Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, 19 August 2011

[Video] Meteorit Besar Sedang Jatuh di Mexico


Nampak seperti sebuah meteorit yang jatuh dari langit. Dan saiznya mesti amat besar kerana memakan masa yang agak lama untuk sampai ke bumi dan terbakar tak habis-habis.

Walaubagaimana pun video ni pendek saja, tidak dapat dipastikan apa yang berlaku kemudian. Kena pergi siasat sendiri nampak gayanya. :P


Persoalan yang mungkin munculi di kepala otak kita bun, adoyai, adakah ianya sebuah piring terbang yang terbakar di udara? Adakah ianya betul-betul batu meteorit yang jatuh dari angkasa? Adakah ianya sebuah pesawat seperti kapal terbang yang terhempas?





[Video] Lelaki Tertembak Diri Sendiri




Lelaki ini cuba untuk mengambil pistol di sarung pistol dengan pantas tetapi malangnya dia tertekan punat pistol lalu PANGGG!! terkena kaki dia sendiri.

Konon nak jadi koboi la tu. Buat kerja kena cermat yer 'kengkawan'



[Video] Cara Charge Telefon Bimbit Guna Bateri AA, Kabel Dan Air


Pernah terfikir apa yang perlu dilakukan disaat batri telefon bimbit habis dan terpadam ditambah pula dengan bekalan elektrik yang terputus akibat TNB sedang melakukan kerja penambahbaikan.

Di kala itu pula makwe atau pakwe masing-masing sedang menunggu mesej dari anda. Bagaimana perlu anda lakukan? Adakah perlu ke telefon awam yang jaraknya 200 meter dari rumah berjalan kaki dalam gelap? Tak perlu ambil risiko.

Kerana anda ada cara lain tetapi memakan masa sedikit. Anda boleh gunakan charger yang dibuat di rumah hanya menggunakan bahan seperti di bawah


Bahan-bahan :
batri bersaiz sederhana 2 biji, wayar USB dan cawan yang mengandungi air.

Cara penyediaan : 
Rendam batri ke dalam air selama 1 atau 1 1/2 jam ke dalam air. Setelah itu masukkan wayar USB tersebut ke dalam air dan anda boleh charge telefon bimbit anda dengan penuh rasa bangga tanpa bantuan TNB. :)

Versi video :



[Video] Perut Manusia Paling Gagah Dalam Sejarah Dunia


Frank "Cannonball" Richards, 1969, adalah orang yang mempunyai perut paling kuat/gagah/keras dalam sejarah perut manusia.

Dia menggunakan kekuatan luar biasa dia itu untuk buat pertunjukan pentas, katok perut dia pakai gergaji, tukul, malah kasi can orang ramai belasah perut dia beramai-ramai tanpa ada dia mengadu kesakitan atau terjadinya buasir. Mengikut sumber terdekat, beliau tak pernah pun minum yakult untuk dapat superpowernya itu. Ianya asli.

Kemuncak pada sejarah kekentalan perutnya, dia mempersembahkan bagaimana dia mampu menahan tembakan sebutir meriam di kaca tivi yang kemudian direkodkan, dan diupload ke youtube 50 tahun kemudiannya.



Richards meninggal dunia pada tahun 1969, ketika berumur 81 tahun.

[Video] Iklan Bulan Puasa Yang Lawak


Lawak iklan puasa. .nak tanya ni iklan kuar kat tv ke? maklum la awok ni duduk asrama je. .
xtau pkembangan kat TV sane. . =D

 Gua suke tgok budak baju biru tu gelak. .haha

[Video] Ganas, Lembu Ini Cuba Merogol Tuannya


Lembu bila dah datang stim dia, tak pedulik dah. Dengan tuan dia pun ada nafsu. 


Wednesday, 17 August 2011

[Video] Pembantu Rumah Indonesia Terima Hukuman Pancung Di Arab Saudi


Seorang pembantu rumah Indonesia menghadapi hukuman pancung di Arab Saudi kerana membunuh majikan yang didakwanya telah cuba untuk merogolnya.

Darsem binti Dawud Tawar mengaku mempertahankan diri dalam satu perbicaraan di atas insiden serangan yang menyebabkan kematian majikannya yang berbangsa Yaman.

Para penyokongnya kini dikatakan sangat terdesak untuk mengumpul wang sebanyak setengah juta dollar sebagai wang tebusan untuk menyelamatkan wanita Indonesia itu.


Para penyokongnya melakukan kempen dengan memohon derma daripada orang ramai melalui TV, dan laman sosial seperti Facebook. Darseem telah didapati bersalah di mahkamah Riyadh pada bulan May 2009.

Jurucakap Menteri Luar Indonesia, Kusuma Habir berkata, keluarga majikan yang telah dibunuhnya telah bersetuju untuk memaafkan wanita terbabit sekiranya beliau membayar wang sebanyak 530,000 dollars wang tebusanjuga dikenali di Arab Saudi sebagai 'diyat' pada bulan Julai.

Beliau menambah bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan 265, 000 dollar, melalui iklan-iklan kempen yang disiarkan di laman sosial, TV serta rayuan yang dibuat oleh pegawai-pegawai tempatan Indonesia. Kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi telah berulang kali memberi amaran dan memberi kesedaran tentang penderaan pembantu rumah yang kebanyakkan mereka merupakan warganegara asing di Arab Saudi.

Sebilangan besar pembantu rumah mendakwa telah didera oleh majikan mereka. Lebih-lebih lagi pembantu perempuan yang lebih cenderung terhadap kekejaman fizikal dan perbuatan rogol. Namun begitu masih ramai warga indonesia yang berlepas ke negara padang pasir itu setiap tahun memandangkan kerja dan gaji yang diperolehi sangat berbaloi berbanding di negara tanah air mereka.

Video :

[Video] Kejam, 3 Tahanan Dibakar Hidup-Hidup


 Apakah orang Islam ini begitu kejam? Tidak. Tidak ada dalam mana-mana ajaran agama termasuk Islam untuk hukum manusia dengan cara bakar hidup-hidup.

Mereka ini semua bukan Muslim, dan video ini tidak lain hanya untuk memburukkan Islam di mata masyarakat antarabangsa.

Mulanya, aku tak mahu nak share. Sebab video ini sangat buruk. Tetapi, untuk pengetahuan semua, ini video yang aku maksudkan.



18SG

[Video] Gadis Jepun Yang Seksi Makan Tembikai Dengan Lahap


Perempuan camni sesuai xjadi bini korang wahai lelaki? =D

Tuesday, 16 August 2011

[Video] Gadis Russia Rela Telanjang Kerana iPad 2



Gadis ini menyebut diri mereka Putin’s Army dan dalam video itu menunjukkan seorang pelajar yang berambut perang bernama Diana berjalan kaki di sepanjang jalan-jalan di Moscow, sebelum menggunakan gincu merah untuk menulis ‘saya akan mengoyakkan pakaian saya untuk Putin’ .

Diana mempelawa gadis-gadis muda untuk telanjang dengan hadiah sebuah Apple iPad 2 dan kampen ini dilakukan menjelang pemilihan presiden pada March 2012.Vladimir Putin menjadi presiden antara tahun 2000 hingga 2008 sebelum menyerahkan kekuasaannya kepada Dmitry Medvedev.Walau bagaimanapun, masih ramai yang percaya bahawa Putin kekal pembuat keputusan utama dalam parti pemerintah dan akan kembali ke jawatan presiden dalam undi March 2012. Layan video nih seframe.


[Video] Lawak, Alex Ferguson Tertinggal Bus


Guys ini hanyalah animation yang orang buat. so fan man u yang bace blog ni jangan marah ok. enjoy the joke :)


[Mesti Lihat] Budak Kecik Mengantuk Dan Senyum


Serius comel budak nih. . nak je aku tampo pipi die. . .haha

[Video] Jijik, Kesan Dari Makan Babi


Bayang jika ulat bnyak begini hidup dalam perut anda?????????????
 

Monday, 15 August 2011

[Video] Inilah Nenek Dari Asia Hebat Menari Dangdut


Siapa kata orang yang dah berumur tidak boleh layan lagu Kelab Malam? MEmang pandai nenek ini gelek-gelek :-))


Sunday, 14 August 2011

[Video] Gajah Juga Ada Nafsu


Untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. . =D

[Video] Hebat, Lelaki Ini Mampu Tarik Kereta Dengan Hanya Mangkuk Terlekat Di Perut


Wu berkata bakat beliau yang ditemui dengan tidak sengaja pada tahun 2008. Pada masa itu, dia cuba meletakkan periuk di atas perutnya, penonton telah cuba untuk menarik tetapi tidak dapat.


Wu kini mampu untuk menarik kereta dengan berpenumpang 12 orang, sejauh 20 meter. Jumlah berat kereta di sekitar 2,2 ton.

“Ini adalah kali pertama saya tarik kereta, saya biasanya menarik benda-benda kecil,” Wu berkata seperti yang dipetik oleh Telegraph pada hari Isnin (2011/01/08).

“Matlamat saya sekarang ialah untuk bekerja keras supaya saya boleh direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness,” katanya membuat kesimpulan

[Video] Lori Bertembung Dengan Trailer


Pernah anda bayangkan, tengah anda syok memandu tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju melanggar anda dari sebelah tepi dan time tu pula anda tak pakai tali pinggang keledar (seat belt)? Cuba tengok video kat bawah ni, mungkin ianya dapat membantu anda membuat bayangan. Mari saksikan.

[Video] Ferrari Bersalut Emas Pertama Didunia


Kereta yang bersinar emas ini dikatakan kepunyaan jutawan dari Dubai.



Saturday, 13 August 2011

[Video] Ya Allah, 2 Beradik Disiksa Sehingga Mati Di Bulan Puasa Dituduh Mencuri


Kejadian ini berlaku tahun lepas di sebuah daerah bernama Sialkot, Pakistan. Remaja dua beradik, Mughees (17 tahun) dan Muneeb (16 tahun) ini telah dibelasah sehingga nyawa-nyawa ikan, kemudian diheret ke tengah pekan untuk digantung atas tuduhan mencuri oleh sebilangan orang kampung.
Apa yang menyedihkan, mereka dibunuh pada bulan puasa. Difahamkan, hebahan mengenai mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati oleh orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang. Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri dengan menyeksa mereka sehingga mati. 



[Video] Budak Malaysia 13 Tahun Main Bola Seperti Bintang Christiano Ronaldo , Messi dan Ronaldinho





KUALA LUMPUR – Di saat Malaysia ketandusan pemain sehebat bintang Argentina, Lionel Messi, licik seperti bintang Portugal, Christiano Ronaldo atau mantap seperti bintang Brazi, Ronaldinho, Wan Kuzain Wan Kamal, 13, merupakan ‘sebutir permata’ yang menyinar di negara orang.

Dilahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain digelar ‘Malaysian Wonder Kid’ apabila mempamerkan kelincahan sehebat Ronaldo, kawalan bola sesempurna Messi dan mampu merancang permainan sehandal Ronaldinho di laman Youtube.

Menonton sendiri aksi Wan Kuzain di padang melalui youtube, meremang bulu roma penulis dengan persembahannya mengelecek rakan-rakan ‘mat saleh’ sebaya yang lebih besar fizikal tubuh badannya dan menjaringkan gol-gol menarik!

Timbul persoalan di dalam benak penulis, apakah budak ini merupakan masa depan bola sepak negara yang sering tumpul dan terkandas di awal atau pertengahan jalan menuju ke pentas antarabangsa, Piala Dunia?

Sayangnya, meskipun Wan Kuzain Wan Kuzain yang lahir pada September 1998, berasal-usulkan dari negara ini, ‘permata’ itu berkilauan di negara orang, apatah lagi ia jauh nun di negara termaju dunia, Amerika Syarikat.

Apa kata kalau Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) secara serius menghubungi ibu bapa kanak-kanak ini untuk bekerjasama dan menjadikannya sebagai anak angkat persatuan itu?

Penulis berpendapat, kanak-kanak istimewa ini tidak punya banyak masalah untuk digilap FAM untuk mewakili negara pada masa akan datang dan dia sangat berpotensi untuk menjadi seorang lagi lagenda bolasepak negara selepas SuperMokh, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Mengenai status kewarganegaraan, penulis percaya bahawa Wan Kuzain berstatus warganegara Malaysia memandangkan ayahnya Wan Kamal berasal dari negara ini dan cuma menetap di AS setelah mengahwini seorang wanita warga negara itu.

Lagi pun, tentunya tidak menjadi masalah bagi pihak Kerajaan untuk memberikan kewarganegaraan kepada Wan Kuzain sekiranya kanak-kanak hebat ini berpotensi untu mengharumkan nama negara ini di peringkat akan datang.

Seharusnya, Wan Kuzain dibiarkan meneruskan kehidupannya di AS untuk pendedahan yang lebih banyak dan mungkin FAM mampu menguruskan agar kanak-kanak ini dilatih oleh mana-mana kelab gergasi bolasepak dunia yang lebih sempurna latihan, peralatan dan kepakaran jurulatihnya.

Setelah Wan Kuzain meningkat remaja dan mencecah umur 18 tahun, bolehlah FAM berkira-kira untuk membawanya pulang ke Malaysia untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, Harimau Malaya, dan mewakili negara.

Penulis berpendapat, peminat-peminat bolasepak negara tidak mahu lagi melihat persembahan skuad kebangsaan terbantut dipertengahan jalan sedangkan prestasi Malaysia cukup membanggakan di era Allahyarham Mokhtar Dahari dahulu.

Ketika itu, lagenda bolasepak dunia, Maradona begitu mengkagumi kehebatan SuperMokh dan pasukan kebangsaan kita, malah pasukan bolasepak Korea Selatan kerap diperbudak-budakkan oleh Allahyarham serta rakan-rakannya.

Namun kini, prestasi Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia di mana pasukan kebangsaan negara itu bukan saja layak ke Piala Dunia, malah mereka pernah berjaya ke peringkat separuh akhir memburu piala menjadi rebutan dunia empat tahun sekali itu.

Kita pernah mengharapkan Titus James Palani yang akhirnya menghilangkan diri dan negara ini pernah terlepas peluang untuk mengikat Shaun Maloney, yang merupakan seorang warga Malaysia yang kini bermain untuk kelab Celtic dan pasukan Kebangsaan Scotland, serta merupakan bekas pemain Aston Villa.
Apakah kita juga akan kehilangan sebutir lagi ‘permata’ untuk mengharumkan nama Malaysia sebagai sebuah pasukan bola sepak Asia yang paling digeruni di peringkat dunia seperti Korea Selatan, Iran, Jepun dan Australia? Itu FAM kena jawab.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN mynewshub

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab