of Global Online Sales and Operations Google memberikan impak yang besar pula pada Facebook. Kini semua urusan operasi Facebook dibawah pemerhatiannya. Bahkan Zuckerberg selalu membuat perjumpaan tertutup dengan Sandberg untuk membincang hal yang berkaitan dengan syarikatnya itu.

"Kombinasi antara Mark dan Sandberg adalah alasan utama Facebook mampu untuk tumbuh menjadi besar," kata Donald Graham, the chairman of the Washington Post Company.

Friday, 8 July 2011

Google DELETE Lebih 11 Juta Blog

Baru-baru ini, Google telah menyahdayakan lebih 11 juta laman web termasuk blog dengan alasan laman-laman tersebut merupakan laman spam serta membiakkan malware dan pelbagai ware yang lain dan membahayakan blogosfera.

Sungguh mengejutkan kerana laman-laman yang terlibat merupakan laman yang berdaftar di bawah subdomain.co.cc. Seluruh subdomain .co.cc dihapuskan.


Adakah ini dikira sebagai strategi perniagaan? Jumlah laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.cc melebihi laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.uk. Subdomain .co.cc ini dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat Korea dan tidak diiktiraf sebagai domain level kedua (subdomain) yang sah lagi diabsahkan.

Domain .cc berdasarkan ( dan beralamat) nama Kepulauan Cocos (Keeling), satu wilayah kecil di bawah pentadbiran Australia di Lautan India.
Terdapat 11,383,736 domain di bawah subdomain .co.cc dengan pengguna berdaftar seramai 5,731,278 orang. Antara domain terbesar dunia, lebih besar dari .org dan .uk.

Google menggelarkan laman-laman di bawah subdomain .co.cc sebagai 'freehost', kerana pemiliknya menawarkan pendaftaran dan hosting secara percuma untuk subdomain tunggal dan 15000 subdomain pada harga USD 1000 secara pukal, lebih kurang USD00.07 bagi satu url. ( Takkanla jaki kot?) Memang pelik, sebab semua subdomain .co lain mengenakan bayaran standard.

Google menegaskan bahawa dengan menafikan lebih 11 juta laman-laman 'freehost' terbabit, mereka telah menjalankan hak dan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan pengguna internet lain.

Mengikut satu laporan oleh Anti-Phishing Working Group, sejumlah 4963 serangan phishing berasal dari domain co.cc iaitu dua kali ganda berbanding .co yang lain.

hahaha pakai yang original la .. huhuh hidup nih kene la berkorban .. takkan la nak free selalu kan .. ngeh3 .. kalau harapkan yang free pas tu kalau google  delete blog korang tu .. hurmm korang maki hamun .. sibuk kene delete blog korang tu .. ade ka patut ?? hurmmmmm fikirkan elok-elok ye 

Facebook Lancar Panggilan Video


MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin.




NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.
Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.
Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.
Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.
Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.
Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. - Agensi

Page Anwar Ibrahim Pula Kena Hack !





Fanpage Facebook rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah digodam oleh salah satu kumpulan yang dinamakan sebagai LuvSec lewat tengah malam semalam. Difahamkan fanpage itu masih belum pulih dan dipulangkan kepada pemilik fanpage tersebut. Tahniah kepada hacker tersebut. Anda PKR ka… Anda BN ka… Anda DAP ka… Anda PAS ka… Politik itu busuk!

Thursday, 7 July 2011

Apabila Aku Difitnah

Salam..admin dapat tau ada yang buat page pasal yang sruh SKMM tangkap admin tu dan mnuduh admin hack banyak page. kat sini admin nak bgtau yang kerja2 hack tu bukan admin yg lakukan tapi author blog ini iaitu Khalid. Dia telah gunakan cara yg salah untuk mendapatkan kenaikan bayaran daripada sy dan dia juga author di website news iaitu MyNewsHub. Tadi sy ada dapat email dari seorang user yg mahukan kesahihan tentang benda ni dan dia ada tunjukkan apa yg dia berbual dengan Khalid. Lihat kat bawah ni :



Thanx romeo, page mamat ni pon kena hack jugak tapi admin tu dah bg balik begitu juga dengan page2 lain yg dia hack. Jika ada page yang belum dia pulangkan sila inboxnya di http://www.facebook.com/profile.php?id=100002539973832 sebelum rabu depan kerana dia akan gerak ke Berlin, German untuk belajar disana. kepada owner yg create page tu sila ambil perhatian ok, buatlah sesuatu sebelum sebarang tindakan diambil. 

Admin blum ada masa terluang untuk update blog dan online memandang banyak projek final year yang perlu disiapkan dan sebab itu sy cari author untuk update blog ini.So, baru hari ini dapat tau tntang perkara ni. Untuk pengetahuan semua terdapat 2 orang admin yang handle blog ini iaitu : 
Niza - Bahagian artis
Khalid - News and others

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan sila contact sy melalui email disini, mail sy mmg aktif 24 jam. Harap segala salah faham ini dapat diselesaikan dengan sebetulnya.
Sekian ~

Tuesday, 5 July 2011

Web Domain Godaddy Dijual Pada Harga $2.25 Billion USD

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUHwVdNA9U7SYKX6MZ67G-9ntC8_K7iPwawcq58B1Sez-Kvf5pNrFyqFjaDQu9mlNZNtwfP2NkGZUi6wMU9wADxn8DBfMlAxwpiWmrB_14NBBeuLAmH82Re_80OXLJWgKc-lvFB2lXeeE/s400/godaddy+speakasia.jpeg

Syarikat Induk Pendaftaran Domain Gergasi, Godaddy.com telah dijual kepada firma pelaburan pada harga $2.25 billion USD.Pengambilalihan Go Daddy Group Inc. kepada KKR, Silver Lake and Technology Crossover Ventures hadir tatkala syarikat tersebut dijangka mencatat keuntungan $1.1 billion tahun ini disebabkan kepesatan Internet dan keperluan untuk penggunaan domain dan web hosting.
Go Daddy mengumumkan pembilalihan ini pada Jumaat, semalam. Menurut http://www.webhosting.info/registrars/top-registrars/global , Godaddy.com adalah syarikat pendaftaran domain terbesar dunia dengan jumlah pendaftaran domain mencecah 40 juta. Untuk makluman, Godaddy.com juga menawarkan perkhidmatan Webhosting dan Pasar Domain.
The Go Daddy Group Inc. diasaskan pada 1997 oleh Bob Parsons, yang akan terus berkhidmat sebagai CEO. Bob Parsons pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi termasuk pembunuhan gajah di Afrika. Secara peribadi, saya juga kurang menggunakan Godaddy.com disebabkan interface pengguna yang kurang mesra, selain suka mengekploitasi perempuan sebagai bahan promosi.

Sunday, 3 July 2011

Kenapa Facebook Berwarna Biru?

Tahukah anda, kenapa halaman facebook itu berwarna biru? Ini kerana pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sebenarnya buta warna. Itu yang menyebabkan halaman Facebook.com dipenuhi dengan warna biru dan tidak pernah berubah sampai hari ini.




Pengakuan Mark itu dipetik dari majalah The New Yorker dan dikutip oleh CNN.com. Mark mengalami buta warna merah-hijau.

"Yang boleh kulihat adalah biru," akunya pada majalah tersebut.

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab