Friday 6 May 2011

Tahukah Anda Ular Sememangnya Berkaki?

Ular yang membantu Iblis mengoda Hawa di dalam syurga, asalnya berkaki. Allah buangkan kakinya. 

  


 
 


Meh Saye ceritakan dengan lebih lanjut tentang kisah ular berkaki ini:

Sewaktu iblis diusir dari syurga kerana mengingkari perintah Allah untuk sujud kepada Adam, dia tidak dapat masuk kembali kerana telah diusir, namun ada satu mahluk Allah SWT yang dapat masuk dan keluar dari syurga, iaitu ular yang mempunyai kaki. Setelah iblis berfikir – fikir, maka dia mendapat idea untuk menggoda Nabi Adam as dan Hawa melalui ular berkaki tersebut.

Awalnya iblis menggoda ular tersebut entah dengan pujukan apa, yang jelas ular itu mahu masuk kembali ke syurga untuk menggoda Nabi Adam as,namun kerana iman Nabi Adam yang kuat, maka ular itu menyerah kalah. Namun ular berkaki tadi menuju pula kepada Hawa dan menggoda Hawa,mengenangkan lelaki akan lemah oleh perempuan, apa lagi yang disayangi.
 

Kerana Hawa termakan pujuk rayu ular yang disuruh iblis tadi,maka dia juga mengajak Nabi Adam as untuk memakan buah khuldi. Pada awalnya Nabi Adam as tidak mahu,hingga yang ketiga kalinya, Nabi Adam as menuruti juga ajakan isterinya. 

Dipendekkan cerita, Adam dan Hawa dihukum Allah untuk turun ke dunia kerana mengingkari arahan jangan memakan buah khuldi. 

Lalu bagaimana dengan ular berkaki? Ular tersebut dikutuk oleh Allah SWT kerana membantu iblis menggoda Nabi Adam as, dan kakinya dihilangkan, sehingga ular tersebut tidak memiliki kaki seperti apa yang kita lihat pada masa kini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab