Saturday 30 July 2011

Datuk Ahmad Shabery Cheek : Mengaku Kecewa Dengan Kekalahan Malaysia


Datuk Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan

KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kecewa dengan kegagalan Malaysia meneruskan kemaraan pada Piala Dunia setelah tumpas dengan agregat 4-6 kepada Singapura, kelmarin.
Namun, beliau berpuas hati dengan prestasi serta semangat juang pemain negara yang bermati-matian cuba mengatasi lawan sehingga wisel penamat dan perlawanan berakhir seri 1-1.

Menurutnya, pemain skuad Datuk K. Rajagobal menunjukkan semangat luar biasa.

"Memang kecewa kerana gagal ke pusingan seterusnya (kelayakan Piala Dunia) tapi kita puas hati dengan semangat juang luar biasa para pemain kita malam tadi (malam semalam)," katanya.

Beliau merasmikan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan sempena Karnival Emping Dadong, Kemaman 2011 di Kampung Dadong, dekat sini semalam.

Beliau seterusnya mengharapkan skuad Harimau Malaya tidak berputus asa dengan kegagalan kelmarin, sebaliknya lebih gigih lagi untuk meneruskan persaingan dalam kejohanan lain.

Katanya, walaupun kalah, pencapaian pasukan bola sepak negara menampakkan petanda kebangkitan untuk bersaing pada peringkat antarabangsa.

Ditanya kemungkinan skuad Harimau Malaya perlu melakukan rombakan barisan pemain selain jurulatihnya ekoran kegagalan itu, beliau menjelaskan, perkara itu diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab