Sunday 31 July 2011

Dulu Cuma Pelayan Restoran, Sekarang Jadi Rebutan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Daripada seorang pelayan restoren, kini menjadi model terkenal

Kehidupan seorang pelayan remaja, Alexander Beck kini bertukar dalam sekelip mata selepas dia ditawarkan menjadi model untuk jenama mewah terkenal, Prada.

Beck yang berusia 17 tahun sebelum ini bekerja di restoran Ocean Delight Fish & Chips di Essex dengan menerima bayaran sebanyak enam pound sterling (RM29.51) selama satu jam semasa dia menunggu keputusan peperiksaan sekolah.


Bakatnya ditemui oleh seorang ejen pencari bakat baru, Cesar Perin di sebuah kedai buku di Cambridge. Ia memberi peluang kepada Beck untuk melangkah ke dalam dunia peragaan dengan memperoleh pendapatan lebih lumayan. Dalam tempoh sebulan, Beck sudah berjalan di atas pentas peragaan bagi memperaga koleksi dari Itali, Prada.

Beck kemudian menerima peluang memperagakan fesyen sempena Minggu Fesyen Paris dan menerima layanan kelas pertama apabila pihak pengurusan jenama Dior menghantar sebuah kereta di lapangan terbang bagi menjemput pemuda tinggi lampai itu.

Tanpa disangka-sangka, anak kelahiran Thaxted, Essex itu kini menjadi salah seorang model wajah terbaru yang mendapat permintaan tinggi di Britain.


Beck memberitahu, dia sedang berjalan keluar dari sebuah kedai buku dan Cesar kemudian menjerit kepadanya sambil berkata bahawa dia menyukai wajahnya.

"Saya tidak pernah bermimpi langsung untuk berada pada tahap sekarang sambil mendapat peluang untuk mengelilingi dunia," jelasnya.


Lagi gambar-gambar Alexander Beck: 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab