Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Friday, 19 August 2011

Menu Juadah Berbuka Puasa Yang Pelik

Macam-macam juadah pelik ada jika kita pergi ke bazar Ramadhan atau di kedai mamak. Sebenarnya juadah itu tidak la pelik cuma nama yang diberikan oleh peniaga tersebut agak pelik.

Contoh, nasi lemak. Macam mana nak bagi kelainan? Mereka cuma perlu tambah dibelakangnya sahaja. "Nasi Lemak Susu Kambing"


Jom kita tengok lagi







"Air Limau MaharajaLawak & Air Jagung KL Gengster"

Sumber : anakterunaboy.blogspot.com

Rekabentuk Basikal Yang Pelik

Basikal yang sungguh kreatif pada bentuknya tetapi rasanya basikal ini agak menjengkelkan untuk ditunggang di Malaysia.

Bentuk basikal ini agak besar dan tidak menggunakan sebatang besi pun untuk menciptanya. 





Pasangan Mabuk Lakukan Seks Di Tembok Jambatan Yang Tinggi


Gile lah. .camna la bleh ade kat atas tu. .takut kantoi punya pasal la ni. . 




aku tgu kot2 ada yg main atas tiang letrik lak

[18SX] Apabila Manusia Menetekkan Haiwan [9 Gambar]


Entry ini telah dilabelkan sebagai untuk tontonan kepada 18 tahun ke atas sahaja. Kami jumpa kami kongsi. . yg dah terlajak masuk bleh close entry nih dan yg nak truskan GO ON !  . .=D . 






Errr... itu anak limau ka? puting tala sakit ka macik?



dan ini yg last sekali paling wa tatahan... manyiak jijik lo... lu orang scroll lah sendili...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




What the... ?

Thursday, 18 August 2011

Rakyat Singapura Suka Berbogel di Khalayak Ramai?


Bogel kini sudah menjadi isu negara yang hangat diperkatakan di Singapura

The Straits Times melaporkan bahawa pihak polis tempatan sudah menerima 105 aduan tentang lelaki-lelaki yang berlari beramai-ramai di dalam keadaan bogel di jalanan pada 6 bulan pertama tahun ini.

Kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki yang dikatakan berjalan memasuki restoran makanan segera McDonald di Queensway dan cuba untuk memesan sarapan pada pukul 4 pagi dalam keadaan bogel.

Menurut polis individu yang melakukan kesalahan bogel tersebut selalunya seorang yang suka menunjuk-nunjuk atau mencari perhatian.

Segelintirnya melakukan perbuatan yang disifatkan polis sebagai tidak senonoh itu untuk menarik perhatian orang ramai terhadap mereka. Sementara sebilangan yang lain sekadar 'suka-suka' untuk melihat wajah terkejut dari orang ramai.

Bagaimanapun ia disifatkan sebagai perbuatan yang membuatkan rakyat Singapura berasa jijik.

Namun begitu semakin ramai rakyat Singapura yang berisiko untuk dikenakan denda atau mungkin penjara atas kesalahan berbogel di khalayak ramai.

Pelajar Wanita Makan Telur Cacing Untuk Kuruskan Badan


Seorang pelajar perempuan di China telah memakan telur cacing gelang untuk menurunkan berat badan semata-mata untuk mengikuti satu temuduga kerja - ini kerana pekerjaan begitu sukar diperolehi.

Telur-telur ini akan menetas di dalam perut, membolehkan orang-orang yang memakannya dapat menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau diet di Xiamen, China.

Namun begitu amalan menelan telur cacing ini dipercayai sangat berbahaya - dan pasti tidak akan diluluskan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan di Tahun Baru ini.

Dengan keadaan kekurangan pekerjaan di seluruh negeri, kebanyakkan perempuan di China tertekanan untuk tampil kurus jika ingin bersaing bagi mendapatkan sesuatu peluang pekerjaan.

kebanyakkan pelajar lain akan merenung gambar mereka sehingga berjam-jam untuk menghilangkan nafsu makan mereka, agar mereka dapat mengurangkan lebihan berat badan.

Seorang pelajar bernama Xiaomei mengatakan bahawa wanita di China akan menggunakan sejenis 'sabun khusus' yang membantu mereka berdiet. Segelintir wanita terpaksa mandi sehingga 10 kali sehari.

Rawatan-rawatan ini dipercayai tiada asas saintifik dan lebih cenderung kepada membahayakan kesihatan.

Pada tahun 1990-an perempuan Cina akan mengambil teh khas dan pil untuk menurunkan berat badan. Akupunktur juga muncul sebagai pilihan yang sangat popular.

Sebagai rakyat di negara yang paling padat penduduk di dunia itu, ramai mahasiswa terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan memandangkan negara tersebut menghadapi masalah pengangguran yang sangat besar di mana hanya 780 juta pekerja yang bernasib baik berjaya diserapkan ke sektor pekerjaan.

Masaalah pengangguran dilaporkan lebih banyak berlaku di kawasan kampung dan pedalaman, manakala peluang pekerjaan di bandar dilihat semakin meningkat dengan cepat seiring dengan proses urbanisasi negara China.

Anjing Yang Suka Berjalan Seperti Manusia


Lupakan seketika istilah 'catwalk', kerana kita akan bercerita tentang 'dogwalk'. Seekor anjing betina bernama Lulu gemar berjalan menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya, seolah-olah seperti manusia.

Anjing berusia 1 tahun itu menggunakan kaki belakangnya untuk berjalan, sementara dua lagi kakinya digunakan untuk membawa beg tangan, sambil bergaya seperti seorang model, haiwan ini telah memenangi hati orang ramai di Zhumadian, di daerah Henan China di mana ia boleh selalu dilihat berjalan dengan cara yang aneh berbanding anjing-anjing lain.


Namun tidak diketahui mengapakah anjing ini mula berjalan sedemikian rupa. Seorang bekas guru yang kini meriupakan seorang pesara Zhou Guanshun, pemilik Lulu berkata, gaya jalan Lulu yang luar biasa ini menjadikannya sebagai seekor haiwan yang sangat menarik perhatian.

Menurutnya "Kami tiba-tiba jatuh cinta padanya".

Wednesday, 17 August 2011

Seorang Nenek Lakukan Hubungan Seks Dengan Anjing


Seorang nenek warga Britain yang diambil gambarnya ketika sedang melakukan hubungan seks dengan anjing peliharaan keluarganya telah disabitkan kesalahan di sebuah mahkamah.

Gambar Paula Mangan, 42, telah diambil oleh teman lelaki Lee McCall, 41.

Pihak Polis menemui sekeping CD yang mengandungi 33 gambar keji lagi menjijikkan di dalam satu serbuan di rumah mereka yang terletak di Liverpool selepas McCall menjadi suspek lelaki miang dan suka mengendap. Pihak Polis turut menemui 61 gambar-gambar lucah kanak-kanak.

Mangan yang mempunyai dua orang anak perempuan remaja dan seorang cucu, telah mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan haiwan di hadapan hakim di Mahkamah Liverpool.

Hakim Robert Warnock menyebutnya sebagai "individu yang rosak dan bermasaalah" dan menjatuhkan hukuman dua tahun khidmat masyarakat di bawah pemerhatian. McCall yang mengaku mengambil gambar lucah pula bakal menghadapi hukuman April ini. Pasangan itu menyembunyikan wajah mereka sebaik sahaja mereka bergegas keluar dari mahkamah (Gambar bawah).

Seorang jiran berkata, mereka masih lagi memelihara anjing tersebut sambil menambah "Ianya sangat menjijikkan, mereka kelihatan seperti keluarga yang normal."

Ikan Berkepala Buaya Ditemui Di Jawa Tengah


JAKARTA - Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.

Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.

Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.

Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.

Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.

Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. - Agensi

Pasangan Suami Isteri Menjumpai Wajah 'Alien" di Kayu Api


Kebanyakan orang tahu bahawa menghitung cincin atau urat pada batang pokok memberitahu kita berapa usia pokok itu, tetapi satu pasangan bersara mendapat lebih sedikit dari yang mereka harapkan ketika memotong kayu.

Pete Burford, 72, melihat wajah yang agak biasa dilihat menatap ke arahnya yang mengingatkannya pada ET - alien yang terkenal dalam filem Steven Spielberg pada tahun 1982.
Gambar itu tertanam di batang pohon poplar yang Pete tebang di Eldersfield, Gloucestershire.
Pasangan suami isteri yang menjumpai gambaran alien di ketika membelah kayu pokok untuk di jadikan kayu api

Dia berkata: "Ini mungkin hanyalah salah satu dari kebiasaan, tapi apabila ia kelihatan seperti ET, saya seperti tidak boleh percaya. "
Pengalaman luar biasa seperti ini bukanlah yang pertama bagi pasangan - isteri Mr Burford's, Sylvia, mempunyai pengalaman aneh 40 tahun yang lalu.

Dia berkata: "Saya pernah melihat sesuatu yang memiliki bentuk seperti piring dengan cahaya terang yang besar di bawahnya.
"Ia di sana selama dua atau tiga saat dan kemudian menghilang. Itu cukup aneh dan cukup menakutkan. "

Sekarang pasangan, dari Moat Lane, Staunton, dekat Tewkesbury, bertanya-tanya apakah makhluk luar angkasa ini berusaha untuk memberitahu mereka sesuatu.
Gambaran wajah alien di permukaan kayu menyerupai wajah alien sebenar dalam filem E-Tree Phone Home

Ketika ditanya apakah ia merasa alien mungkin ada, Mr Burford berkata 'Saya fikir ada sesuatu di luar sana. "

Filem E-Tree Phone Home bercerita tentang Elliott, yang dimainkan oleh anak bintang Henry Thomas, yang berkawan dengan makhluk asing yang terdampar di Bumi. Alien menyesuaikan diri dengan kehidupan di Bumi dengan belajar untukbertutur dalam Bahasa Inggeris melalui meniru percakapan orang yang ia temui dan menonton episod Sesame Street di televisyen.
Dengan bantuan Elliott dan saudaranya, E.T. dilindungi dari tertangkap dan membantu menghantarnya kembali ke planet asalnya dengan menggunakan kapal angkasa.

Setelah filem ini di siarkan tahun 1982, filem ini mengaut keuntungan $ 350.000.000 dan juga memenangi empat anugerah Oscar untuk suara terbaik, editing kesan bunyi, skor dan kesan visual.

Fenomena Aneh, 2 Matahari Terbit Di Taiwan



TAIWAN: Satu fenomena atmosfera telah mengejutkan ramai penduduk di Taiwan.

Mereka melihat dua matahari berada di kaki langit Pulau Penghu.

Melihatkan kepada fonemena ini, perkara ini hangat dibincangkan selepas gambar imej dua matahari dimuat naik di internet.

Ramai orang yang bertanya mengapa fenomena seperti ini boleh terjadi? Ada beberapa orang yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin disebabkan pemanasan global yang menandakan dunia semakin sampai ke penghujung.

Pusat kaji cuaca Penghu menjelaskan bahawa fenomena di pantai Penghu hanya fenomena bayang-bayang.

Bayangan matahari itu adalah disebabkan pembiasan cahaya matahari oleh kristal ais di udara.

"Ini jarang berlaku, terutama ketika 'dua matahari' sangat dekat satu sama lain," kata pengarah pusat kaji cuaca itu lagi.

Wanita Pilih Kulit Babi Untuk Menggantikan Payudara



Claire Barrell, 35 telah melakukan pembedahan membina semula payudaranya menggunakan kulit babi.

Akhbar The Sun melaporkan, Barrell yang berasal dari United Kingdom menghidap barah payudara dan disarankan harus membuang payudara kanan untuk menyelamatkan nyawanya.

Menurut Barrell: "Saya sering bermain tenis, jadi saya tak mahu pergerakan bahu saya terhalang namu saya tidak memiliki daging perut yang cukup untuk ditampal ke payudara"

"Saya boleh memilih silikon, tapi saya tak mahu memiliki payudara palsu yang tidak boleh bergerak"

"Saya diberitahu bahawa tisu babi sesuai dengan badan manusia dan akan dirasai seperti daging yang semulajadi dan ianya benar"

"Walaupun ia agak sedikit keras, berbanding payudara yang satu lagi, anda tidak dapat membezakannya. Bila saya memakai coli, kedua-dua mangkuk coli saya penuh - ia benar-benar menakjubkan," tambahnya lagi.

Barrel merupakan seorang wanita yang sentiasa sibuk, sama seperti wanita-wanita lain di seluruh dunia. Pembedahannya menelan belanja sekitar £35,000 (RM173,100) yang ditanggung sepenuhnya oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

Penasihat perniagaan itu berkata: "kini diri saya juga sebahagian dari babi. Oleh kerana ia merupakan satu prosedur baru, sepuluh orang pakar bedah mengawasi saya sepanjang pembedahan dijalankan".

Kulit babi yang dihantar ke hospital telah dibungkus lebih awal oleh sebuah syarikat di Amerika.

Terdapat sebuah kantung kecil dan sebuah pam di bawah kulit yang akan mengembang di dalam beberapa bulan untuk menyesuaikan bentuk dan saiznya.

Pada kebiasaannya, pembedahan payudara akan melibatkan penggunaan tisu daripada bahagian lain pada badan pesakit.

Namun amalan itu menyakitkan serta meninggalkan banyak kesan parut.

Teknik pembedahan terbaru ini memberikan harapan baru kepada ribuan wanita di luar sana yang dikesan menghidapi kanser payudara setiap tahun.

Bagimanapun tidak semua wanita boleh memilih teknik pembedahan seperti ini.

Menurut Claire: "Para doktor beranggapan saya merupakan calon yang ideal kerana saya muda dan aktif. Sekiranya badan anda tidak sihat, ia akan menolak kulit babi ini".

Monday, 15 August 2011

Lingkaran Cahaya Aneh Di Langit Barat Kanada



GAMBAR menunjukkan lingkaran cahaya aneh yang dirakamkan
sebuah kamera milik Steven Murray.

VANCOUVER – Cahaya aneh dilaporkan muncul di barat Kanada menyebabkan beberapa pakar menyatakan ia adalah penemuan objek terbang yang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar.
Cahaya berbentuk bebola itu turut membentuk lingkaran sebelum bersinar dengan terang dan hilang secara tiba-tiba.
Fenomena tersebut yang dirakamkan baru-baru ini oleh seorang lelaki, Steven Murray telah disiarkan oleh sebuah akhbar pada Isnin lepas manakala klip videonya boleh ditonton di laman perkongsian video,YouTube.
“Saya memasang empat kamera untuk merakamkan imej tahi bintang. Kamera nombor tiga yang merakamkan fenomena ini,” kata Murray.
“Saya melihatnya dari pejabat saya semasa sedang bekerja. Objek itu berada di skrin monitor. Apabila saya bergegas keluar, objek tersebut sudah hilang tetapi sejurus kemudian saya mendengar bunyi dentuman yang amat kuat,” tambahnya.
Lingkaran cahaya itu menyerupai lingkaran cahaya di langit Norway pada 9 Disember tahun lalu yang pada awalnya disangka sebagai UFO tetapi ia kemudian dianggap berpunca daripada satu ujian peluru berpandu Rusia yang menemui kegagalan.
Ramai pembaca bagaimanapun, sangsi dengan peristiwa ganjil itu dan tidak kurang yang menyatakan ia adalah palsu dan dibuat dengan menggunakan teknik pengimejan penjanaan komputer.

Berpuluh Ekor Lembu Bunuh Diri Terjun Dari Tebing Tinggi


GAMBAR menunjukkan berpuluh-puluh ekor lembu mati selepas terjatuh dari tebing tinggi di Switzerland.
SOUSTAL, Switzerland – Berpuluh-puluh ekor lembu ‘membunuh diri’ dengan terjun dari tebing tinggi dekat kampung Soustal, Switzerland, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam tempoh tiga hari, sebanyak 28 ekor lembu mati di banjaran Alps dengan terjun dari tebing tinggi yang mempunyai ketinggian beberapa puluh meter.
“Kami sedang menyiasat kes itu kerana lembu yang hidup di kawasan pergunungan boleh mengesan bahaya dan tidak terjun dari tebing tinggi dengan sengaja,” kata seorang pegawai polis.
Pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter untuk memindahkan puluhan bangkai haiwan itu.
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa kejadian tersebut berlaku apabila lembu yang berada di belakang rakannya akan terjun jika haiwan di depannya melakukan perbuatan itu.
Kebanyakan saintis menyatakan haiwan tidak mampu membunuh diri. 

Nelayan Indonesia Temui Benda Ganjil Di Permukaan Laut



GAMBAR menunjukkan benda ganjil berwarna hitam ditemui oleh nelayan di perairan selatan Pulau Gili Raja, Indonesia baru-baru ini.

JAKARTA – Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu benda ganjil berwarna hitam diperbuat daripada getah di perairan selatan Pulau Gili Raja, Sumenep, lapor sebuah akhbar semalam.
Benda ganjil itu yang tidak pernah dilihat di perairan tersebut menjadi tumpuan penduduk setempat untuk melihatnya.
Dua buah perahu digunakan untuk menarik benda ganjil itu selama enam jam ke pantai.
Salah seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Hasyim berkata, pada awalnya dia menganggap terdapat sebuah kapal besar sedang tenggelam.
“Ternyata, sebuah benda hitam dari getah dan dikelilingi bekas tayar dan diikat besi antikarat,” katanya kepada wartawan Detiksurabaya.
Para nelayan yang menemui barang tersebut akan menjaganya dengan baik.
“Saya berharap benda hitam itu akan diambil oleh pemiliknya,” katanya. – Agensi

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab