Saturday 30 July 2011

FAM Mohon Maaf Kepada Benayoun


BENAYOUN (kanan) diasak pemain negara,  Mohd Fandi Othman dalam perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia,    baru-baru ini.
BENAYOUN (kanan) diasak pemain negara, Mohd Fandi Othman dalam perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia, baru-baru ini.
Insiden cemuhan penonton terhadap Benayoun 

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada pemain tengah Chelsea, Yossi Benayoun dan kelabnya atas insiden cemuhan penonton ketika perlawanan persahabatan menentang Malaysia XI sempena Jelajah Asia Chelsea 2011 ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ia susulan aduan rasmi diterima badan induk bola sepak kebangsaan mengenai dakwaan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bahawa Benayoun menjadi subjek ejekan anti semitik oleh segelintir kecil penyokong pada perlawanan itu.
FAM berkata, daripada pemerhatian, jika pun berlaku insiden itu ketika perlawanan, ia hanya membabitkan sekelompok kecil penonton, dan pastinya tidak menggambarkan perasaan sebahagian besar penyokong negara yang cintakan bola sepak. 

“FAM ingin menegaskan kami tidak menyokong sebarang bentuk sikap perkauman dalam bola sepak. Jika insiden seumpama itu berlaku, kami ingin meminta maaf kepada pemain terbabit dan kelab bola sepak Chelsea,” kata FAM dalam satu kenyataannya, semalam. 

Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil 21 Julai lalu berkesudahan 1-0 memihak Chelsea hasil jaringan kontroversi sepakan percuma Didier Drogba, Benayoun menjadi pemain Israel pertama beraksi di Malaysia yang menyokong perjuangan rakyat Palestin serta tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. 

Pemain tengah itu diejek setiap kali menyentuh bola dan Chelsea dalam kenyataan di laman webnya berkata: “Walaupun sebahagian besar penyokong berkelakuan bersesuaian malam itu, kami percaya Yosssi menjadi subjek anti semitik beberapa penyokong ketika permainan.” 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab