Wednesday, 27 July 2011

Nursuhaila Mahu Bercerai Secara Baik Dengan Jimmy



SHAH ALAM: Isteri pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy sudah lama melahirkan hasrat untuk memohon cerai daripada suaminya berikutan pelbagai kemelut yang melanda rumah tangan mereka.


Peguam Syarie, Saadiah Din berkata, Nursuhaila sudah menyatakan perkara itu kepadanya ketika kali pertama melantik beliau untuk mewakili wanita itu pada prosiding permohonan perintah kembali taat dan nusyuz oleh Jimmy. 


Bagaimanapun katanya, hasrat itu ditangguhkan berikutan keadaan fizikal Nursuhaila ketika itu yang sudah mengandung dan beberapa cubaan Jimmy untuk menyelamatkan mahligai perkahwinan yang baru dibina.

Beliau berkata, pada masa sama, Jimmy dan Nursuhaila secara berasingan juga sudah menunaikan umrah, malah beberapa perkembangan terbaru menunjukkan ada usaha antara pasangan itu untuk berbaik.



“Sehingga kini, dia masih tetap dengan pendiriannya untuk berpisah. Nursuhaila mahu bercerai secara baik.




Baik cerai jika tiada persefahaman



Walaupun Islam tidak menggalakkan perceraian, namun jika perhubungan sudah tidak dapat diselamatkan selepas pelbagai cara dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam rumah tangga, perceraian itu diharuskan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip berkata, jika berlaku perbalahan antara pasangan suami isteri hingga menyebabkan mereka tidak boleh hidup bersama lagi, satu keputusan perlu dibuat supaya tidak menyeksa mana-mana pihak.

“Dari segi syarak, kedua-duanya mempunyai hak iaitu isteri berhak meminta cerai atas alasan tertentu, manakala suami pula ada hak untuk tidak menceraikan isterinya.


“Namun, jika sudah ada tuntutan fasakh daripada isteri ia akan ditentukan mahkamah dan ketika itu bukan lagi hak suami. Bagaimanapun, selagi mahkamah belum memutuskan apa-apa, suami masih berkuasa terhadap isteri dan mempunyai hak terhadapnya,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai keengganan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31, kembali kepadanya dan tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 33 hari.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab