Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, 18 August 2011

Angkara Penyokong Kelantan, KAFA Didenda Lagi

GARA-GARA tindakan liar penyokong Kelantan, KAFA terpaksa menanggung bebannya.

DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.
Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.
“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.
“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.
“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.
Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.
Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1
menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.
Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.
Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan.
"Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan
ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.
"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.
Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya.

Tuesday, 16 August 2011

Chong Wei Tak Sedar Jari Berdarah



TIADA siapa yang lebih mengetahui situasi sebenar Datuk Lee Chong Wei ketika bermati-matian mahu menewaskan Lin Dan pada aksi final Kejohanan Dunia, kelmarin selain jurulatihnya sendiri, Tey Seu Bock.


Ketika peminat pemain nombor satu dunia itu bersorak memberi sokongan kepada Chong Wei sepanjang perlawanan yang menyaksikannya tumpas 22-20, 14-21, 21-23 di tangan jaguh China itu, Chong Wei sebenarnya mempamerkan semangat cukup jitu.

“Sebenarnya beberapa jari kaki kanannya berdarah akibat kesungguhannya ketika menentang Lin Dan. Chong Wei sendiri tidak sedar mengenainya sehinggalah tamat perlawanan.


“Bila saya menyaksikan kesungguhannya sehingga ke tahap itu, saya berasa kasihan kerana tidak dapat muncul sebagai juara dunia.

“Saya tidak berasa kecewa dengan pencapaiannya itu, sebaliknya amat berbangga kerana Chong Wei sudah memberikan segala-galanya. Dia kalah secara terhormat,” katanya.


Jelas Seu Bock, meskipun Lin Dan sebelum perlawanan itu menyatakan dia tidak terlalu ghairah untuk mengenggam kejuaraan itu namun berdasarkan pemerhatian beliau, Lin Dan jelas sekali bermain bermati-matian untuk menumbangkan anak buahnya pada aksi final.





“Saya sudah masak dengan strateginya. Lin Dan apabila bertemu Chong Wei, dia akan mempamerkan peningkatan cukup ketara. “Mujur Chong Wei cukup tenang sepanjang perlawanan. Tetapi malangnya tuah saja tidak memihak kepadanya,” katanya.

Jelas Seu Bock lagi, perlawanan kelmarin juga membuktikan tahap kedua-dua pemain hampir sama tetapi hanya tuah memisahkan kedua-dua pemain terhebat dalam era ini.



“Tidak banyak beza antara kedua-duanya, baik Chong Wei mahupun Lin Dan, sesiapa saja boleh meraih kemenangan andai bertemu lagi selepas ini.

“Apapun, saya yakin Chong Wei akan kembali bangkit untuk Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.


Monday, 15 August 2011

Respon Baddrol Bakhtiar Terhadap Tawaran Yang Diterima Menyertai Wigan


BADDROL tidak keberatan untuk berkelana ke luar negara andai mendapat tawaran daripada Wigan Athletic.



KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.
Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.
Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.
Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.
Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.
“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”
Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.
Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.
“Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.

‘Saya tak putus asa’ - Chong Wei Kalah Kepada Lin Dan Merebut Juara Dunia


KEMPUNAN LAGI... Chong Wei terpaksa melupakan hasrat merangkul kejuaraan dunia apabila tumbang di tangan Lin Dan pada aksi final di Arena Tertutup Wembley, London semalam.



JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk merangkul kejuaraan dunia. Biarpun tampil selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sekali lagi dibayangi kehandalan seteru utamanya dari China, Lin Dan.
Pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London semalam, Chong Wei tumbang dalam pertarungan tiga set.
Meskipun berjaya mencatatkan kemenangan 22-20 pada set pertama, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan yang tampil dengan aksi penuh bertenaga untuk menang dua set berikutnya 21-14, 23-21.
Kejuaraan dunia yang dirangkul oleh Lin Dan itu merupakan yang keempat sepanjang kariernya.
Jaguh China berusia 28 tahun itu pernah bergelar juara dunia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2006, 2007 dan 2009.
Sebaliknya, Chong Wei yang telah mencecah usia 29 tahun sekali lagi terpaksa melupakan hasrat muncul juara dunia selepas membuat penampilan sulung di Anaheim, Amerika Syarikat pada 2005.
Pencapaian terbaik Chong Wei sekadar mara ke peringkat separuh akhir kejuaraan dunia edisi 2005.
Sementara itu, pasangan China, Yu Yang/Wang Xiaoli muncul juara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara mereka iaitu Tian Qing/Zhao Yunlei 22-20, 21-11.

