Susuk hantu wanita telah tertangkap imejnya muncul di penggambaran siri baru TVB 'The Rippling Blossom' .
Seorang pengguna internet melihat gambar imej itu,memfokuskannya dan disebarkan kepada umum dalam internet. Dari gambar, kelihatan seperti "wanita" itu mengintip dari dalam peti di dapur, di mana Cheung Chi-lam dan Michael Tse, pelakon-pelakon filem itu melakukan adegan dalam sesi penggambaran.
Pengguna Internet itu mengatakan, susuk "wanita" itu muncul pada minit ke-42 dari episode-13.
Ketika wartawan menunjukkan gambar itu kepada Cheung, dia sangat teruja.
"Itu adalah adegan yang di ambil semasa penggambaran di TVB. Ketika saya melihat foto itu, saya agak terkejut dan teruja. Tapi saya fikir, imej itu mungkin disebabkan refleksi cahaya. Saya agak kecewa."
Dia mengatakan bahawa sesi penggambaran itu berjalan sangat lancar.
Jom baca cerita org yg berpengalaman bersua muka dengan pocong . . =D
salam...waktu tu aku darjah 3...duduk masa tu kat rumah setinggan aje...ayah aku seorang tukang ubat org ...biasanya yg dtg rumah pon bukan calang2 sakitnya...ada yg kena sampuk la..kena rasuk hantu raya la...so dah menjadi kebiasaan aku setiap mlm minggu tgk gelagat mcm2 manusia yg kerasukan dtg kat rumah aku.so tak hairan lah bermcm2 gangguan menimpa kami sekeluarga...kakak....abg2 aku..selalu npk benda2 yg menakutkan mengganggu keluarga kami...yg herannya tiap kali ayah aku balik dari kerja..takde pulak gangguan yg dtg...mungkin makhluk2 tu takut kot dipendekkan cerita...satu mlm ni lebih kurang pukul 3 pagi klu tak silap..aku terjaga dari tidur...sebab tak tahan nak kencing..bila aku bukak aje mata...ternampak 1 lembaga berwarna putih betol2 didepan pintu bilik aku tu...mmg dekat sgt...sbb aku tidur kat bwh beralaskan comforter..aku pulak tidur kat tengah2 di antara 2 adik aku...abg aku tidur kat atas katil... jadi aku cuba perhati betol2 makhluk tu...adakah "benda" tu atau ada org yg gantung kain putih kat pintu bilik tu....bila aku perhati dari bawah..mmg tak jejak kaki...dan akibat dari tiupan angin kipas yg kuat kat bilik aku tu...kain putih tu beralun-alun...so aku tak syak apa2 lah...tapi aku tarik selimut aku gak sebab nak kompom kan benda tu lagi sekali..(sbb dah tak tahan nak kencing ni)...bila aku selak skit kain selimut aku dan aku mula tgk keatas...PERGHHHH!!!!...ada muka la pulakmmg jelas npk...aku perati betol2...muka dia...mata dia...iskhh!! naik bulu roma aku ni..muka dia kelihatan putih kebiruan....kelopak mata berwarna putih...sedang merenung aku.... aku dah mula menggigil...lepas tu aku pelan2 kejutkan adik aku kat sebelah aku tu...dia marah aku...aku bisik kat dia..npk tak kat depan pintu tu...dia kata mana ada apa2...cehh!!! seram pulak aku...(takkan aku sorang aje yg npk kot)...so aku paling sebelah adik aku yg sorang lagi...aku kejutkan dia..dia tidur mati...aku cubit dia sampai dia menjerit...last2 aku tanya dia ..kau npk tak apa yg aku npk kat depan pintu ni...punya lah dia terkejut....lepas tu aku dgn adik aku selimut satu badan...siap tahan kencing sampai esok...TAKUT siott!!...esok tu aku cerita la kat mak aku....mak ckp..bilik tu kakak aku pon penah kena ganggu....FUHH!!! start pada tu..terus tak tido lagi dlm bilik tu...
Ni photo yg diambil oleh member aku aka opismate aku la.. die kate pic ni ambik tgh malam.. ader something yang melindungi tubuh member die.. saksikan.. gambo asal gambo penerangan bulatan biru menunjukkan tubuh member kwn aku yg tgh melompat dan tubuh die dilindungi oleh sesuatu dalam bulatan merah mcm sayap :P
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan. Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning. Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim.Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru. Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning ~LB~.
Gambar ini di ambil oleh pekerja kilang SHIMANO Pekan Nenas Pontian Johor di department BR pada 30 Jun 2011 lebih kurang pukul 3.00 pagi..Sewaktu gambar ini diambil ia tidak perasan akan pontianak itu..tetapi apabila sudah diambil dan lihat semula terdapat sesuatu imej yg menyerupai pontianak..Kepada pakar photoshop bolehkah anda semua nilai gambar ini sama ada ianya photoshop atau original..Jika photoshop ape buktinya??
KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.
Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.
“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.
“Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya.
Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda pemilik bengkel lain.
Abdul Mubin berkata, selepas urusan mengambil gambar selesai, dia pulang ke rumah.
“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.
“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.
“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.
Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.
Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.
“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.
Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.
“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.
“Makhluk halus itu ciptaan Tuhan dan hanya boleh dilihat secara kebetulan saja namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kejadian lebih buruk selepas kerja menyelamat selesai dijalankan,” katanya.
Foto diatas diambil di Berwick berhampiran Morgan City, Louisiana, AS pada 30 November 2010 lalu pukul 1.44 pagi. Si pemilik gambar (seorang pemburu) mengatakan bahawa gambar ini adalah asli. Tapi beberapa komen di dailymail menganggap objek itu hanya permainan video sahaja. Kerana ada posisi mirip dengan filem Spiderman.
Si pemburu rusa warga Amerika yang pengirim gambar itu menamakannya sebagai "Hantu hutan" seperti apa yang dilihat beliau dalam gambar tersebut.
Menurut beliau, ketika itu sedang berbaring di semak-semak sembunyi mengintip kehadiran rusa, namun bukan rusa yang muncul melainkan si hantu hutan itu muncul dengan tiba-tiba di hadapannya.
Tidak lama lagi iaitu pada bulan Julai 2012 Spiderman IV ditayangkan. Adakah ini antara langkah mereka mempromosikan filem tersebut?
VIDEO SEBENAR YG DIAMBIL SECARA TIDAK SENGAJA OLEH PENGAWAL POS POLIS BANTUAN FELDA DI LEPAR HILIR 7, PAHANG...SAKSIKAN... SESIAPA YG LEMAH SEMANGAT...BOLEH TGK..X SERAM MANA PUN....HEHEHE
Kalau lihat gambar lelaki takde kepala di atas, korang mesti cakap gambar yang diedit dengan Photoshop. Kasi zoom sikit,
Real la bukan photoshop , tgk lengan baju putih orang depan tu… Aku berani cakap gambar ni real kerana aku selalu melihat ‘hantu’ ni tiap-tiap minggu. Kalau yang lelaki tu, mesti pernah lihat hantu camnikan dlm masjid semasa khutbah ? Sebenarnya kalau anda masih tak perasan, mamat berbaju hijau tu sedang terlalu khusyuk mendengar Khatib membaca khutbah..iaitu tertidur sampai kepala lentuk ke bawah …
Hukum tidur semasa khutbah, solat Jumaatnya sah kurang pahala tetapi dikhuatiri tertidur terlalu nyenyak sehingga membatalkan wuduk seperti beralih punggung, terkentut, meleleh air liur basi dan sebagainya. Psst, kadang-kadang aku pun jadi hantu klu dah letih sgt.hekhek
Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.
Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.
"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.
Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!
Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.
"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!
GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.
HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.
Namun, semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.
"Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.
"Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang," katanya.
Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.
"Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya," kata Bradshaw. - Agensi
Tak tau la apa motif sebenar cipta patung-patung macam ni. Nak ajar budak-budak jadi ganas ke? Kalau itulah tujuannya patung ni dicipta, memang tak baik punyer…
Lagi patung…
Siap ade ulat kot atas muka patung ni. Aii nak main pun tak selera…… =.=”
Sungai GANGGA di india merupakan salah satu sungai yang agak seram di asia. Sungai tersebut merupakan tempat yang suci bagi masyarakat india disana dan upacara keagamaan selalu diadakan.
Upacara pengebumian turut dilakukan disungai tersebut dimana abu mayat yang telah dibakar akan ditabur kedalam sungai.
Namun, ada juga mayat yang tidak dibakar malah dibiarkan terapung dan menjadi busuk.
Apa yang pelik kat sini, masyarakat india disana masih lagi bermandi-manda walaupun tahu sungai tersebut dicemari bangkai manusia.
KUBUR Desi Tri menjadi tumpuan ramai di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur semalam.
JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.
Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.
Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.
Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.
Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.
Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya.
Video ini merupakan rakaman daripada sebuah kereta polis yang sedang mengejar sebuah kereta yang penuh misteri. Pemandu tersebut hampir dapat ditangkap tetapi ia boleh menembusi pagar dihadapan. Kalau tak percaya, lihat sendiri video di bawah...
Di bawah merupakan berita dipetik dari Harian Metro bertajuk Ramai Tunggu Pontianak? bertarikh 14 April 2008. Adakah ia benar-benar pontianak? Kami di Dunia Misteri Dot Net pada mulanya kurang yakin dengan video pontianak ini kerana objek yang dikatakan pontianak itu kelihatan seperti helaian kain yang dilayang-layangkan di udara. Namun seorang pengunjung tetap laman web ini yang hanya ingin dikenali sebagai Amon berkata "...kalo tgk kain dia yg terbang tu... i pernah dgr org tua2 citer ..x ingat saper.. kalo pontianak terbang mmg cam tu ...dia nmpak sehelai kain jer...." Kami di Dunia Misteri Dot Net enggan mengulas. Terpulang kepada para pengunjung laman web ini menentukannya!!
Ramai Tunggu Pontianak (Harian Metro - 14 April 2004)
MELAKA: Hanya kerana klip video dirakam seseorang yang mendakwa terserempak pontianak, kini kawasan jambatan di Jalan Pulau Gadong, dekat sini, menjadi tumpuan ramai pada setiap malam. Golongan terbabit sanggup melepak di kawasan jambatan itu bermula jam 11.30 malam hingga lewat pagi, semata-mata untuk melihat kehadiran pontianak berkenaan ekoran penyebaran klip video itu sejak dua minggu lalu.Klip video sepanjang 50 saat itu memaparkan seorang wanita berambut panjang serta berkain putih terapung di udara sambil menangis.Seorang penerima klip video berkenaan yang enggan dikenali berkata, klip video dalam format 3gp itu dipercayai sudah tersebar di kalangan pengguna telefon bimbit di negeri ini. Katanya, akibatnya ada pihak sanggup datang ke kawasan jambatan itu semata-mata mahu melihat sendiri pontianak berkenaan. Ada pelbagai cerita saya dengar mengenai kisah video itu dirakam. Ada yang berkata, sekumpulan pemuda menaiki motosikal melalui kawasan itu terserempak dengan seorang wanita yang dilihat dalam kesusahan. Apabila mereka mendekati wanita itu, tiba-tiba dia menangis dan bertukar menjadi pontianak kemudian terapung di udara. Ada pula yang kata sekumpulan lelaki lalu di situ terserempak wanita menangis dan apabila ditanya ia mendakwa mencari anaknya yang hilang. Kemudian lelaki terbabit menghubungi polis dan apabila polis datang wanita itu bertukar menjadi pontianak sebelum terbang dan menghilangkan diri,? katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Dia berkata, tidak mengetahui motif penyebaran klip video itu sama ada ia rekaan ataupun benar. Katanya, berdasarkan latar belakang video itu diambil menunjukkan lokasinya di kawasan ini kerana kelihatan cahaya deretan lampu jalan dengan jelas. Visual ini pun tak berapa cantik sebab ia dirakam dalam keadaan agak gelap dan tidak dapat dilihat sama ada pontianak itu betul-betul terapung ataupun tidak. Namun hanya kerana video itu dikatakan dirakam di jambatan di Jalan Pulau Gadong ramai pula yang datang ke situ,? katanya.