Berita gembira buat peminat bola sepak di Malaysia! Chelsea akan menentang pilihan Malaysia Julai nanti dan tiket akan mula dijual dari 20 Mei.
Dengan promosi bersama lawatan pasukan Blues itu, butik sukan Adidas akan memberikan pas-pas latihan Chelsea dengan pembelian tiket dari 20 hingga 29 Mei.
Tiket akan dijual pada harga RM58, RM68 sehingga RM108. Tiket-tiket VIP juga dijual terhad dengan harga RM388.
Anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan pilihan Malaysia menentang Chelsea FC akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011, 8.45 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam menjangkakan sambutan hangat dari peminat bola sepak di serantau Asia Tenggara.
"Kami jangkakan ramai yang akan datang untuk perlawanan kali ini terutama sekali dari negara jiran seperti Brunei, Indonesi, Vietnam, Thailand dan Singapore," kata Julian.
Selain dari perlawanan, perlbagai aktivi menarik bakal disajikan kepada peminat seperti sesi tanda tangan pemain, klinik bola sepak, majlis kebajikan dan pertemuan dengan pegawai-pegawai kelab rasmi penyokong Chelsea.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad gembira dengan perlawanan yang akan berlangsung itu.
"Ini peluang terbaik peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan kelab ternama Liga Perdana Inggeris beraksi.
"Para peminat di Malaysia perlu mengambil peluang keemasan ini," kata Azzudin.
Para peminat boleh mendapatkan tiket di gedung-gedung Adidas dari 20 Mei serta di Ticketpro dari 30 Mei.
Talian hotline Ticketpro juga di buka di nombor 03-78807999 serta lawati laman web www.ticketpro.com.my
No comments:
Post a Comment