Wednesday 18 May 2011

Design Beg Yang Pelik

Taktau nak kata apa dah,sama ada gila,kreatif atau apa saja dok tgh main kat otak aku nih pasai designer beg-beg ni, kadang kadang payah nak caya gak otak depa buleh pikiaq sampai lagu nih sekali..

Mana ada orang buat beg guna neck tie, dah tu beg naik flight plak siap ada dadah dalam tu,kompem kena gari siap-siap bila jejak saja kaki kat dalam airport..hehehe

Tak pecaya apa aku habaq kat hampa neh?

Takpa..mai tengok kalau takmau pecaya sangat..ingat aku "bedaah" la tu.mesti ada yang cakap "kaki tengok dvd la ni".

Suitcase Sticker


Pecaya tak? pelikkan? nampak cam real saja, untuk gambaq diatas tu dah macam dadah dah aku tengok..takkan tak kena tangkap lagi kalau nak naik flight kalau camnih. Gambaq bawah plak menunjukkan anda menculik seorang pramugari paling hot atas flight tu siap bawak turun..kesian dia dok dalam beg tu tekepit sorang-sorang..haha..Dah nampak kepelikan dia?

TieBag




Beg ni adalah gabungan Tie+Bag=Tiebag, dimana harga dia agak menggembirakan anda siap menangis berlagu sedu..hahaha..harga dia Euro486,try convert tgk kepada duit malaysia brapa det..murah kan? Bagi ahli keparat untuk nampak anda lagi esklusif ketika jumpak client bolehla pakai begi ni..bole tahan gak kalau bawak p interview nih..

Envelop iPad Bag


Beg ni sesuai untuk pemilik ipad sahaja, tapi takkan kalau saiz benda lain nak boh dlm ni takleh kan? sempoi gak bila dia buat cam envelop kita dok isi surat or duit nak bayaq gaji pekerja tu.

Motherchild Bag


Kalau takmau anak lari ketika membeli belah boleh cuba beg ni..mungkin anak anda takkan lari lagi dengan memegang beg ni bersama anda..

Joe-Recycle Suit Tote


Bag ni dicipta daripada barang terbuang dan 100% memang barang buangan cam baju dan apa saja pakaian.Ni salah satu lah.

Message Messenger Beg



Sesuai kepada pejalan kaki dan pengayuh basikal..dijual di Yanko Store..comel gak beg messengger nih.

Trolley Luggage by Samsonite and Micro Scooter



Selalu kita tengok beg yang jenis tarik cam Pilot pakai kat lapangan terbang atau adik yang baru nak masuk darjah satu bawak sambil tarik beg dia pasai banyak buku nak kena bawak, yang ni bukan setakat tarik, nak naik pon boleh..hahaha..nampak kat budak-budak ni botak la pala pak dia.

Pratesi Guitar Backpack with built in speaker



Bagi abang yang diluaq sana yang minat gitar boleh pakai gitar ni tak kiralah kalau anda seorang ahli muzik dalam kugiran rock kapak atau rock metal dangdut cam kawan saya si penulis Blog Hanjeng tuh..boleh bawak beg ni sambil dengaq lagu pasai beg ni bukan sekadaq beg tapi dibina speaker jugak pada beg ni..

Camna? ada gaya dak beg-beg ni? Ada banyak lagi nak dishare..akan di update di entry seterusnya..tunggu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab