Sunday 31 July 2011

Pernah Ke Nail Armstrong Jejakkan Kaki Ke Bulan??

















"Setapak buat saya, satu loncatan buat umat manusia", - Neil Armstrong

Itu adalah kata yang diabadikan oleh Neil Armstrong bila dia menjejakkan kakinya buat kali pertama di Bulan pada 20 Julai 1969. Tetapi persoalan yang timbul kenapa gambar-gambar yang diambil dan disiarkan oleh NASA terdapat banyak ralat dan "kesilapan teknik" hinggakan orang mula menyoal..

Pernahkah Neil Armstrong jejakkan kaki di Bulan?

Persoalan 1 : Ada angin ke di bulan?

Bulan tidak mempunyai lapisan atmosfera seperti di Bumi. Ini bermakna tiada udara atau angin di situ. Jadi kenapa bendera yang dicacak di permukaan bulan boleh berkibar-kibar?










Persoalan 2 : Tapak kaki gergasi?

Kuasa tarikan graviti di Bulan hanya 1/6 daripada yang ada di Bumi. Namun begitu, seorang lelaki dengan berat 250kg sekali pun tidak akan dapat membuat kesan tapak kaki yang sebegini jelas dan dalam pada permukaan Bulan seperti yang telah dibuat oleh Neil Armstrong. Mungkin sut dia dibuat dari konkrit kot...








Persoalan  3 : Kapal kapas?

Kapal "Lunar Lander" yang dibawa oleh Armstrong dan Aldrin ini menggunakan kuasa sebesar 55 000kg untuk mendarat atau melancarkan dirinya balik ke angkasa. Jadi kalau Neil Armstrong seorang boleh meninggalkan kesan tapak kaki yang begitu jelas, kenapa kapal ini yang jauh lebih berat dan berkuasa tidak meninggalkan sebarang kesan di permukaan Bulan?




Persoalan 4 : Gambar studio ke?

Gambar Neil Armstrong sedang mengumpul sampel tanah yang diambil oleh Buzz Aldrin. Daripada refleksi imej Aldrin pada visor(penutup muka) Armstrong, ia menunjukkan seluruh badan Aldrin disinari matahari. Ini bermakna matahari berada betul-betul di hadapan Aldrin iaitu di belakang Armstrong. Habis kenapa gambar Armstrong tidak menunjukkan matahari?








Persoalan 5 : Mana bintang?

Perasan atau tidak, tiada sebiji bintang pun kelihatan dalam gambar yang diambil. Sepatutnya semua gambar yang diambil di Bulan lebih terang dan jelas berbanding yang diambil dari Bumi kerana ketiadaan lapisan atmosfera di Bulan. Lagi satu ialah keadaan angkasa yang vakum, tiada molekul udara atau bendasing terapung yang boleh memesongkan sebarang pancaran cahaya yang mungkin menjejaskan kualiti gambar.







p/s : Masih banyak ralat dan persoalan yang timbul mengenai perkara ni...namun masih ramai yang mempercayai bahawa Neil Armstrong pernah jejak kaki di Bulan.Mungkin ini hanya propaganda sesetengah pihak untuk mengaburi masyarakat dengan kejayaan mereka menjejakkan kaki di Bulan. Hanya tuhan yang tahu.. Bak kata pepatah "Hidup biar berpijak di bumi yang nyata"..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab