Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali dalam tempoh tiga bulan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2006 namun hanya didedahkan kepada umum beberapa hari lalu oleh ibu budak itu dalam blog mininya.
Ibu budak itu, Tang Juan dari Yongzhou China merayu pengamal perubatan untuk membantu anaknya, Lele, yang kini menghidap penyakit kelamin dan masalah mental selepas kejadian yang berlaku kira-kira empat tahun lalu.
Menurut ibunya, Lele mengikut seorang lelaki berusia 23 tahun yang dikenal sebagai Zhou Junhi ketika di arena luncur ais sebelum kedua-duanya pergi makan malam bersama pada 1 Oktober 2006. Selepas itu, Zhou membawa anaknya ke pusat video sebelum dirogol beberapa kali.
Selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut Lele agar merahsiakan kejadian itu atau dia akan memberitahu hal itu kepada rakan dan guru di sekolahnya. Lelaki itu turut mengugut untuk membunuh ahli keluarganya.
Dua hari selepas itu, Zhou memaksa anaknya untuk "bekerja". Lele dipaksa melacurkan diri di sebuah kelab sosial. Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM47 (100 yuan). Sebanyak RM14 diberikan kepada Lele, selebihnya diambil oleh pemilik kelab sosial tersebut. Wang RM14 yang diterima oleh Lele itu walaubagaimanapun diambil oleh Zhou.
Selepas berjaya diselamatkan, Lele mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali. Setakat ini, sebanyak tujuh orang didakwa kerana terlibat dalam kes yang amat menyentuh hati ini.

No comments:
Post a Comment