Sunday, 14 August 2011

Nicol Mara Ke Final Untuk Menjulang Juara Australia


NICOL (depan) menepati ramalan apabila melangkah ke final Terbuka Australia semalam.


CANBERRA – Pemain No.1 dunia, Datuk Nicol Ann David mara ke final Kejohanan Skuasy Terbuka Australia selepas menumpaskan bekas juara, Rachael Grinham 11-7, 13-11, 11-7 pada perlawanan separuh akhir semalam.
Dia hanya mengambil masa 34 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah itu.
Nicol yang merupakan pilihan pertama kejohanan akan berdepan Jenny Duncalf dari England yang mengejutkan juara bertahan, Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 2-11, 11-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.
Grinham yang masih belum dapat menewaskan Nicol sejak 2007 berkata, dia berusaha memberikan yang terbaik, terutamanya pada set kedua perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, Nicol berjaya mematahkan serangan Gringham dengan permainan menarik bagi memasti- kan kelebihan 2-0.
“Saya tahu jika saya biarkan dia menguasai permainan, dia akan terus mengasak. Jadi set kedua itu memang mata yang penting buat saya. Saya gembira dapat mara ke final,” kata Nicol.
Gringham juga mengakui kegagalannya memenangi set kedua memberi kelebihan kepada Nicol.
“Memang sukar untuk bangkit semula selepas ketinggalan 2-0 apabila berdepan dengan Nicol,” kata bekas pemain No. 1 dunia itu. – Bernama

Saturday, 13 August 2011

'Kaji dulu tawaran kelab luar' - Menteri Belia Dan Sukan


NORSHAHRUL (kanan) antara pemain yang turut dipancing kelab Indonesia.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengi- ngatkan pemain bola sepak negara yang kini ‘dipinang’ kelab luar negara, agar hanya menimbang tawa- ran yang dapat meningkatkan kece- merlangan mereka.
Beliau berpendapat, tawaran pasukan hebat seperti dari Korea Sela- tan dan Jepun wajar diterima kerana langkah itu mampu meningkat- kan prestasi pemain terbabit.
“Saya yakin dalam membuat keputusan nanti, pemain negara mampu membuat penilaian yang sewajar- nya dan tidak ghairah dengan tawa- ran lumayan yang diterima,” kata- nya semalam.
Beliau berkata demikian ketika di- minta mengulas mengenai beberapa pemain kebangsaan seperti Mohd. Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilaporkan menjadi buruan kelab Indonesia setelah skuad negara berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010.
Sebelum itu, Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada delegasi pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Dunia di Brazil.
Sementara itu, Presiden Pasukan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh pula menasi- hatkan pemain kebangsaan agar tidak terlalu ghairah dengan tawaran hingga menjadikan ‘anak tinggalkan ayah’ dan melupakan sumbangan pasukan negeri masing-masing serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Jika ada pemain yang ingin berhijrah atas faktor bayaran tinggi, mereka tidak dapat belajar apa-apa yang baru di sana dan dalam masa yang sama mereka juga telah menghampakan harapan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama menunggu bintang beraksi dalam Liga Malaysia,” katanya.
Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih.

Baddrol Bakhtiar Bakal Bermain Di Liga Perdana Inggeris?


Pemain Sayap Malaysia juga pasukan Kedah FA, Baddrol Bakhtiar ditawarkan kontrak tempoh percubaan oleh Kelab EPL, Wigan Athletic. Khabar Angin ini mula menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia setelah artikel ini dikeluarkan oleh sebuah laman web eyefootball.com. Selepas Safee Sali yang dikaitkan dengan FC Koln Bundesliga, pengesahan Safiq Rahim ke Persija Jakarta, Amirul Hadi ke Liga Jepun dan dikaitkan dengan Persib Bandung kini anak kelahiran Kedah itu pula dikaitkan dengan Liga Perdana Inggeris.


klik untuk zoom
Kesahihan khabar angin ini masih belum dapat dipastikan lagi, berikutan tiada pengesahan dari pihak Kedah FA, F.A.M mahupun Baddrol Bakhtiar sendiri. Namun jika benar rumours ini, ia adalah satu tanda aras yang amat baik bagi bola sepak Malaysia. Sehingga tiada pengesahan dari mana-mana pihak yang terlibat, ianya masih lagi khabar angin. Anda boleh membaca artikel ' Baddrol Bakhtiar to join Wigan' itu DISINI

Kelab Liga Jepun Intai Amirul Hadi


Kita mendapat satu lagi berita yang baik mengenai perkembangan para pemain skuad senior iaitu Amirul Hadi Zainal sedang diperhatikan oleh kelab di Liga Jepun yang mengagumi bakatnya.

Perkhabaran ini sedang rancak dibicarakan di laman facebook MALAYSIA FOOTBALL TEAM. Kenyataan daripada laman tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat bola sepak tempatan lebih lebih lagi denganberita Amirul Hadi di intai team Liga Jepun.

"Safiq Rahim sah akan berhijrah ke Persija Jakarta mengikuti jejak langkah Safee Sali di dalam kancah liga super Indonesia. Manakala Amirulhadi Zainal telah diperhatikan oleh kelab dari liga Jepun dan juga kelab Indonesia Persib Bandung.."

Jika Amirul Hadi benar-benar akan dipancing oleh kelab Liga Jepun, ini akan menjadi satu rekod baru dalamsejarah sukan bola sepak di Malaysia ini. Sama-sama lah kita nantikan keputusan nya nanti. Doa kan sahaja yang terbaik untuk mereka kerana mereka masih muda lagi dan banyak lagi yang perlu dipelajari untuk memperbaiki mutu permainan mereka.

Safee Sali Dirisik Kelab Bundesliga Jerman


Safee SaliPENYERANG sensasi Malaysia dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Safee Sali dikhabarkan dirisik kelab dari Bundesliga Jerman.
Jika menjadi kenyataan satu lagi sejarah bakal tercipta selepas Safee Sali menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Pelita Jaya.
Sumber Video: Nadi Arena

Safiq Rahim Sah Akan Berhijrah Ke Persija Jakarta

Kapten Malaysia Syafiq Rahim berhijrah ke Liga Super Indonesia musim depan. Itu adalah khabar angin terbaru yang sedang melanda bola sepak negara. Menurut sumber F.A.S, kini sah bahawa Syafiq Rahim akan bermain di Persija Jakarta musim depan dan seorang lagi pemain sayap kebangsaan iaitu Amirul Hadi sedang dipancing oleh kelab dari Liga Jepun dan juga Persib Bandung.

Kedua-dua pemain itu sebenarnya telah pun dipancing kelab-kelab dari Liga Indonesia sejak musim lalu lagi, selepas membantu Malaysia juara AFF Suzuki Cup 2010. Namun, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielak, menyebabkan mereka terus kekal di Liga Super. Hasrat untuk bermain di luar negara sebenarnya memang satu impian bagi ketua pasukan Malaysia itu.

Mengikuti jejak langkah safee sali yang bermain di Pelita Jaya, Syafiq Rahim bakal menjadi pemain kebangsaan negara yang kedua untuk bermain secara tetap di luar negara. Dan jika benar Amirul Hadi Zainal juga pasti akan turut termasuk dalam senarai itu. Ini merupakan satu perkembangan yang positif bagi bola sepak negara.

Penghijrahan ini, bukan bererti liga kita tidak kompetitif ataupun tidak bagus, ianya harus dipandang positif oleh semua pihak. Lihat sahaja penghijrahan Safee Sali yang pada awalnya diberi reaksi yang pelbagai oleh banyak pihak, namun selepas meledak beberapa gol dan membantu Pelita Jaya keluar dari zon bawahan Liga Super Indonesia, ramai pihak mula membuka mata. Kita seharusnya memberikan sokongan dan berharap lebih ramai pemain negara akan berpangkalan ke seluruh dunia dalam menaikkan nama Malaysia dalam sukan Bola sepak.

Mungkin selepas ini kita boleh melihat barisan pemain kita bermain di Liga Jepun dan Korea, mungkin di Liga negara Arab. Jika tidak dimulakan dari yang terdekat dahulu.

Wednesday, 10 August 2011

3 Pemain Harimau Ke Felda United


KETUA pasukan Harimau Muda B, D. Saarvindran (kanan) terlepas ke Selangor tetapi tetap berpeluang bermain dalam Piala Malaysia, bulan depan dengan Felda United.

KUALA LUMPUR - Tercicirnya D. Saarvindran daripada pasukan Selangor kerana kecederaan penjaga gol ketiga, membentangkan pula peluang buat Felda United memancing khidmat ketua pasukan Harimau Muda B itu. 


 Khidmatnya kini diintai jurulatih Felda United, E. Elavarasan menjelang kempen bola sepak Piala Malaysia ke-85 yang bermula 6 September selepas mereka diundi dengan Kelantan, Johor FC dan Sarawak dalam Kumpulan C, Jumaat lalu.Penolong pengurus pasukan Felda United, Faisal Zakariah berkata, Saarvindran merupakan muka baru yang cuba dipinjam kelab ini bagi Piala Malaysia musim ini selepas mereka berjaya mendapatkan K. Ravindran dan S. Sivanesan (Harimau Muda A). 


 "Dia sudah menjawab surat penyata minat mewakili Felda United dan kami akan cuba menyelesaikan sijil perpindahan negerinya (SPN) dalam waktu terdekat," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.Khidmat ketiga-tiga pemain tengah skuad bawah 22 dan 19 tahun negara itu amat ditagih 'Si Peneroka' apatah lagi selepas pengumuman persaraan Chow Chee Weng dan kecederaan ligamen depan Badrul Azam Zamri yang bermain di posisi sama. 


 Selangor sebelum ini cuba meminjam khidmat Saarvindran tetapi terpaksa membatalkannya bagi memberi laluan kepada penjaga gol USM, G. Jeevanathan yang menggantikan Fairul Azwan Shahrullai kerana kecederaan lutut dalam sesi latihan minggu lalu.Felda United kata Faisal, turut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan pra-musim Piala Malaysia yang bermula dengan menentang Selangor di Shah Alam, Sabtu ini; Kuala Lumpur (16 Ogos) dan T-Team di Bangi (20 Ogos). 


 Mengenai undian Kumpulan C, katanya: "Sudah tentu Kelantan (juara bertahan Piala Malaysia dan juara Liga Super 2011) menjadi pilihan utama tetapi kami tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka mahupun Johor FC serta Sarawak."Bagi Piala Malaysia, kami memilih Stadium Petaling Jaya sebagai gelanggang sendiri kerana Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (turut digunakan Kuala Lumpur) menghadapi masalah rumput padang rosak.''

Korban Piala Malaysia



KHAIRUL FAHMI antara pemain skuad Olimpik yang tidak dapat beraksi pada awal kempen Piala Malaysia.




DEMI tugas antarabangsa, tujuh pemain skuad Olimpik terpaksa melupakan hasrat beraksi bersama pasukan negeri masing-masing pada aksi awal Piala Malaysia bermula 6 September depan.
Ini kerana, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) terikat dengan kem latihan pusat.
Ia sebagai persiapan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun di Tosu, Fukuoka pada 21 September depan.
“Selepas pulang dari latihan selama sebulan di Slovakia pada 28 Ogos depan, para pemain hanya diberi cuti beberapa hari untuk menyambut hari raya sebelum kembali menyambung latihan,” kata pengurus skuad Olimpik kebangsaan, Datuk Afandi Hamzah kepada Kosmo! semalam.

Tuesday, 9 August 2011

‘Saya tak bimbang’ - K Rajagobal


“Menang atau kalah adat pertandingan, tiada apa yang perlu dibimbangkan”. Demikian reaksi jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 0-1 di tangan Selangor pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin. 

Rajagobal berkata, pada perlawanan itu beliau cuba menggandingkan beberapa muka baru dan pemain lama yang dipanggil semula terutamanya pada babak kedua. 

Katanya, pemain yang diturunkan belum menampakkan keserasian dan tanpa berselindung mengakui beberapa muka baru yang disenaraikan dalam perlawanan kelmarin belum bersedia beraksi di peringkat :yang lebih tinggi. 

“Malam ini (kelmarin) saya mahu cuba pemain baru dan dari situ kita akan tahu pemain mana yang akan terus diserapkan ke dalam skuad kebangsaan. 

“Manakala pemain lama yang dipanggil semula seperti Farizal Marlias dan Mohd Khyril Muhymeen menunjukkan: permainan yang baik,” katanya. 

Rajagobal berkata, walaupun tewas beliau melihat tanda-tanda positif dalam skuad kebangsaan. 

Mengulas mengenai kehadiran semula pertahanan veteran, Norhafiz Zamani Misbah, Rajagobal mengakui beliau memerlukan sedikit masa untuk menyenaraikan semula pemain itu ke dalam kesebelasan: utama skuad kebangsaan. 

Sementara itu, Rajagobal berkata, beliau: akan menggunakan kempen Piala Malaysia yang bermula 6 September depan: sebagai medan mencari pemain sesuai: untuk diserapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. 

“Di Piala Malaysia nanti ada 16 pasukan yang bertanding, dari situ saya akan nilai dan pantau pemain setiap pasukan. 

“Pemain yang mempamerkan aksi cemerlang akan dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan,” katanya. 

Kelmarin, Selangor menumpaskan Malaysia 1-0 menerusi jaringan tunggal Rudie Ramli pada minit ke-64 menerusi rembatan kencang menarik dari luar kotak: penalti yang menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Alawee. 

Perlawanan yang bermula pada 10.15 malam itu turut disaksikan hampir 2,000 penonton.

Kemenangan Selangor Ke Atas Malaysia Menjadi Penyuntik Semangat


KEMENANGAN 1-0 yang dilakar Selangor ke atas Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin, menyuntik semangat gergasi Lembah Klang itu memburu kejuaraan Piala Malaysia kali ke-33. 

Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata: kemenangan itu juga berjaya meningkatkan keyakinan pemain Merah Kuning menjelang kempen Piala Malaysia yang bermula 6 September ini. 

“Pada perlawanan ini, pemain: menunjukkan permainan: yang bagus dan berjaya menterjemahkan 60 peratus apa yang kita inginkan: untuk kempen Piala Malaysia kali ini. 

“Sudah tentu perlawanan menentang pemain kebangsaan berjaya meningkatkan moral pemain,” katanya. 

Sementara itu, pengendali Selangor K Devan berharap anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan dalam misi memburu kejuaraan Piala Malaysia. 

Kali terakhir Selangor menjulang piala berprestij itu ialah pada 2005 selepas menewaskan: Perlis 3-0.

Norhafiz Zamani Misbah Perlu Masa Bangkit



Norhafiz Zamani Misbah (kiri) masih perlu berhati-hati dengan keadaan lutut kirinya yang baru pulih.



PETALING JAYA – Bek tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah masih perlu berhati-hati dengan keadaan lutut kirinya yang baru pulih, ketika cuba mendapatkan tahap kecergasan sewajarnya bagi perlawanan bola sepak antarabangsa. 


 Katanya, kesakitan yang datang sekali-sekala kesan pembedahan daripada kecederaan ligamen depan (ACL) sehingga merehatkan dia daripada aksi selama enam bulan lalu, turut belum menyakinkan dia untuk memberikan prestasi 100 peratus di padang. 


 “Ketika menentang Chelsea (mewakili Pilihan Malaysia, persahabatan di Bukit Jalil, 21 Julai lalu), saya banyak berhati-hati kerana kecederaan ACL memerlukan masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya. Sekarang pun ada lagi sakit sedikit-sedikit. 


 “Bagaimanapun setiap kali mendapat panggilan menyarung jersi negara, ia tetap menjadi kebanggaan dan penghargaan dalam karier bola sepak saya,” katanya yang kurang memuaskan hati jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal ketika menentang Selangor dalam persahabatan, Sabtu lalu.Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili negara ialah pada Sukan Asia Guangzhou, November tahun lalu manakala dia hanya dapat bermain sepenuh masa dalam kempen terakhir Liga Super Negeri Sembilan menentang Perlis, bulan lalu. 


Dia turut terlepas kempen Kelayakan Piala Dunia keempat menentang Taiwan dan Singapura, baru-baru ini, selepas melakukannya pada 2001, 2004 dan 2007 masing-masing di bawah bimbingan jurulatih berbeza iaitu Alan Harris, mendiang Bertalan Bicskei dan B. Sathianathan.“Walau siapa pun yang bermain (menentang Singapura), masing-masing sudah berikan yang terbaik dan tidak semestinya Malaysia dijamin menang kalau pun saya yang diletakkan di sana,” katanya, mengulas rungutan banyak pihak terhadap kerapuhan benteng Harimau Malaya.

Friday, 5 August 2011

Malang Buat Harimau Malaya


SERIUS...Rajagobal  memberi  taklimat  kepada pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, Rabu lalu.
SERIUS...Rajagobal memberi taklimat kepada pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, Rabu lalu.
KEM latihan pusat Harimau Malaya yang bermula kelmarin sehingga 15 Ogos ini mungkin berlangsung tanpa membabitkan sebarang perlawanan antarabangsa berstatus A yang dapat membantu membaiki ranking di peringkat dunia.


Terbaru aksi kompetitif menentang Indonesia yang dijadual berlangsung di negara ini pada 14 Ogos dibatalkan ketika Garuda dilihat bersungguh-sungguh mahu menguji Harimau Malaya sebagai persiapan hadapi saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia bulan depan. “Perlawanan terbabit sepatutnya berlangsung 14 Ogos ini sudah dibatalkan. Saya diberitahu ketua jurulatih negara (Datuk K Rajagobal). Saya sendiri tak tahu sebab sebenarnya,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi petang semalam.

Perkembangan terbaru itu tampak merumitkan lagi keadaan buat anak-anak buah Rajagobal selepas Oman dilaporkan sudah menangguhkan perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada Rabu depan sehingga memaksa Selangor dijadikan sebagai ganti pada aksi di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.




“Sehingga kini hanya perlawanan menentang Selangor disahkan akan berlangsung. Tiada pasukan lain buat masa sekarang,” katanya ketika ditanya mengenai perancangan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan lain.

Mengikut perancangan awal, pemain yang terbabit dalam kem latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya itu akan mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa terutamanya dalam mencari kemenangan moral selepas disingkirkan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 penghujung bulan lalu.


Sementara itu akhbar Kompas.com semalam turut melaporkan koordinator skuad kebangsaan Indonesia, Bob Hippy mengesahkan pembatalan itu dari pihak Malaysia dan mengatakan perancangan awal perlawanan antara dua negara jiran itu berlangsung pada 10 Ogos di Stadium Gelora Bung Karno.





Namun perlawanan itu terpaksa dibatalkan dan kemudiannya aksi antara juara dan naib juara Piala AFF 2010 itu ditetapkan 14 Ogos dengan Indonesia bertandang ke Malaysia tetapi ia juga terpaksa dibatalkan,” katanya.

Thursday, 4 August 2011

Skuad Olimpik Barisan Terbaik Negara !


BEKAS pengendali skuad Olimpik, B Sathianathan menyifatkan, barisan pemain Olimpik kendalian Ong Kim Swee adalah yang terbaik pernah dikumpulkan. 

Menurutnya, pemain yang ada ketika ini dilihat mantap, selain mempunyai persefahaman tinggi serta memiliki mutu permainan baik. 

“Saya lihat pasukan yang dibimbing Kim Swee mampu pergi jauh di peringkat antarabangsa kerana mereka sudah bersama dalam tempoh masa agak lama. 

“Selain itu, terdapat kualiti dalam pasukan ini, kerana beberapa pemain bermain untuk skuad utama kebangsaan, sesuatu jarang berlaku pada masa lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Sathia berkata, situasi itu sedikit berbeza ketika beliau membimbing skuad Olimpik empat tahun lalu. 

Beliau berkata, ketika itu beliau tidak mempunyai banyak pilihan selain terpaksa mengumpul pemain dalam tempoh singkat. 

“Saya akui, dulu kita belum cukup sedia. Latihan cuma dijalankan selama sebulan menyebabkan pemain sukar mencari keserasian. 

“Ini berbeza dengan apa yang kita ada sekarang, mereka sudah bersama lebih setahun malah beraksi dalam Liga Super,” katanya. 

Mengulas mengenai kemenangan ketiga anak buah Kim Swee dalam aksi persahabatan di Slovakia semalam, Sathia berkata ia bagus kerana mampu menaikkan semangat dan moral pemain menjelang aksi peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik London, September ini. 

Bagaimanapun katanya, pemain perlu berusaha dan bekerja keras, jika mahu menumpaskan Jepun, Syria dan Bahrain yang menanti Malaysia di Kumpulan C. 

“Jepun merupakan sebuah pasukan yang kuat dalam sukan bola sepak, begitu juga Syria dan Bahrain. 

“Namun dengan pelbagai program yang kita wujudkan, harapan amat tinggi untuk melihat Malaysia melangkah ke sukan Olimpik,” katanya. 

Malaysia bakal berdepan Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan C, 21 September depan sebelum aksi timbal balik di Kuala Lumpur pada 22 Februari tahun depan. 

Anak didik Kim Swee layak ke peringkat ketiga, selepas menyingkirkan cabaran Pakistan dan Lubnan di saingan awal kelayakan.

Isu Digelar Monyet, Amirulhadi Tak Ambil Peduli



AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.

“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” 



Video lipatan serentak Amirulhadi dan Safee.

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab